Mereka Yang Terbaik..!

7/21/2010

Kami ke balai polis

Salam..pagi ini suasana bukan sahaja mendung di luar rumah tapi juga di dalam rumah kami..huhu.tak tahu lah harus apa lagi yang perlu dibicarakan cehh maaf saya agak sengal pagi ini..maafkan saya kerana kalian terpaksa membaca coretan luahan hati yang rawan ini..lagi pun pada siapa lagi harus saya mengadu..sobs



Malas nak panjangkan cerita yang rumit ini maka saya teruskan jelah ya kaitan apakah kami satu famili ke balai polis suatu tempat yang sepatutnya tiada dalam list lawatan..

Alkisahnya gini semalam sepatutnya encik suami bawa Qaseh ke klinik sebab sepatutnya Qaseh kena timbang berat dan makan ubat cacing untuk kali ke kedua dalam tahun ini..memang beliau dah janji akan balik umah sekejap tapi tak dapat nak tunaikan janji sebab tetiba client ajak beliau lunch kat Hotel Equatorial Bangi yang tidaklah jauh mana dari rumah kami tapi lepas tu beliau kena balik ke opis sebab ada meeting penting(cehh macamla bos besor)so sebab kira dah kecewakan Qaseh yang dah bersiap tunggu jadi walaupun malam tadi encik suami sampai lewat ni kira nak tebus balik beliau nak bawa kami gik KFC sebenarnya saya suruh beliau beli drive thru je tapi beliau taknak sebab semalam encik suami bawa kereta company kereta tu lak buat hal kalau berhenti bimbang tak mo idup dah enjinnya..

So sampai umah dah dekat kul 9 mlm macam tu terus bawa kami ke KFC,asalnya nak makan kat situ je tapi lastnya drive thru la jugak.Lepas beli KFC saya minta encik suami singgah kat mana mana kedai sebab nak beli gam UHU..dan bermula la episod ngeri ini cehh saspen sikit.Encik suami singgah kat kedai RM1.99 yang kat tepi Mydin Kajang berhadapan dengan Metropoint..biasanya saya yang akan keluar kalo barang yang nak dibeli tu barang saya suami akan tunggu je dalam kereta tapi kali ni beliau melanggar rutin kebiasaan, sayangnya gam UHU tu takda kat situ so saya cakap takpela beli kat kedai kat umah je tapi encik suami terus ke Kajang gik kedai hardware ke apa tah yang sebelah McD Kajang tu dapatla gam UHU..pastu terus ke bank BSN konon nak cucuk duit tup-tup baru perasan dompet takde cari dalam kereta pun takde..sudah pusing balik kat kedai tadi pun takde..gik balik kat Metropoint tadi pun takde..okey semua kejadian ini berlaku dalam tempoh masa tak sampai 5minit pun sebab jarak tempat kejadian dekat je..sebelum tu saya reverse balik apa yang berlaku semasa kami nak keluar rumah..jeng..jeng sebelum tu hayati gambar-gambar yang sempat dirakamkan..

ni nombor giliran boring seh menunggu takde kije ambik gambo mende alah ni



encik suami yang kusut masai penat tak hilang balik kerja tak memasal gi wat report lak kat balai


laporan yang dibuat..ini pun encik suami main agak je apa yang terkandung dalam wallet beliau saya lagila tak tahu apa yang ada dalam tu sebab tak pernah pun membeleknya..


Ok sambung balik,masa nak keluar rumah tu encik suami tunjuk wallet dia sambil cakap 'tengok tinggal RM50 je dalam ni nak guna sampai ujung bulan' ye suami saya bukan kije gomen maka gajinya setiap hujung bulan la.Saya wat tak reti je sebab tahu encik suami memang akan cakap gitu bajet nak suruh saya lah tu belanja kihkih..memang ade RM50 je dalam tu masa kat KFC beliau keluarkan duit RM50 tu tuk bayar balance beliau letak dalam poket baju..macam mana boleh dompet tu hilang dan tercicir..? sebab beliau mungkin letak wallet atas/celah peha so biasanya bila bangun wallet tu akan jatuh kat tempat duduk tapi kali ni mungkin jatuh atas jalan raya..so sekarang ni wallet yang takde sesen pun duit dalam tu dah hilang berkemungkinan di ambil oleh orang yang suka jalan pandang bawah pada malam hari,orang itu juga mungkin bukan seorang yang jujur,mungkin juga dia pendatang asing ..wehh dalam tu ada IC,selain kad ATM,kad kredit,roadtax motor,lesen kereta,GDL dan sebagainya...arghh benci pulak memikirnya.


Sekarang ni saya hanya mampu berdoa agar wallet itu dijumpai kembali..saya harapkan adalah orang yang bersikap jujur dalam dunia ini sebab selama ni pun saya tak pernah ambil barang orang kalo terjumpa malah selalu pulangkan balik duit kalo berlaku salah kira ketika membeli dan harapnya ada la insan yang berhati mulia dan berbuat demikian gak..



7 ulasan:

::Mamalyna:: berkata...

ala...kesian kat asben nurul, dah rumit kan siap kena p wat report kat balai polis... harap2 wallet tu dijumpai oleh org yang baik hati dan pulangkan pada nurul...nasib baik takde duit banyak kat wallet tue kan..

qasehadam @ nurul berkata...

@::Mamalyna::

ituler tp leceh laa nk kene buat IC bru lagi..duit buleh di cari(WLPON TIME NI XDOK WIT PUNG)tp lecehla mende2 penting tu kite risau kad nikah aduiii..

akuvision berkata...

takziah la, pantang nampak dompet orang panjang betul tangan

AcuRose berkata...

uh..mmg pening kepala kalu wallet ilang. Apa pun byk kan bersabar ye nurul sekluarga.

qasehadam @ nurul berkata...

@akuvision
itulakan nape mesti amik bende yg bukan hak kite

qasehadam @ nurul berkata...

@AcuRose

thanks..anggap ni dugaan dari NYA

Three Musketeers berkata...

Dulu pernah terjadi kat kiter biler wallet hilang. Memang sedih sangat.

Nasib baik ader orang pulangkan baik. Orang tue memang baik giler. Duit dalam tue langsung dier tak ambil. Nothing's missing.

Susah nak jumper orang macam tue.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...