Mereka Yang Terbaik..!

7/23/2010

Semalam : situ sana sini

Salam Jemaat pagi yang mulia..eceh hari ni saya nak stori aktiviti hari semalam yang amat memenatkan tubuh badan ini cehh macam la kerja kat ladang sabit buah sawit tapi lebih kurang gitu la saya rasa..

Semalam encik suami ambik cuti untuk settle kan dokumen-dokumen yang hilang hari tu kan..so kena la gik JPN,bank, dan sebagainya tuk renew baliklah..asalnya saya ingat taknak ikut tapi mengenangkan suami tak boleh draw duit,lagi pulak saya pun memang nak beli sedikit alatan jahitan so sekali harung je lah kan..pepagi dah bangun encik suami memang tetiba rajin lak siap kemas umah,sapu segala,masak air buat air sendiri(untuk makluman beliau memang biasa buat sendiri je sebab tak susah pun kadang2 saja mintak bini buat kalau kebetulan saya di dapur) dah tu Qaseh rajen lak bangun awal selalu kemain payah maklumla tido pun lewat so encik suami mandikan Qaseh dan siapkan sekali dia..saya dan Qaseh tak sempat nak sarapan encik suami je makan roti dan minum teh tuk dia sorang je pastu kami kena cergas keluar umah huhu..so saya tapau nasi goreng kat kedai dan makan sambil tersedak dalam kereta jela..

encik suami nak wat IC baru kat JPN Putrajaya sebab kalo buat kat Kajang bimbang ramai orang je..kelakarnya puas pusing-pusing tak jumpa gak JPN boleh sampai kat Jabatan Peguam Negara padahalnya biasa je lalu kat situ tetiba buleh lak tak ingat ciss..dah tu tanya orang pun tak betul je memasing bagi arah haha..sampai JPN bajet ramai kot orang maklumla dah kul 10 dah tu saya dengan nak terkucil lagi tup-tup sampai terus ke kaunter amik angka giliran tak sempat duduk apa pun terus kena panggil..pastu tulis form dan tak sempat apa pun terus kena ambik gambo..huhu saya pun tukar IC baru gak,tukar alamat nak sama macam alamat Qaseh dan encik suami gak..

Nak cari kemain payah dah sampai tak sempat apa-apa dah settle padahal saya siap bawa something tuk dijahit kut lama duk melangut dari buang masa baikla menjahit..pastu kena gik bank lak wat kad segala kendian gik JPJ lak ramai lak orang kali ni..gik JPJ kat Seksyen 7 Bangi..sebab nak renew lesen GDL so kena wat medical check up dulu lama gak dok kat klinik nasib klinik tu sebelah je ngan JPJ..kelakarnya dah nunggu lama kat JPJ boleh lak encik suami lupa nak kepilkan gambo so kena ambil gambo dulu la kat dalam ade sediakan perkhidmatan ambik gambo tapi sebab perut dah kebuloq tak ingat ape tau nak gik makan dulu pastu baru gik balik JPJ.

pic time boring-boring masa kat klinik..Qaseh macam biasa ngan aktiviti jungle trackingnya tak kisah dimana berada..hoh.sepatutnya saya pun ade urusan gak patut ketemu doktor tapi cam takde mood lak..



Selepas kami makan dengan lahapnya kat Restoran Asam Pedas,sempat gik PKNS suami gik ambik pic kat situ saya ngan Qaseh merewang mencari barang.Pehtu gik balik kat JPJ..aduii letih tak ingat lepas beli barang jahitan sepatutnya nak solat sat pastu ingat nak singgah klinik kesihatan jap tapi Qaseh pun dah tertidur saya pun dah sakit pinggang haha terus balik umah jelah sampaikan masa dalam lif saya dah tak mampu nak berdiri pegang Qaseh..haha

Sungguh memang rumit dan leceh bila hilang wallet ni tau..encik suami lak semalam cam tak berapa nak sihat je beliau sakit kepala..tapi gagahkan diri gak takkan nak bior lama je tak buat IC..

2 ulasan:

::Mamalyna:: berkata...

kesian nurul, patutler semalam takde entry, JPN tue dah dekat ngan ofis saya..

qasehadam @ nurul berkata...

@::Mamalyna::
tula haha mmg selalu lalu tp kelam kabut tu xingat..ahaa saya mmg ngak suke kalo kuar umah ke ape sibuk nk hapdate blog n fb ke ape cam sesetengah org tinggal la dulu settlekn yg penting dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...