Mereka Yang Terbaik..!

3/07/2011

Ice Room vs Tutti Frutti..dedua pun yummy

Pagik-pagik senin dah sibuk nak review tentang makanan..apakah..?hahah takpe sekadar berkongsi dengan kalians je kan..boleh dikatakan dua minggu berturut acik mengkedarah dessert memula lepak-lepak bersama kawan perempuan aja kat ice room..jauh lak tu kat Batu Caves lagi hahaha padahal dekat dengan rumah pun ade takpe sebab kenkawan ajak makan kat situ kan jarak bukanlah alasan tuk tidak berjimba-jimba dengan teman-teman lama..kali ni abah Qaseh tidak ikut serta sebab saya pergi dengan ex-classmate ain..lagipun abah Qaseh nak berehat,nak tidoo maklumla sejak sebulan yang lepas dia memang bizi giler balik umah sejam dua je kena duk kat site 16 hingga 24 jam..balik umah just tido 2-3 jam pastu kena pergi balik kerja sebab projek tu nak kena final testing tah apa jadah la kan..so sebagai isteri harus bersabar dan tidakla menambah tekanan yang sedia ada orang kata kepercayaan dan tolenrasi tu perlu kan..hahaha tunggu jela projek siap sepenuhnya..uhukkkk..lupakan dulu hal itu seketika kita layan dulu dessert yang mabelesss nii okey harga aiskrim kat Ice Room kira boleh tahan la jugakkan takde la semurah ais krim Mat Kool tu kan kira sekitar RM7.90-RM8.90 ada bermacam perisa kalau tak salah 25 jenis kot ahaha gitula gamaknya..yang kat gambar atas tu bluberi..anti Ain yang punya..
avokado..acik kan tengah berdiet jadik harus bijak membuat pilihan..aiskrim kat sini semuanya takde la manis sangat sekadar manis-manis buah ok la kan..

strawberi..pilihan Mama Khalis aka Wani..wowww tergude ai..



posing sebelumm mencomotkann diri dengan aiskrimm..


tengok Qaseh kemain manja ngan anti Ain..makan pun duk atas riba anti Ain..Qaseh memang suke dengan orang-orang muda dan masih bujang..kalau tahap veteran tuh dia memang tak berapa la..hahah sabar jelaa..


nah Sabtu baru ni lak dapatla singgah kat Tutti Frutti Bandar Baru Bangi tuh..padahal dah lama dah nak singgah situ tapi belum kesampaian akhirnya sampai jugak tupun just tapau je sebab abah Qaseh nak gik keja semula ahaha (dah macam pinjam lak dia pastu kena pulangkan balik) sebelum tu gik makan lauk siput sedut kat Restoran Asam Pedas dulu..

gambar atas kereta tetengah panas..ahahahaha slurrrpppp





yummy..harga untuk 100 gram bersamaan RM5.30 acik amik bekas medium tuk kongsi ngan Qaseh abahnya just makan sesudu dua je..pastu buh tiga perisa ambik vanila,red velvet(sedapp..tak dapat makan kek red velvet dpt yogurt dah memadai) dan green apple supaya tak muak kan..ade bermacam lagik perisa yang lain..tapi heran gak sebab tengok orang lain semua sibuk amik perisa vanila ngan coklat huhu..kalau acik takdenya la sebolehnya semua perisa yang baru-baru lagik terkini tu la yang harus di coba..sebab beli satu pastu kongsi kan suh buh banyak-banyak la sikit hiasan just amik sedikit buah dan kismis so sekali timbang dan harga sekali kena RM23.85 hahahaha hambikk ko..tapi takpe sangat berbaloi okey sebab sedapppppp sangat..


sedikit info yang diketahui la kan NAZA Tutti Frutti (Malaysia)Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat dalam kumpulan NAZA adalah pemegang lesen utama Tutti Frutti di Malaysia ni selain diorang ada gak buka cawangan di negara luar seperti Kemboja,India dan Singapura..nak tahu lebih lanjut leh je klik je Tutti Frutti kalau-kalau kalians berminat nak buka francais gak kan tiba-tiba je kan huhu..







3 ulasan:

Aisumi Chan Kawa'i berkata...

ice room memang terbaik.. tutty fruity belum try lagi..

Ibu Mifzal Arsyad berkata...

x pernah try tutti frutti..kena try jgk ni..

estee_8980 berkata...

salam nurul..
sedapnya nmpk eskrim tu tp blh thn mahalnye kan..seram tgk harga dia..
hehehe

jemput singgah ke blog saya dan kalau sudi jemput jadi follower saya di : estee8980.blogspot.com

salam perkenalan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...