Mereka Yang Terbaik..!

5/09/2011

Manusia memang begini eh sifatnya..

Bulan lepas ada yang bertanya,dia tidak bertanya secara terus pada empunya diri sebaliknya hanya pesanan ringkas silih berganti pada chenta hati..bertanyakan akan kesudian 'suri rumahtangga' sepenuh masa ni sudi ngakk kalau diminta menjadi pengasuh anak kesayangan mereka..
Aku diaamm seribu bahasa..masih berfikir tentang tawaran kerja yang datang tiba-tiba..
sebenarnya yang bertanya itu jiran satu aras(tingkat)rumahnya dihujung bersebelahan dengan rumahnya ipar duainya tinggal disitu..
sebelum ini si ipar yang mengasuh anak mereka rupanya si ipar mahu kembali bekerja semula hahaha..sudah pening si bapa jika boleh mahu sikecil dijaga oleh jiran-jiran yang berdekatan dan sasarannya adalah aku..sebab?dekat dan paling layak memandangkan daku seorang surirumah dah tu mempunyai anak perempuan yang lebih kurang sebaya dengan anak kecilnya..
sebetulnya aku tak perlu pusing-pusing memikirkan 'tawaran' itu kerana jawapannya sudah diketahui..chenta hati pula hanya menyerahkan keputusan padaku bulat-bulat..
dan keputusannya aku menolak secara baik lagi penuh sopan santun tawaran itu..bukan niat mahu mengecewakan mereka laki bini jauh sekali mengecikkan hati mereka tetapi aku mempunyai alasan sendiri..
- aku sendiri sibuk di rumah bukan duduk bergoyang kaki..komitmen dengan Tecik Craft sendiri sudah menuntut hampir semua waktu yang aku ada.
-memang anaknya sudah besar boleh jadi teman kepada Qaseh tapi itu bukan alasan yang baik.
-aku lebih rela mengasuh anak orang yang tidak dikenali berbanding anak teman-teman rapat atau tetangga,kenapa?sebab jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka sepanjang anak mereka di rumahku..bagaimana aku mahu menatap wajah mereka bila selisih bahu?mungkin juga aku terpaksa menerima kehilangan teman baik dan tak memasal jadi bermusuhan pula..
Namun demikian bukan bermakna aku langsung tidak mahu memberi bantuan jika berlaku sebarang kecemasan,pintu rumah ini sentiasa terbuka untuk membantu apa yang patut jika mahu tinggalkan anak sementara itu sehari dua kerana hal yang tidak dapat dielakkan aku sedia menghulurkan bantuann..
Rupanya manusia itu sememangnya manusia..dah begitula perangainyaa,baru-baru ni chenta hati ada call dan sms jiran itu kerana ada hal mustahak perlukan bantuan dia..tapi tidak dilayaninya..entah sibuk atau tidak perasan..ataupun sentap sebab aku tidak sudi menjadi pengasuh anaknya pun aku tidak tahu...

2 ulasan:

Eida elHakim berkata...

Begitu lah manusia...
Ada baik juga mu tlk lamaran kerja itew...
Skrg kan dah nampak hati budi mereka..
Klu koi pun tak sanggup nak jaga anak org..kerna memerlukan komitmen yg tinggi..lebih dr menjg anak sendiri..tapi lainlah kalau kes kecemasan..koi rela menghulur bantuan...

Cik Puan Nurul berkata...

betui tu..entah la dia pun bukan jenis campur hal org sgt diorang jenis rapat ngn adik badik dia jelaa dgn jiran2 lain dia berapa nk nak menegur..cuma si suami tu rapat gak ngn somi sy yela org laki ni biasanya jenis mudah skit nk ramah tamah tp xpelaa xkisah pun huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...