Mereka Yang Terbaik..!

6/24/2011

Bila hati sakit tiada ubat selain MEMAAFKAN (pinjam ayat Mawar)

Sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan..
Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Kisah satu:

Suatu ketika dahulu waktu itu saya masih bersekolah rendah,saya rapat dengan seorang anak jiran ni kira kawan-kawan sepermainan la kami memang rapat ke hulur hilir bersama..malah saya juga yang selalu di suruh mencabut uban mak dia..saya ni jenis lurus sikit bila kawan suruh tolong cabut uban mak dia saya ikut je tanpa banyak soal maklumla kawan baik kan walhalnya patutnya dia yang buat kerja tu tapi dia selalu mengelat dan suruh saya pula hihi..saya selalu mengharapkan hubungan persahabatan kami kekal sampai bila-bila..

Lumrah kehidupan tak selalunya impian menjadi kenyataan,ternyata dia hanya rapat dengan saya bila dia perlukan saya..bila ada kawan dia yang lain dia jadi lupa pada saya,asyik berkepit dengan orang lain pulak saya seolah-olah sudah tersingkir daripada kehidupan dia..
memang sedih waktu itu,masih jelas dalam ingatan saya pada malam bulan mengambang saya menangis seorang diri di atas tangga di beranda rumah..kawan yang disangka akan sentiasa disisi menyisihkan saya sebab dah ada kawan lain yang lebih bagus..

Perhubungan on off kami tu berlarutan sampai ke sekolah menengah..malah saya rasa semakin lama semakin jauh mungkin saya sendiri sudah tidak berminat nak rapat dengan dia barangkali bimbang terluka berulang kali..saya jadi berdendam dengannya.seboleh-bolehnya mengelak diri daripada bertemu setiap kali raya saya tidak pernah lagi berkunjung ke rumahnya(sehingga kini pun)bukan bermaksud membenci jauh sekali hendak memutuskan tali silaturahim cuma tak mahu rapat seperti dahulu tapi sebenarnya saya mungkin belum dapat memaafkan dia sebab tu jadi macam tu..saya rasa terseksa dengan perasaan sendiri,malam-malam tak boleh tidur hanya kerana memikirkan tentang orang lain yang entahnya tak pernah sekali pun pening kepala pasal saya..

Akhirnya saya memutuskan untuk memaafkan dan melupakan segala-galanya yang pernah berlaku agar hati saya tidak terbeban dan berasa lebih tenang..

Kisah dua:

Dia bekas rakan sekerja saya..asalnya kami agak rapat kerana bekerja dalam department yang sama,bahagian yang sama so memang rapatlaa..selalu melepak di rumahnya masak sama-sama.tetapi ternyata dia bukanlah ikhlas sangat pun berkawan dengan saya,di belakang saya dia menyimpan rasa iri dan tidak puas hati.saya agak rapat dengan rakan-rakan sekerja yang lebih senior maklumla saya 1-2 tahun lebih awal masuk kerja daripada dia.rupa-rupanya ia menimbulkan rasa iri hati yang meluap-luap,sampaikan dia tak mahu sesiapa pun rapat dan berkawan dengan saya..
masih segar di ingatan seorang teman pernah beritahu saya ''aku tak leh sangat nak borak dengan kau ni nanti 'teeetttt' marah,tengok muka dia dah masam tu..harap kau faham ya''.
orang lain lebih risau tengok dia badmood masam muka daripada memikirkan perasaan saya yang sebetulnya terluka dengan hal tersebut.saya mengalah dan mula mengundurkan diri..biarlah kalau dia nak iri tak suka orang lain rapat dengan saya atau tak mahu saya lebih daripada dia biarlah saya mengalah.malahan perhubungan tidak mesra saya dengan bos juga di ambil kesempatan oleh dia untuk menabur cerita supaya bos semakin tidak sukakan saya.
Bertahun-tahun saya memikirkan hal tu,sakitnya terasa bila dikenangkan kembali..biarpun saya sudah lama meninggalkan tempat kerja tu tetapi saya masih sukar untuk memaafkan apa yang pernah terjadi..banyak lagi sebetulnya hal yang menyakitkan tapi saya sudah malas mengenangkan kembali..
lama-kelamaan saya merasa tiada guna untuk menyimpan sakit hati dan dendam..saya redha atas semua yang terjadi maka setiap kali sebelum tidur saya memilih untuk memaafkan semua orang..pasti ada hikmah atas segala yang berlaku.
Lagipula saya mengambil contoh atas apa yang berlaku pada mak saya,pernah mak dihina sehinanya ia berlaku di depan mata saya sendiri tapi mak langsung tak marah atau menyimpan dendam sebaliknya mak selalu berpesan pada kami adik beradik biarlah apa yang orang nak buat pada kita,nak kutuk nak hina apapun jangan kita berdendam dan buat perkara yang sama pada orang.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.

Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...