Mereka Yang Terbaik..!

9/05/2010

Keindahan pencintaan selepas kahwin

Petang semalam saya sempat menonton filem Ayat-Ayat Cinta tuk kali keberapa saya pon tak pasti..filem yang sangat syahdu dan sangat sesuai ditonton..macam biasa saya menangis lagi nak-nak bile scene Fahri melafazkan cinta pada Maria yang terbaring koma,masa tu la isterinya Aisyah berlari ke luar dalam redha dia tetap terasa pilunya..
Yang hendak saya ceritakan disini bukan kisah Fahri yang dicintai empat wanita ini,tapi saya sangat tertarik dengan perkahwinan Fahri dan Aisyah..mereka tidak berkapel dan berdating..scene paling saya suka bila muka terpegun Fahri saat melihat wajah Aisyah buat pertama kalinya..inilah antara keindahan percintaan selepas kahwin yang dimaksudkan,okey maseh kurang fahamkah meh sini saya ceritakan lagi.
  • Bayangkan kalau kalian bercinta sepuluh tahun,hubungan dengan famili pun dah rapat benar dah bertepuk tampar bagai..agak-agak pada malam pertama saat suami melihat wajah kite adakah dia terpegun macam nampak bidadari atau dia rasa biasa-biasa saja sebab tetiap hari selalu nampak..emm
  • Saya percaya bila kita bersentuhan dengan berlawanan jantina pastinya 'renjatan elektrik'berlaku perasaan berdebar-debar,jantung seolah mengepam darah dengan laju,muka kemerahan dan seperti ada perasaan yang begitu mengujakan mengalir
    dihati kita..alangkah bagusnya kalau semua rasa itu berlaku setelah kita menjadi suami isteri sebab kalau ianya berlaku ketika bercinta maka kalau gagal mengawal 'rasa' itu padah akibatnya.
  • Berdating,berpegangan tangan dan ber' apa jelah' selepas kahwin mendatangkan pahala tapi kalau masa bercinta ianya mendatangkan dosa.bukankah perkahwinan itu separuh daripada ibadah,jadi cuba bayangkan kalau bercinta lelama berapa banyaklah dosa yang perlu ditanggung.
  • Kalau masa bercinta nak makan berdua-duaan kat tempat ramai orang pon kalian terasa segan maklumla bimbang jadi buah mulut apatah lagi nak bawa pasangan kalian ke majlis-majlis tertentu,tapi kalau dah berkahwin sudah tentunya tak perlu risau dan segan lagi dengan tanggapan orang.
  • Walaupon zaman dah berubah mungkin bagi sesetengah orang menganggap berkapel adalah perkara biasa tapi saya tak kisah dianggap kuno kerana yang salah adalah tetap salah,contohnya ramai yang fikir bertunang adalah tiket tuk buat apa sahaja padahal belum pon sah suami isteri.
  • Saya sendiri pernah berangan-angan mahu impikan perkahwinan dimana saya hanya mengenali bakal suami setelah berkahwin huhu..ingin terasa ada yang masuk meminang.Kita hanya merancang tapi Allah ada perancangan yang jauh lebih baik tuk kita so atas dasar itu juga saya tidaklah mengambil masa lelama tuk bercinta bila saya rasa beliau adalah calon yang sesuai saya tanpa ragu untuk mengakhiri hubungan itu dengan ikatan yang sah..biarpon berkahwin pada usia yang dikira masih muda tapi itu bukan ukuran kebahgiaan sebuah perkahwinan..pada saya nak mendirikan rumahtangga itu lebih mudah berbanding mengekalkannya tak caya tanyalah sesiapa sahaja yang dah kahwin huhu..

Maafkan saya andainya apa yang tercoret di sini ada menyinggung perasaan kalians saya cuma ingin berkongsi rasa..saya pernah melalui fasa berkenal-kenalan,bercinta dan sebagainya tapi hati saya kala itu tidak merasa tenang sentiasa dibelenggu rasa segan,bersalah tapi perasaan jauh lebih tenang bila sudah bergelar isteri terasa martabat sebagai wanita itu diangkat lebih tinggi..dan percayalah cinta selepas berkahwin jauh lebih indah malah saat lafaz akad nikah itu diucapkan kita sebagai isteri seolah dianugerahi satu naluri tentang suami kita..sebab tu isteri biasanya boleh mengagak kalau sesuatu berlaku pada suaminya..

P/S :agak-agak ada lagi tak lelaki macam Fahri lalalalala..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...