Mereka Yang Terbaik..!

11/19/2010

Di jauhi kawan sebab bisnes??

Dah lama saya nak cerita pasal nih,masalah yang bukan saja membelenggu diri saya tetapi kenkawan yang lain yang rasa terganggu,sakit hati dan bengang yang amat sangat apabila sahabat yang selama ini kita hormati tetapi dah jadik orang lain bile sibuk berbisnes tak kira la skim cepat kaya ke,cepat muflis ke atau MLM dan sebagainya..kawan yang selama ini boleh duk berborak sesama,bergosip bagai hanya nak borak ngan kita tentang bisnes dia..kalau hantar sms sekadar tanya khabar jangan harap nak jawab tapi kalo tentang bisnes dia hambikk ko panjang lebar dia balass.
Rupanya kawan kita yang selama ini manis orangnya,bahasa yang bagus..kawan kita yang rajin mengomen kat blog kita yang suka tegur kita kat FB dah jadik orang yang gila duit hari-hari update status kat FB semua tentang duit..mana kawan kita yang manis tu..beberapa kawan saya sering mengadu tentang hal ni,tau tak apa yang sebenarnya menjengkelkan kenkawan bila kalians terlalu taksub sangat dengan bisnes korang tuh..:
  • Tiada lagi kawan yang suka bergurau senda,asal jumpa kat mana-mana takda lain dah cerita nak bukak..gik mengeteh kat kedai mamak je sibuk buka laptop,tayang henpon canggih dengan kereta mewah nya sekali..orang nak bercerita hal lain awak sibuk ngan bisnes..bisnes dan bisnes lagik..langsung tak fikir apa perasaan kenkawan.
  • Memperlekeh pekerjaan orang lain,yang ni memang amat menjengkelkan ade seorang kenalan saya yang kerja kat stesen tv dia cakap dia memang bengang gila la sebab kawan dia yang buat bisnes MLM ni tak abis-abis nak sindir pekerjaan dia.."sampai bila ko nak kerja makan gaji gini,taknak hidup mewah macam aku ke.." takpun ''korang mesti banyak tanggung hutang kan tengok aku..nak beli apa nak gik mana pon dah tak kisah pon takyah pikir apa-apa'' dan banyak lagikla.Kenapa mesti merendah-rendahkan pekerjaan orang lain bukan tak halal pon malahan dengan duit hasil gaji itulah kawan kita tu tanggung famili dia tak kisah la macam mana susah pon dia kerja jadi kuli batak ke sekurangnya dia tetap bekerja dan tahu tanggungjawab dia bukan nak kerja senang je pastu nak hidup bermewah-mewah.
  • Bongkak,riak dan suka menunjuk-nunjuk..kat status FB hari-hari tulis ''hari ni shopping RM5 riban je abiss..rugilak sikit je belanja'' takpon ''baru tukar sportrim kereta terkejut murah tul satu sportrim baru RM15 riban'' atau ''mana ok ye semi D kat Bukit Jelutong ke Penthouse kat KLCC ke nak beli banglo kat Country Height mana satu ni''..tu baru camtu belum dia sebut nak tukar kereta bagai lagik takpun gi melancong sana sini.Sikit pon tak sedar ade kawan yang hanya mampu sewa umah kos rendah,apa perasaan dia baca status kita camtu...takpon kalo ade kawan yang baru balik berkelah kat Bagan Lalang nak tayang gambo kat FB pon jadi segan mana taknya member dia ni duk tayang gambo gik Paris laa..London la .
  • Kalau kawan ni tak beli barang yang dia jual atau tak join bisnes yang dia buat dia dah taknak melayan sangat..kalo member tu tegur kat FB pon dia buat tak layan je.Adakah fungsi seorang sahabat tu untuk meraih kesenangan semata-mata,so kalo kawan kita tu tak beri keuntungan kat kita tak perlu kawan ngan dia camtu ke..?sebenarnya saya sendiri tak kisah nak kawan ngan sapa pun cuma sebagai sahabat tak perlu la kita memaksa kawan kita kalo dia taknak join bisnes ke takmo beli barang kita biarlah kita hormatila pendirian dia mungkin dia tak perlukan menda tuh ke ,takde duit ke betul tak?biarlah dia dengan ikhlas hati yang bertanya pada kita,kalo kita asyik duk mengendeng-ngendeng kat dia lama-lama dia rasa rimas dan mula menjauhi kita.
  • Berselindung dan hipokrit..haha add kenkawan sebab nak tag barang yang kita jual takpon nak suh PM inbox tuk bisnes cepat kaya dia..ade sorang kawan dah terkena disebabkan seorang hamba Allah ni hari-hari update status FB dia tentang kekayaan yang dia perolehi kawan saya ni pon try la PM dia..kelakarnya dia takmo bagitau pon bisnes apa yang dibuatnya kecuali kalo kawan saya ni serius dan konpem join.Dah tentunya orang nak tau dulu menda yang dijualnya,lepastu kena la diskus dengan famili dulu baru la decide nak join ke tak tapi member ni takmo bagi peluang langsung orang nak berfikir dulu.lebih-lebih lagi kalo bisnes tu perlukan modal puluhan ribu kena buat loan bagai bukan semua orang ada backup yang bleh bantu kita kalo jadik apa-apa.kawan saya tu siap copy paste semua ayat yang si member ni tadi..siap member tuh marah-marah bebel buang masa dia melayan kawan saya nih..sungguh tak disangka seorang yang lemah lembut camtu bila cakap tentang bisnes dia seolah-olah bukan sahabat yang pernah kita kenal dulu..siap kawan saya tuh remove member tuh daripada friendlist kehkehkeh..
  • Asyik fikir orang lain dengki kan kejayaan kita..hurmm payah ni kalo asyik negatif je kawan nak dekat pon tak berani dah tu langsung taknak terima kritikan orang dengan hati yang terbuka..sebenarnya kenkawan tak dengki pon dengan kejayaan kalians malah mereka tumpang gembira cuma mungkin sikap kalian yang terlalu obses dengan bisnes buat kenkawan berjauh hati rasa tak selesa nak rapat..rasa segan yela tak beli barang kat kalians kan pastu kalians lak duk sindir-sindir..paling penting hormati pendirian orang lain terutama kenkawan dan adik beradik kita sama macam saya meskipon memperjuangkan kepentingan susu ibu tapi yang pasti dan jelas tak da sorang pon di kalangan ahli keluarga atau sanak saudara saya yang memberi susu ibu sepenuhnya pada anak mereka,takdela saya kondem depa tuh malah saya selalu ditanya susu formula jenama apa yang sesuai tuk anak-anak depa..bagi saya biarlah kesedaran tuk datang daripada diri mereka sendiri saya percaya mereka pun sedang cuba berusaha memberi yang terbaik tuk anak-anak beri masa dan jangan membuatkan mereka rasa tertekan lak ngan kita.

