Mereka Yang Terbaik..!

Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan

4/29/2013

Perkahwinan sahabat baik selamanya..

Salam Senin kalian..jangan moody ok walaupun Senin tu jauh dari Jemaat tapi pejam celik pejam celik sekejapan je tau-tau dah Jemaat.


Baiklah nak sambung cerita yang lama tergantung..sori uolss ginilah mood manjang kelaut kejap ke bulan udahnya blog pun terbengkalai..bizi uolss nak wat cemana,bizi nak kuruskan badan kena lah korban masa berlaman sosial kan wahh gitu.

Bulan lepas kawan baik selamanya aka bekas rakan sekelas aku dah selamat menikah dan jadi bini orang.. terkezut gak mak bila beliau bagitau nak kahwin sebab perancangan asalnya cuma nak bertunang je dulu udahnya kalau dah sampai seru jodohnya kan..takde yang boleh mempercepatkan dan melambatkannya lagi..Maka majlis pun berlangsung lah dengan jayanyaa..

Gambo-gambo dari henpong so idoklah segah mana yeaa..ada yang di ambil guna si Dabak tapi aku adalah malas nak upload dan edit bagai lagi hahahaaha.


Antara kenkawan baik selamanya yang turut hadirkan diri


dan tak lupa aku dengan pengantin pun ada..tema adalah pink belacan..dekorasi untuk pelamin adalah DIY..suka sangat kaler-kaler yang digunakan sebab semua kaler yang aku suka.



dan heheheh sempat lagi..


Ada sapa-sapa yang nak kahwin lagi jangan lupa jemput aku tauuu..tetiba rasa macam teringin nak makan lauk kenduri kahwin hehehhe..

11/19/2012

CPN Pecah Rahsia !!!

Tajuk adalah sangat tidah boleh pergi apapun lantaklah janji apa yang nak disampaikan itu yang penting..Maaf pada kenkawan yang ada menjenguk belog ini sama ada sebagai pengomen tegar atau pembaca senyap aka penskudeng tegar kerana akhir-akhir ini aku kurang menaip karangan..la ni aku sibuk menyiapkan segala mak nenek kerjaan menjahit tempahan orang itu ini..cenderahati orang kahwin dan sebagainya aku harus siapkan supaya dapat fokus pada si cantik manis Qaseh..Urusan persekolahan tadika Qaseh juga sedang berjalan lancar walau ada beberapa masalah namun aku harap dapat mengatasinya..
Ujian demi ujian melanda kehidupan ini namun yang penting kekal positif!!

Banyak sangat menda nak kena buat nak bawak Qaseh jumpa Paed dan pelbagai persiapan lain sebelum dia mula belajar berdikari dan bersosial tanpa kehadiran aku disisinya untuk pertama kalinya dalam hidup beliau..mak nebes nokssss!!! sebab Qaseh ni ada  special case sikit nanti aku jelaskan di entri akan datang..
Oklah kembali ke tajuk asal..hari ni aku nak kongsi tips dan sedikit ilmu yang tak seberapa nih..banyak tips tertunggak yang aku belum cerita kan walaupun korang tak berminat nak tahu atau langsung tak berminat nak praktikkannya takpe  sebab badan korang sendiri kan so pandai-pandai lah menjaganya.
Ok tepek gambo terbaru..yang minggu lepas punya..aku nih tak banyak gambo pasal jarang bergambo ambik gambo orang je yang banyak..lagi satu susah nak cari gambo aku berdiri tegak dalam keadaan waras semuanya mesti candid dan diekori si kenit hahahah..


