Mereka Yang Terbaik..!

7/23/2010

Fiesta Kajang vs balik kampung

Saya agak pening-pening lalat memikirkannya huhu..puas sudah mencabut kelopak bunga cuba tuk membuat pilihan tinggal tak cabut kelopak mata je lagi nih..sebenarnya minggu depan bermula 30-1 Ogos ada Fiesta Kajang kat Dataran Prima Saujana Kajang tak jauh dari McD dan Giant Prima Saujana tu..ada macam-macam aktiviti termasuklah booth dari MBfPC yang akan turut serta sepanjang 3 hari fiesta berlangsung..dan sempena Minggu Penyusuan Sedunia pada hari ahad 1 Ogos ada sambutan Hari Susu Ibu..so sebagai Peer Counselor dah tu umah pon tak jauh mana saya berkemungkina akan turut serta menjayakan program ni..InsyaAllah saya saya akan bertugas pada hari Jumaat sebelah siangnya tu pun tak pasti berapa lama sebab saya kemungkinan kena gerak balik kampung lak sebab tu tak dapat nak bertugas sampai kul kul 10 pm..



pada hari Ahad acara kemuncak sempena Minggu Penyusuan Sedunia yang jatuh pada 1-7 Ogos setiap tahun dengan tema tahun ni 'Penyusuan Susu Ibu: Hanya 10 langkah-Menurut Cara Mesra Bayi' so MBfPC dengan kerjasama susuibu.com akan menganjurkan pelbagai aktiviti antaranya



-ucapan aluan wakil susuibu.com

-ucapan perasmian oleh ustazah Asni

-ucaptama tema Penyusuan Ibu Sedunia

-pertunjukkan fesyen ibu menyusu

-penyampaian anugerah ibu menyusu berjaya

-demonstrasi mengendong bayi



Ada lagi aktiviti lain kalau tak silap ada kuiz itu belum campur aktiviti pada hari Sabtu untuk kanak-kanak..dan dikhabarkan akan ada liputan daripada wakil media..so mari semua ibu-ibu diluar sana kita meriahkan lagi..



antara aktiviti MBfPC lak sepanjang 3 hari fiesta berlangsung ;

-pameran poster dan risalah mengenai penyusuan susu ibu

-khidmat bimbingan percuma dan sokongan dari para pembimbing MBfPC yang terlatih

-tayangan video mengenai penyusuan susu ibu

-acara kuiz setiap hari

-pertandingan mewarna pada 31 julai 2010



Saya pening sebabnya dah lama tak balik kampung,kebetulan suami baru dapat anak buah baru dan kami belum berkesempatan lagi nak tengok..lepastu lak mak saya ada telefon mintak balik gak hujung bulan ni sebab takda sapa nak hantar mak ke hospital takkan nak bior naik bas turun bas..abah saya takda kereta..biasa adik saya temankan mak ni adik saya pun dah kerja tak duduk kat kampung dah yang lelain tak pasti dapat ke tak nak luangkan masa.nasibla kami laki bini memang orang pahang kira tak jauh la sangat kampung memasing..biasanya kalo balik kampung saya memang kena dahulukan kampung mentua kena wajib tidur sana sekurang-kurangnya kenala lebih sikit dari umah mak sendiri..sebab entahla malas nanti ada yang komplen plak so takpela jarang lama kat umah sendiri pun..



so saya serba salah sebab ingat nak balik sekejap je pastu nak naik semula kajang sebab hari ahad ada acara penting..ingat nak balik minggu depannya jela tapi bimbang encik suami tak dapat cuti lak huhu..kalo boleh semua permintaan orang saya nak penuhi..ceh bajet pari-pari lak.





2 ulasan:

Three Musketeers berkata...

Hmm, kalau kiter pon pening gak camtue. Tak tau maner satu yang nak dikorbankan.

Anyway, Nurul, kiter dah jawab persoalan Nurul mengenai Premium Beautiful di blog kiter yer...:)

qasehadam @ nurul berkata...

@Three Musketeers

OO yeke..thanks yea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...