Mereka Yang Terbaik..!

7/14/2010

Suka 'Desperate Housewives'




Sengaja kali ni nak cerita lain sikit..yea saya ngaku saya lagi suka menonton siri tv omputih dari drama tempatan yang kadang-kadang buat masa saya di sia-siakan begitu saja..saya juga suka layan channel 701-712 daripada channel 101-133 eh ye ke..layan gak kalo ade cerita yang menambat sanubari saya..


Saya jarang menonton tv sebenarnya akhir-akhir ini kecuali sebelah malam iaitu bila rancangan peberet saya ke udara tidak tak tengok pun saya biarkan encik suami kongkerla tv sesuka hati encik suami suka layan channel berilmu seperti Discovery Channel dan National Geographic walaupun time senja sempat lagi layan kat TV1..


Selain Desperate Housewives siri tv omputih lain yang saya layan Ugly Betty,Prison Break,Bones,Criminal Minds,Ghost Whisper,Supernatural,Smallville,Lost,Army Wives,CSI,dan banyak lagi tak ingat la plak tu belum campur lagi sitcom seperti My wife and kids,My name is Earl,Malcome in the middle yang kadang-kadang buat saya sanggup berjaga malam haha..tak campur lagi siri realiti tv yang lain seperti Kimora,ANTM,Pirate Master,Survivor,Fear Factor,Project Runway,The Biggest Loser, dan banyak lagi

Selain menonton terus di tv sebenarnya buleh je nak download ke ape tapi saja malas biarlah tengok kat tv lagi best ahaha..so setiap hari Selasa sejak bertahun-tahun yang lepas encik suami tahu saya mesti malas nak kemana-mana.ingat lagi masa peknen Qaseh dulu masa tu channel 711 Starworld buat marathon season 1 sampai yang latest cerita Desperate Housewives sempena hari ibu tak kemana saya hari tu kul 6 pagi dah tercatuk depan tv layan cerita tu dari situla encik suami pun dah turut berjangkit minat sama.masa season 1 dulu saya banyak terlepas sebab sibuk kerja tu yang balas dendam tu.


sekarang Desperate Housewives dah masuk season 6 yang ditayangkan kat Malaysia la.saya suka semua watak dalam siri ni sebab kadang-kadang perasan setiap watak tu seolah-olah ada dalam diri sendiri ihiks..kami laki bini pun dah macam kenal sangat dengan watak-watak dalam cerita tu..contohnya bila saya bersikap cerewet umah semua nak bersih itu tak kena ini tak kena encik suami mesti cakap''dah macam Bree(Marcia Cross) pulak semua nak sempurna..kadang-kadang saya buleh jadi Gaby,kejapkan bila nampak sememeh je jadi Susan..kang jadi Lynette asalkan tak jadi nenek tua Karen dah la..watak lelaki yang saya suke dalam cerita ni watak Mike Delfino(James Denton) suami susan saya suke sebab Mike ni nampak pendiam tapi tersembunyi perasaan cinta yang mendalam ahaks..malah tak keterlaluan saya katakan cerita ni banyak mempengaruhi kehidupan saya seharian,ada yang boleh dipelajari di situ.


Cerita ni tentang kehidupan ala American Suburbia lima orang suri rumah terdesak yang duk kat Westeria Lane Fairview iaitu Susan Mayer(Teri Hatcher),Bree(Marcia Cross)Lynette(Felicity Huffman)Gaby(Eva Longoria Parker)Katherine(Dana Delany) dulu ada watak Edie yang seksi tapi dah dimatikan masa season 5..nak cite lelebih sila tontonnya tak pun tanya pakcik google..


Siapa yang tak pernah mengikuti cerita ni mungkin tak pahamla jalan ceritanya..tapi serius saya katakan cerita ni memang best jalan ceritanya yang selalu buat kita ternanti-nanti episod seterusnya tak kisahla walaupon cerita ni diklasifikasikan 18 PL ke SX ke sebab saya enjoy menontonnya..

6 ulasan:

Ina Hashim berkata...

citer nih mmg superb!!!

qasehadam @ nurul berkata...

@Ina Hashim

bes kan pandai ssangat dorang garap jln cerita sampai kite tak sabo2 nk tggu season seterusnyaa

Yati berkata...

Haha, yang dulu tunjuk marathon Desperate Housewife tu, sampai Kak Yati tak keluar rumah, nak tengok. Salam kenal ya, Nurul.

qasehadam @ nurul berkata...

@Yati
salam kak yati tula xkuar umah langsung nk masak pon smp malas haha

::Mamalyna:: berkata...

alamak, saya tak penah tengok citer nie, uwaaaaa (lari sambil tutup muka...)

qasehadam @ nurul berkata...

@::Mamalyna::

haha takpe mamalyna dulu pun saya xbape layan gak masa bujang sebab kije xtentu masa..now ni cite yg wajib ditonton..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...