Mereka Yang Terbaik..!

3/17/2011

Apabila kita di nilai serendah-rendahnya..!

Saya menaip entri sebaik habis berbuka..oh lupa nak beritahu saya berpuasa hari ni..dan saya baru habis berbuka puasa syukur Alhamdullilah kenyang sudaahh..lauk sambal udang benar-benar buat saya begitu berselera namun disebabkan mahu mengawal pemakanan saya cuma mengambil sesenduk sahaja nasi tanpa bertambah..makan pun sorang diri huhu..emosi saya agak terganggu sedikit luahan hati saya titipkan disini harap mereka yang selalu membaca blog picisan saya sudi membacanya(skema je kan..mestilah hati tengah lara ni tau)

Meskipun saya ni suke melawak dan boleh dikatakan peramah orangnya namun saya masih punyai hati dan perasaan sama seperti orang-orang yang garang,bekeng dan sewaktu dengannya..ingat mereka je leh emo-emo hahhahaa

Blog saya ni terbina selepas kelahiran si kecil di sinila saya nak meroyan ke,kongsi resepi ke..cerita tentang perjalanan penyusuan saya ke..ya disini la tempatnya..tapi bukan segala-galanya saya luahkan disini..saya juga perlu ambik kira hati pembaca saya yang lain bukan semuanya golongan ibu seperti saya ade juga yang muda belia..lelaki juga wanita maka saya sentiasa seimbangkannya agar tidakla nanti fokus tentang mende tu sahaja lelama orang pun naik nyampah dan boring..malah urusan tecik craft juga amat jarang saya coretkan disini telah lama saya asingkan cerita tentang dunia comel saya tu..

Kembalik pada apa yang nak saya sampaikan..selain seorang suri rumah saya juga bergiat secara sukarela sebagai Pembimbing Ibu Menyusu(PIM) maka jika ada yang punyai masalah dan perlukan sokongan saya sedia membantu jadik bila dah dibantu tak salahkan ucapkan terima kasih..lagik satu saya akui saya hanya berkongsi sekali sekala tentang penyusuan susu ibu di blog ini namun bukan bermakna saya saya tidak ambil tahu yea..hanya saya fokus kan kepada isu-isu tertentu lagi pun terlalu banyak blog di luar sana juga menceritakan hal yang sama so takkan saya nak ulang isu yang sama ye tak..maka disebabkan itu jugakla blog saya ni tak termasukla dalam senarai inspirasi ibu-ibu yang menyusu,meskipun sehinggga hari ini sikecil saya sudah berusia 2 tahun setengah dan masih menyusu badan..takpela mende tu bukan la isu besar sangat benarlah kadangkala status kite sebagai suri rumah buat orang tak yakin dengan kemampuan dan pengetahuan kita..kita juga di pandang sebelah mata,masih dianggap kolot dan ketinggalan zaman..hurm padahal dunia dah berubah..saya bukan sekadar ibu yang menjaga makan pakai anak dan suami saya juga bekerja di rumah mencari pendapatan sampingan bukannya duduk sahaja goyang kaki tekan remote tv..hari saya bermula seawal pagi setiap hari dan berakhir lewat malam selama waktu itu bukannya saya duk mengangkang je..malah rasanya tak cukup 24jam yang diberikan pasti ada je kerja yang tak pernah beres.

Mungkin saya bukan idola bagi semua orang tapi bagi diri sendiri saya akui tentang kemampuan diri dalam usia yang muda saya telah lalui pelbagai asam garam kehidupan pahit getir segalanya saya cuba lalui dengan penuh tabah..saya tak pernah menyesal sebab akhirnya jadi surirumah malah cukup bertuah sebenarnya saya lalui seorang diri tanpa bantuan daripada orang lain dirumah bila anak meragam,sakit perut kembungla,demam panas..sembelit dan memacam lagik..sekurang-kurangnya saya mendapat pengalaman dan lebih bersedia bila berhadapan situasi itu lagi.

Terima kasih pada rakan-rakan blogger yang setia bersama saya sejak mula perkenalan,yang sudi singgah di blog ni..meskipun saya bukanla orang yang boleh kalians bangga-bangga kan..menjadi rujukan yang terbaik juga bukan..tapi anggapla saya sebagai teman yang sentiasa ada bila diperlukan..tahukah kalians bila ade rakan-rakan blogger yang minta pertolongan tentang masalah berkaitan dengan penyusuan kadang-kadang tak lena tidur saya dibuatnya memikirkan masalah orang kerana saya juga pernah melalui saat-saat sukar itu maka saya akan berusaha sebaik mungkin tuk membantu..

Saya sangat suka dengan kenyataan ini..dipetik dari artikel''Kita,wanita terbaik''Mastika April 2011-oleh Chong Sheau Ching(pengasas working@home network http://www.ehomemakers.net/)



Buat masa ini 'homemaker'jangan sekali-kali berpatah arang mengasuh anak-anak dan keluarga,tidak kiralah apa pun pandangan orang lain.Sungguhpun kita bujang dan tidak ada orang peduli terhadap sambutan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu,kita mesti menyambut hari-hari istimewa ini dengan berkata sendiri ''saya adalah yang terbaik''!



P/S:Kadang2 terasa hati gak..maklumla kita ni bukannya bekerja di lapangan profesional adalakala bila bertemu saudara mara atau orang di kampung diorang pun macam takde modal nak berborak lelebih dan memandang sepi pendapat dan pandangan kita seolah-olah kita ni ''kosong'' je..begitu rendah penilaian orang tanpa mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam..

2 ulasan:

::Kak Sambal:: berkata...

sabar nurul, kehidupan sekarang, memang cam tue... susah benar nak puaskan ati semua org... asalkan kita jadi terbaik buat family kita, itu sudah mencukupi..

Cik Puan Nurul berkata...

huhu thanks ejan..nnt leh la hang out ngn ejan makan2 gusip hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...