Mereka Yang Terbaik..!

5/17/2011

Pavlova lagi..dan lagi.. sile senyum jangan gelak eh..

Okey seperti yang di khabarkan sebab tempoh hari tak pueh hati kan acik buat lagik pavlova ni..hah sapa-sapa yang tak tau natam apa jadah pavlova ni acik gitau lah sikit-sikit yea nak tau lebih mendalam kalians leh tanya mok cik google yeaa..pavlova ni sejenis dessert ya,ia boleh dimakan bukan boleh buat main-main ke apa memang khusus untuk di makan di katakan originalitinya berasal dari Australia atau New Zealand gitulaah..secara asasnya pavlova ni macam meringue cake lah bahan utamanya putih telur,gula kaster,sesudu tepung,esen vanila dan cuka..yang acik dok ulang-ulang masak tu acik ikut resepi daripada joyofbaking dan banyak juga terjemahan daripada blog-blog lain adehh tak tertulis nak letak sini hehe..selain tu acik tengok gak dulu video-video step by step nak membuatnya kat youtube kalians boleh la terai godek-godek acik nak bagitau pun banyak sangat..jenis acik ni tengok dulu pelbagai variasi resepi dan cuba jaya..kalau ada yang tak kena cuba lagi sampai pueh hati..ahah


So kat sini acik tepek gak yeaa resepinya tapi kalau nak tau acik still tak pueh hati lagik..ahahahha ade je yang tak pueh hatinya biasaklaa kann harus mencari kesempurnaan meskipun kesempurnaan itu tak pernah wujud pun(siler muntah ijau dengan ayat cannot go ini..)


Resepi Pavlova


Bahan-bahan untuk meringue


4 biji putih telur ayam ye jangan telur lain plak opss ingat putih saja yea jangan ade barang setitik pun kuning telur ataupun air ke minyak segala bagai.
secawan gula kaster(200gram)


1/2 sudu esen vanila


1/2 sudu tepung jagung-ade yang bubuh 3 sudu kecil


1 sudu cuka makanan





Untuk toping


- 1 cawan (240ml)whipping cream


- 1/2 sudu esen vanila


-1 1/2 sudu makan gula icing


~pukul whipping cream dan bahan lelain sehingga kembang,sebenarnya kalau nak senang guna whipping cream yang jenis spray tu je pun ok terus je spray takyah nak masuk dalam mixer bagai dah..pastu hiaslah dengan buah-buahan mengikut kreativiti memasing.





Cara membuat



-memula preheat oven pada suhu 130 darjah celcius,pastu lapiskan kertas minyak atau mentega pada loyang pembakar.


-sementara tu,pukul putih telur dengan mixer hingga setengah kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit kira-kira masuk sesudu kendian pukul ulang hingga habis gula.pastikan pukul hingga bebetul kembang,kesemua gula mesti hancur kesemuanya sampai mendapat adunan yang gebu berkilat dan soft form nak tau ia betul-betul dah kembang elok terai terbalikkan bekas kalau tak jatuh adunan tu maknanya ok ler tu.


-kendian masukkan esen vanila,tepung jagung dan cuka.dengan menggunakan spatula gaul perlahan-lahan adunan tadik.


-setelah itu,tuangkan adunan tadik di atas loyang/dulang pembakar dan bentukkannya menjadi kubah,korang boleh lukis dulu bentuk bulat berdiameter 18cm-20cm atas kertas minyak sebelum tuang adunan(acik tak buat pun)~kalau tak bentukkan nya menjadi bentuk kubah nanti pavlova tu bila dah masak nampak penyek je.


-pastu masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 130 darjah celcius selama lebih kurang sejam


-apabila dah masak,jangan keluarkannya lagi tau biarkan ia sejuk dalam oven dengan pintu oven terbuka sampai pavlova tadik betul-betul dah sejuk..pastikan suis oven di off kan terlebih dulu.


- boleh la di hias dengan whipping cream dan buah-buahan.







tips-tips penting


-putih telur harus betul dipukul hingga kembang dan jangan ada sebarang menda asing seperti air atau minyak ya..pastikan pada suhu bilik..jangan juga bercampur dengan kuning telur takut takk naik nanti.


-harus dibiarkan sejuk dalam oven dahulu,supaya tak mendap dan retak nanti kalau terus dibawa keluar.

p/s:kuning telur tu jangan dibuang pulak,boleh digunakan untuk membuat kek lapis ke,atau masakan lain yang memang hanya gunakan kuning telur semata..acik guna buat udang butter nyum..nyummm.


sebenarnya pavlova boleh juga di buat dengan saiz mini dan bertingkat dan berlapis-lapis nak lebih jelas boleh jenguk sini gak.. lebih kurang camtula kalau nak buat berlapis-lapis huhu.

6 ulasan:

TopsyTurvyMum berkata...

Vavavahhhh!!
berpavlova dah diaaa...
Aku pernah buat sekali jerr sebab teringin nak rasa. Jenis tak tahan manis, aku ambik cream ngan buah jer, base dia tu kasi budak2 hehe

Cik Puan Nurul berkata...

sama laa..aku pun bukan makan sangat seronok tengok laki ngan anak yg makan..sajer menerai kot2 nnt boleh buat hadiah tuk hantaran kawen kazen aku..tu pasal aku dok praktis buat sokmo..

ibunurin berkata...

huii...sedapnya nampak. tak pernah pulak makan...nanti bolehlah terai buat...

Cik Puan Nurul berkata...

sedapp..terai la buatt

Kasih Firdaus berkata...

wahh..meriahnya...bila boleh rasa ni..

Cik Puan Nurul berkata...

huhu mai umah lah kalo nak merasa ekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...