Mereka Yang Terbaik..!

7/26/2010

Sakit kepala ini

Salam Senin..semalam lepas abis SGM kat Tasik Cempaka..saya singgah sat kat Giant Prima tapi barang yang dicari takde pastu buleh lak lupa nak beli something tuk anak buah baru yang akan di akikah Sabtu ni..dan saya juga lupa nak beli pencuci skrin tv LCD..sebab skrin tv tu dah kotor dikerjakan oleh Qaseh..sungguh banyak betul menda yang nak dibuat tapi saya lupa..



Balik rumah dah tak daya nak keluar balik..badan saya sakit yang amat,kepala berdenyut-denyut takyah cerita la.saya jenis yang tak berapa gemar nak makan pil tahan sakit so selagi bleh tahan saya cuba tidak terpaksa gakla menelannya..belakang saya rasa sakit sekali..nak je suruh orang pijak ke apa tak pun nak berurut ke apa..tidor pun rasa nak meniarap je..

malangnya saya tak berpeluang pun nak tidor huhu yea selagi Qaseh tak tidoo macammna nak tidur ye tak..sejak ada anak saya bagaikan terlupa tentang diri sendiri..



Sebenarnya walaupon saya ni surirumah tapi tak pernah pun saya duk baring atau melepak sesaje,tidoo siang pun tak pernah walau badan letih yang amat..kelakarnya semalam tengah menjahit saya boleh terlelap sat ada 2-3 minit sebelum diganggu tetiba ada baju melayang kat muka..sungguh saya paling marah kalau terlampau penat ada yang mengganggu..

ni Char Kuew Teow udang saya masak sendiri semalam,tak lalu nak makan nasi lagi pulak hujan kat luar..dalam sakit kepala masih sempat gak masak seringkas yang mungkin..saya ikut cara macammana peniaga masak kat luar cuma takdela kuali berapi ke apa..syukur menjadi dan encik suami suka haha..cadangnya nak lena sebentar pastu nak bangun tetengah malam menjahit..saya cuba baring depan tv,sayangnya susahnya nak tido..sepanjang masa Qaseh duk mencucuk mata la,panjat atas badan la..aduiii..dia memang takmo tido tapi tula duk melekat kat maknya ni sekejap-kejap kacau abahnya wat keja..tapi paling dia suka berada dimana maknya berada la huhu..sudahnya tak jadi saya tidoo..


kul 12 saya terus masuk bilik sebab dah tak tahan kepala sakit amat sangat...malas saya nak pikir tentang si kecil mesti dia akan ikut gak masuk bilik..saya tak ingat bila terlelap tahu-tahu terjaga si kecil dah ada kat sebelah dah lena pun huhu..

pagi ni bangun,Alhamdullilah hilang sikit sakitnya..barangkali kurang rehat dan tidur agaknya..

3 ulasan:

Rose Khadijah berkata...

salam..
promosi baju raya dewasa & kanak kanak di http://gengmama.blogspot.com
jom..jangan ketinggalan..

☺[ai][sUmi]☺Chan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
☺[ai][sUmi]☺Chan berkata...

:j: waaa.. suke char kue tiau.. nampak sedap! ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...