Mereka Yang Terbaik..!

4/22/2011

Kesalahan besar sangatkah kalau terpaksa menyusahkan orang lain

Ahh sudah hari jumaat sibuk lak membebel pasal isu-isu panas heheh..takpa hal ni sudah lama terfikir nak tulis tapi sentiasa tidak punyai kesempatan..maaf kalau nanti ada yang sentap dan sebagainya setiap orang berhak menyuarakan pendapat memasing so hormati la setiap pandangan individu kerana bukan semua orang melihat sesuatu perkara tu sama seperti orang lain sebaliknya pandangan setiap orang berbeza..


Sebenarnya kan saya sangat rimas dan cuak benoor la kalau ade laa orang bising..contohnya isteri still harapkan suami untuk ke suatu tempat tu bukannya tak pandai memandu tetapi tidak mempunyai keyakinan nak memandu ke tempat tu sebab keadaan jalan raya tu sendiri ataupun tidak biasa dengan kawasan tu..pastu kan mula laa ade suara-suara sumbang..''sampai bila nak susahkan suami..belajarla berdikari'' ahahaha entah kenapa orang lain lak yang bising-bising padahal si suami sendiri pun tak galakkan si isteri tu drive sensorang..


Ada seorang kawan lama saya ni laa dia ni hanya tahu memandu ke tempat keja dia,hantar anak sekolah dan gi pasaraya yang berdekatan lain-lain tempat yang dia tak biasa meskipun tak jauh mana pun dari rumah dia memang suami dia sendiri pun tak benarkan dia pergi seorang diri..pernah gakla saya berasa hati sebab dia tak pernah nak bertandang ke rumah saya meskipun bukannya jauh sangat balik-balik alasan dia beri dia tak berani sebab tak biasa dengan kawasan tempat tinggal saya..tapi pasal segan dengan saya yela kalau dia menjemput saya kerumahnya tak pernah saya abaikan so dia cuba gaklaa gagahkan diri bawak anak-anak datang kerumah saya..sebabnya suami dia ni sering kerja luar memang jarang ada kat umah kalau nak gik tempat-tempat yang jauh memang kena tunggu time suami ada kat rumahlaa..kadang-kadangkan kite melihat masalah tu kecik bagi kita tapi tidak bagi orang lain..


sama juga bila seorang teman saya sering rasa stress dan merajuk hati sebab suami dia tidak romantik seperti sepatutnya mungkin bagi orang lain masalah tu kecik je tapi bagi dia itu masalah besar so kita tak payah la nak kutuk keji orang bila kita rasa kononnya orang tu mengada-ngada la apa la..


Sama juga kes nya dengan seorang teman ni..dia belum berkahwin dan tidak ada lesen memandu so kalau ke tempat kerja memang gunakan kenderaan awam la tu takda hal la tapi kalo nak kemana-mana seperti balik kampung ke or mana-mana la terpaksala dia menumpang teman-teman ke,adik beradik ke so dia selalu rasa sepanjang hidup dia membebankan orang lain..padahal memangnya sepanjang hidup ni kita akan menyusahkan orang kalau tidak orang juga akan menyusahkan kita..kita sebenarnya tak dapat meramalkan apa yang terjadi pada masa depan tak semestinya orang yang hari ni kita lihat gagah perkasa,boleh memandu kesana kemari takkan pernah menyusahkan orang lain dah sapa tau tup-tup esok lusa tetiba dia kemalangan dan hilang keupayaan fizikal nak bergerak macam mana..fikirkanlaa..semua orang berpontensi untuk tiba-tiba menjadi lemah tiada upaya.


Sesetengah orang pernah melalui peristiwa yang menakutkan contohnya kemalangan ngeri di jalan raya menjadikan dia trauma dan takut untuk memandu..bolehkah kita salahkan dia bila dia tak mampu nak drive seorang diri dan memerlukan bantuan suami atau orang lain.saya sendiri adalah salah seorang yang amat takut bila berada di jalan raya kerana pernah mengalami kemalangan jalan raya meskipun tidak cedera dan terselamat bukanla sesuatu yang mudah untuk memadamkan setiap detik yang mencemaskan itu dari kotak fikiran perlukan masa juga untuk pulih sepenuhnya dari kesan trauma itu..


Ada orang seolah-olah merasa superwoman sebab tak menyusahkan suami kesana kemari gi kije,antar anak ke sekolah,pergi shopping bawak anak ke hospital,balik kampung semua buat sendiri tak perlu nak ganggu suami bekerja..suami balik rumah duduk atas sofa tekan remote tv je,..aku la semuanya buat kerja memasak,kemas umah dan cara anak-anak pastu bila dah terlampau penat dan stress bagai mula la kat tempat kerja asyik nak meroyan bagai hahhaha..bak kat seorang teman kadang-kadang orang yang selalu benci atau kutuk orang sebab tengok orang tu asyik berkepit laki bini kesana kemari kononnya asyik duk susahkan suami sebetulnya dia mahu berada dalam keadaan itu atau lebih ringkas apabila kita duk benci-benci kutuk kat seseorang tu sebenarnya kita nak jadi macam dia ada rasa cemburu dalam diri kita yang kita purak-purak tak sedar..


Sudah menjadi tanggungjawab suami perlu menyediakan keperluan isteri dan bukan jadi kesalahan besar pun kalau si suami perlu hantar isteri ke tempat kerja kadang-kadang kita hanya memandang luaran tanpa mengetahui hal sebenar ramai orang menyembunyikan masalah rumah tangga dengan berlagak bahagia sebab tak suke nak menjaja sana sini nak meraih simpati orang..kita tak tahu entah si suami tu tak ikhlas pun nak hantar bini gik kerja dalam kereta tu berdentam dentum derang bertekak tup-tup keluar keta senyum sengih depan orang ramai kenkawan yang dengki lak bisingla..''huh dia tu bertuahlaa..hari-hari kerja dijemput.''





Moralnya..jangan kita sesuka hati nak melahar orang asal nampak orang tu gik sana sini dengan suaminya kita bising-bising kononnya kawan kita tu asyik nak susahkan suami..suami tak bising tapi orang lain lak yang rasa terganggu ini bukan soal menyusahkan ke apa tapi ini soal tanggungjawab kalo rasa memang nak berdikari takmo langsung susahkan suami anda janganla ambik sesen duit suami hahah tanggung semua keperluan dalam rumah tangga.ingat senang ke harus melalui hidup sendirian tanpa suami di sisi sangat sukar tau..lihat sajalah kehidupan ibu tunggal sudah cukup buat kita insaf dan mensyukuri apa yang kita ada..semua isteri sebolehnya mahu suami turut sama berkongsi rasa dan saling memerlukan antara satu sama lain wat pa kahwin kalau perlu menjalani hidup secara berasingan dan buat semua perkara seorang diri sama masa bujang dulu huhu..tak tau la kalau memang ada orang yang lebih gemar kesana kemari tanpa suami di sisi lebih seronok dan merasa bebas kalau keluar sendirian ataupun dengan kenkawan je..maklumla masing-masing punya hak dan pandangan tersendiri..kan.

Nota bawah:Sudah penat dan merasa sakit hati melihat beberapa 'kenalan' yang di sayangi hidupnya harus menanggung biawak hidup nak lari daripada keadaan tak mampu sebab tersepit antara kebahagiaan anak-anak dan kebahagiaan sendiri..tak siapa mahu hidup bersuami tetapi umpama tidak bersuami..moga Allah memberi kekuatan pada mereka ini untuk meneruskan hidup yang penuh mencabar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...