Mereka Yang Terbaik..!

11/22/2010

Pulut Kuning Microwave

Pertama kali saya masak pulut kuning kesnya saya sangat kempunan nak makan pulut kuning ngan rendang daging dahla tak dapek balik kampung dah tu takda sapa ngajak beraya ke rumah..so jemaat aritu adik saya balik bawa daging yang mak kirimkan ade 2 kg lebih gitu je nak bagi banyak adik saya tuh naik bas huhu je so malam tu tak sempat-sempat saya ke rumah dia ambik daging hihik..so Sabtu lepas terjadikla pulut kuning yang di makan dengan rendang daging.Pulut kuning yang baru kuar panas-panas dari microwave sebenarnya saja ja nak try masak guna microwave padahal periuk kukus ada,boleh gak pulut nih di masak guna rice cooker ya hakak-hakak sekelian..mudah dan cepat je masaknye yang penting takyah nak basuh periuk kukus yang besar kedabak tuh..senang je jom layan resepi mudah ini..

Resepi Pulut Kuning Microwave

Bahan-bahan

2 cawan beras pulut dibasuh bersih

2 cawan air

sehelai daun pandan

sekeping asam keping/gelugor

secawan santan

lebih kurang 2 sudu serbuk kunyit boleh gak guna kunyit hidup

sedikit garam dan gula(sikit je tau)

Cara memasaknya
-rendam beras dalam bekas berisi air selama sejam dan masukkan bancuhan serbuk kunyit yang ditapis dan asam keping.

-kendian tapis beras pulut masukkan kedalam bekas yang boleh dimicrowave beserta air.Kuantiti air mesti sama banyak dengan beras pulut tadi.Masukkan sekali daun pandan.

-tutup bekas dan masukkan kedalam microwave setting high selama 5 minit.

-setelah 5 minit keluarkan dan masukkan santan yang dicampur dengan sedikit garam dan gula.Gaulkan serata dengan garpu dan masukkan semula ke dalam microwave setting medium high selama 5 minit.

-dah siap boleh keluarkan dan boleh dimakan dengan rendang,telur dadar juga sambal tumis dan sebagainya.




rendang daging dimasak guna resepi CMG..aduii lama tau nunggu kering ada 2jam lebih gitu..ok ke gini rupanya sebab tengok orang lain masak kering kontang nampak daging je..




Ni puding trifle ekpress dibuat masa hari raya haji hari tu..bahan-bahan guna apa yang ada dirumah je..asalnya nak buh buah strawberi dan creamm tapi cream yang adoo dah expired lakk huhuhu..



dulu masa raya kiwi kan ni oren plakk






Buat dalam bekas tupperware gini je hahaha..tak buh dalam kaserol kaca lagik lawa dan mahal itu..janji sedap dan boleh dimakan kehkehkehkeh..





4 ulasan:

Elly & Emmy berkata...

tak pernah lagik masak pulut pakai mikrowave..

Yaati Nor berkata...

alamak terliur plak teringat pulut sambal tumis petai ms rasa tu..tak larat nak mkn masa raya marin sbb dah kenyang sangat mkn sup tulang..mn gmbr pulut tu..nak la terliurkan lg diri ini...huhuhuhu

qasehadam @ nurul berkata...

eida:kena terai la buat dulu sedappp..

qasehadam @ nurul berkata...

@Yaati Nor

eh ade la gambo pulut kuning tuh huhu..xkan dia nyurukkan diri lak hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...