Kita semua ada kawan baik dan kalau boleh kita nak bersahabat dengan dia tuk selama-lamanya,gaduh-gaduh manja tu perkara biasa tapi jangan sampai kenkawan berjauh hati sebab rimas dengan kita yang obses dengan sesuatu perkara tuh..mungkin itu strategi perniagaan kita,tetapi sesekali cuba peka dengan keadaan sekeliling selesakah kenkawan kita dengan cara kita nih..kadang-kadang kenkawan tak sampai hati nak cakap kat kita tapi bila depa dah tak tahan secara perlahan-lahan depa akan mula menjauhi kita..tak kisah apa pekerjaan kawan kita kalau dia belum bersedia jangan paksa jangan sindir-sindir saya sendiri pernah disindir sebab harapkan duit suami saya tak rasa salah atau berdosa pon lagik berdosa kalau suami yang macam biawak hidup makan duit bini..bini daripada seorang suri rumah tak pasal-pasal kena kuar bekerja teruk-teruk apabila si suami tetiba malas nak kerja kalo jadik Mr Mama jaga anak-anak takpela jugak ni anak still hantar kat pengasuh ini bukan cerita rekaan terjadi dikalangan keluarga saya sendiri..so fikirkanlah.
Maafkan saya kalau ade yang tersinggung dengan entri kali ini..sebab ini adalah pengalaman beberapa rakan tak salah nak bisnes bagai cuma jangan sampai hilang kawan udah..bisnes la cara orang profesional jangan campur adukkan peribadi dan kerjaya kita..kalo kawan kita tuh taknak beli barang kita jangan la kita takmo la kawan ngan dia plakkan..Dan kenkawan plak janganla dengki lak ngan kejayaan kenkawan yang lain jadikan mereka sebagai inspirasi paling penting jangan tikam member lak, saya sendiri telah alaminya..


