Mereka Yang Terbaik..!

3/06/2011

Adakah kalians berminat..?

Salam..bersiaran terus dari rumah di hari minggu nan sepi..erkk sebenarnya tak sepi sebab setiap pagi kan kalau orang lain pepagik dengar ayam berkokok..gagak berbunyik,tapi kat umah ni hampir setiap pagik bunyik yang 'meloyakan'pasti kedengaran...nak tau bunyik apa,maybe bagi orang lain bunyik tu irama merdu tapi bagi acik bunyik tu merencatkan selera makan pepagik yessss bunyik orang mandi sambil mandi ade babak ludah meludah,hembus menghembus eyarkkk segala bunyik haktuihhh..tu semua ade tensennnnyaa..tak tau la bunyik tu datang dari rumah sapa tapi yang pastinya acik merasa amat tak selesa dengan keadaan tu..ishhhhhh padahal dah berapa lama duk sini sebelum ni tak de la bunyik mende-mende gitu sejak akhir-akhir ni laa kedengarannya pun hahahahaha..mukadimah kemain lagik sebuk cerita pasal mende meloyakan hukhuk(bukan pe sebab tengah menaip ni kebetulan bunyik tu jadi iklan sekejap..eyarkk)

Berbalik kepada tujuan asal ye adik-adikk..hari ni acik nak inform satu maklumat penting..kepada sesiapa yang berminat nak mengikuti bengkel latihan Malaysian Breasfeeding Peer Counselor untuk sessi 2011 yang bakal diadakan seluruh negara mengikut peringkat dan zon memasing boleh berbuat demikian dengan menghantar email berserta detail penuh kalians di admin@malaysianbfpc.org atau untuk keterangan lebih lanjut boleh ke merujuk terus kepada Hayatie iaitu beliau merupakan admin team juga boleh merujuk maklumat di forum susuibu.com

saya hampir terlupa nak war-war kan apabila ade teman-teman yang bertanya barulah teringat padahal dari bulan lepas lagi dah bercadang nak inform..

*Sedikit informasi mengenai PPIMM atau MBfPC, Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysian ( PPIMM) atau Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah terdiri daripada jaringan sukarelawan Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) atau Peer Counselor (PC) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. Untuk menjadi PIM/PC, seseorang itu perlulah menjalani bengkel latihan yang dikendalikan oleh (PPIMM/MBfPC).

p/s:Untuk pengetahuan kalians juga..jika kalians tidak mempunyai komitmen yang besar,tidak terlalu bizi dan boleh meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti sukarela amat digalakkan untuk menyertai selain mempunyai semangat,minat yang mendalam untuk memberi galakan dan sokongan kepada ibu-ibu dalam penyusuan susu ibu.Lelaki dan mereka yang bujang juga boleh menyertai tak semestinya khusus tuk ibu yang menyusukan sahaja.

Adakah kalian berminat..??marilah bersama-sama menambahkan pengetahuan moga dengan ilmu dan pengalaman yang dikutip bersama sepanjang kursus sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang amat memerlukan sokongan..

4 ulasan:

Elly & Emmy berkata...

hehehe.. intro muu..

koi memang berminat.. tapi koi takut kalau dah email, tiba masanya tak leh join pulak.. maklum laa.. koi ni nak kemana2 semua suami yang temankan..

Cik Puan Nurul berkata...

xpe just email n bagi detail dulu..nnt admin akan konpemkan terpilih atau tidak..bawak suami sekali pun xde hal la nnt pehal boleh email dulu yea..bagus gak kalo ade ibu kembar..sebab ramai tau ibu2 muda yg bakal lahirkan bby kembar selalu rasa takut n risau xmampu nak bf anak derang..

Momma Mia berkata...

Yang, cam berminat. Dorang biasa buat hari bekerja ke weekend? Harap dpt bg tips

Cik Puan Nurul berkata...

buat weekend alin..tuk lembah klang nya latihan akan bermula awl bulan depan(kalo tak slh)..biasa spt thn lepas buat 3 hari berturut2 iaitu jumaat-ahad.tp kali ni tuk lembah klang buat 4 hari tapi 2 hari la kira 2 minggu berturut2.ade jadual dia boleh klik kat forum susuibu atau blog admin..nnt sy terai la copy -paste sini kalo sempat huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...