8 ulasan:

Elly & Emmy berkata...

seriusss.. saya sgt nyampah ngan MLM ni.. tipuuu.. mana org ada org tak yah kerja kuat.. goyang2 kaki masuk ribu -riban... yg diorang duk tayang duit byk2 tu.. ambik duit ahli yg daftar bawah mereka.. buat apa beli rumah sana sini .. keter dua tiga bijik.. semua tu hutang ngan bank.. kalau MLM bungkus.. semua harta tu kena tarik balik..saya dah jumpa org yg mcm ni.. suka menunjuk2 dengan kemewahan MLM diaa tu.. sekarang ni dah hampir muflis keran terpaksa tanggung bebanan hutang dengan pihak bank.. bg sy biarlaa idup sederhana, janji tak ader hutang keliling pinggang.

::Mamalyna:: berkata...

nurul, tak paham nape nak menunjuk2 kan...tu dah jadik riak sangat2 dah.. tu masa die di atas, tp ada jugak bila dah jatuh, terus diam membisu, nanti pandai2ler die cari kawan2 yang die perlekehkan dulu...

** perkara yang pernah dilihat di depan mata...

qasehadam @ nurul berkata...

eida:
tul tu sederhana sudah yang nak kaya raya sampai nak tuko keta mewah bagai wat pe cuba pikir beli keta tuh sebab nak lindung hujan panas ke nak menayang kat org kg..ke nak org bulat mata tgk kite kuar dr keta mewah secara xlangsung tuh dah kire riak iaitu dosa besarr tau

qasehadam @ nurul berkata...

@::Mamalyna::
tul tu tak paham kenapa nak menunjuk2 meskipon konon nak bitau la itulah hasil kejayaan dia supaya org tertarik tapi tak sedarkah bile kite rasa bangga sebab org kagum ngn kita ia dah jd riak..ramai yang xsedarkan hal ni

AcuRose berkata...

Mmg ramai acu tgk yg mcm tu.. dah jadi lumrah bila dah jadi hamba pada duit hilang semua rasa malu dan hormat kat org lain.. tapi mmg sedih lah kalau best friend kita sendiri jadi mcm tu.. baik biarkan saja.. kalau ditegur mau jadi musuh lak nanti sbb kan duit..

qasehadam @ nurul berkata...

@AcuRose

Tul tu acu so biarkan jela satu masa dia akan sedar sendiri..harapannya la..huhu

habibah_bib berkata...

yang pasal dok citer pasal duit tiap2 hari kat fesbuk n bila kita pm dia tanya apa bisnes yang dijalankan, berbelit2 dia jawab. tak paham betul apa jenis bisnes... ni yang buat jadi lebih was-was. bisnes apa yang makan duit atas angin tanpa keje keras? cuba tanya billionaire Cina ke, Melayu ke, India ke semuanya start dgn kerja keras... pas tu bila check web/blog group berkenaan, hampir semua yang letak testimonial adalah Melayu... huhuhuhuhuh tak tau nak cakap apa lahhh.

dalam hidup ni yang penting 'kaf ba ro kaf alif ta nun' = keberkatan (*citer dunia baru*)hehehhe

Cik Puan Nurul berkata...

Bib:hari tu ade terbaca pasal hukum MLM ni yg jadik haramnya bila upline makan banyak sgt duit downline maksudnya bila downline tah yg mana2 yg paling bwh dia sendiri pun xkenal pastu dia dpt hasil kerje keras org tu bulan2 tanpa dia berbuat apa2..
bagi saya biarlah terlibat ngan bisnes cara konvesional je biorla lambat sikit pun kebykkan jutawan yg berjaya de syarikat snaa sini pun bermula dr bawah..sekurang2nya kite lebih hargai titik peluh kite selama ini biar lambat asal selamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...