Tips untuk korang  apabila ingin mengurangkan lebihan berat badan lantas menjadikan tubuh kalian lebih sihat,mantap dan kuat demi kesihatan untuk selamanya.
  • Mulakan dengan perlahan-lahan..kayuh pelan-pelan orang kata so korang kena kenalpasti tubuh korang dulu apa masalah yang melanda,ada alahan apa,obese tahap berapa,senaman apa yang sesuai..apa yang tak boleh dan apa yang boleh..untuk permulaan buat senaman tahap beginner yang low impact sampailah tubuh dah ringan sikit baru boleh mula yang high impact.
  • Jangan jadikan amalan pemakanan seimbang ni semata-mata kerana nak berdiet nak capai target dan sebagainya tetapi jadikannya gaya hidup yang akan korang jalani sampai akhir hayat..sebab kalau hanya nak buat sesuatu untuk seketika memang hasilnya juga sementara lah ingat nak mengekalkan lagi susah daripada mencapainya.
  • Variasikan senaman jangan buat senaman yang sama setiap kali nak bersenam cuba macam-macam jenis senaman dan pastikan ada  sekurang2nya selang sehari untuk rehat supaya tubuh dapat pulih daripada rasa sengal dsbgnya. kalau hari-hari bersenam lagi susah berat nak turun nak pula tubuh terlalu penat dan kekurangan tidur..otot hanya akan terbentuk pada hari yang kita rest so sangat penting untuk merehatkan diri.
  • Mula-mula kurangkan makanan yang diproses sama ada yang di dalam tin atau yang sejuk beku..tak boleh kurang banyak mulakan sikit-sikit jangan terlalu terburu-buru nanti korang lebih cepat putus asa bila tak berjaya..kurangkan penggunaan gula,tukar saiz pinggan kepada yang lebih kecil macam aku guna pinggan kecil yang untuk letak lauk tu..bila pinggan kecil lebih mudah nak kecilkan portion hidangan yang korang ambil..pastikan protein dan sayuran lebih banyak daripada karbo nasi cukup segengam tangan korang.
  • Sila pastikan air masak sentiasa ada di sisi korang kemana pun korang pergi bila terasa bernafsu nak makan tengok gambo makanan sana sini maka sila teguk air masak korang kalau hilang lapar tu maknanya rasa lapar tadi hanyalah nafsu serakah korang je yang lebih.
  • Rajin-rajinkanlah berpuasa sunat Isnin dan Khamis terutama apabila hujung minggu  biasa kita makan terlebih sikit kan nak-nak kalau musim orang kawen,open house dan sebagainya bukan sahaja dapat pahala tetapi juga dapat merehatkan perut kita setelah makan banyak kan..boleh cover semula kalori yang terlebih tuuu.
  • Elakkan reward diri dengan makan makanan yang tinggi gula dan lemak..aku terkadang tak paham kenapa orang selalu sebut reward diri dengan makanan baik korang reward diri korang dengan beli baju dan seluar baru..hahah kalau nak pun pastikan  bukan makanan yang hanya nanti disimpan jadi lemak berlebihan sebaliknya makanlah makanan yang enak dan berkhasiat untuk tubuh badan korang.
  • Elakkan minum atau makan makanan segera yang di pek kecil seperti minuman 3 in1 ..semuanya mengandungi gula tersembunyi so kalau nak minum teh dan kopi ke apa seeloknya tanpa gula kalau nak letak susu sila JANGAN letak susu pekat manis dalam tin tu tetapi letak susu segar dalam kotak bukan yang coklat tapi yang putih biasa takda rasa ok.Biasa kalau aku minum Milo aku letakkan 2 sudu kecil,air panas dan susu segar..lagi satu yang orang selalu salah paham dia ingat kalau letak 4 sudu besar milo dalam gelas yang besar ia akan kurangkan manis dan kalori..itu sama sekali salah yang membezakan hanyalah kepekatan air korang je tapi jumlah kalori yang datang dari milo tetap sama yang patut dikurangkan adalah kuantiti Milo itu sendiri.
  • Elakkan menyimpan pakaian yang bersaiz besar atau lebih besar daripada saiz korang..selagi ada baju besar dan longgar selagi tu korang tak sedar diri asyik ingat korang masih muat pakai baju maknanya tak perlu nak bersenam bagai..tak perlu jaga makan..sila beli baju yang korang verangans selama ini nak pakai walaupun saiznya 2-3 kali ganda lebih kecil tips ni berkesan hokay dengan aku..semua baju bajan dan seluar yang lama tak pernah muat dah boleh pakai juga baju yang terbeli tak pernah berpeluang pakai akhirnya dah boleh dilenjan sana sini.Hari-hari dok menerai depan cermin mula -mula tersekat takleh masuk..lengan besar, lama-lama dah boleh masuk tapi macam barut nangka..hari berganti hari tiada lagi menerai depan cermin tapi terus pakai kesana kemari dengan selesa.Kenapa kena baju kecil?sebab korang akan berusaha gigih nak kasi muat pakai baju tu selagi takmuat selagi tulah korang akan usaha kan yang penting tak putus asa lah.
Contoh : baju dan seluar yang aku pakai neh adalah baju lama..baju saiz 38(S) dan seluar saiz M(agak longgar berbanding masa pakai dulu) seluar tu beli sebelum kahwin baju plak beli masa lepas kahwin tahun 2007 dulu..sebelum ni dok terperuk dalam storage box sebab memang tak dapat pakai pun.Ni gambar petang semalam punya kira candid dan  tak berapa waras sebab cubaan nak ambil gambo tanpa diekori Qaseh ternyata gagal hahah nak gak dia ikut aku kemana pun..
Versi waras punya
Bezanya kan baju dan seluar ni masa beli memula dulu berat aku ketika itu lebih kurang 10kg lebih ringan berbanding sekarang tetapi cemana sekarang  aku boleh muat?sebab dulu berat lemak je lebih walaupun ringan la ni walau berat tapi bukan sebab berat lemak ianya maybe berat otot sebab hasil penimbangan minggu lepas memang body fat berkurang dan jisim otot bertambah..dan tahukah korang otot lebih berat daripada lemak walaupun saiznya lebih kecil dari lemak..dengan adenya otot tubuh lebih kelihatan fit dan kemas..tak kisahlah berat korang 100kg sekalipun tetapi kalau boleh muat baju saiz S ada korang kesah kan.. sebab apa yang dilihat di depan mata lebih penting daripada apa yang tertera di penimbang..berat memang selalu berubah-ubah yang penting body fat yang harus korang fokus kan.

Berat = air dan otot
Lemak = Gemuk
          
saja aku ringkaskan gini supaya uolss paham yang berat badan seseorang tidak mempengaruhi rupa bentuk seseorang itu ada yang berat tetapi dia kelihatan kurus je dan sebaliknya..ini juga supaya korang tidak rasa tertekan bila tengok berat kat penimbang masih besor sedangkan badan makin mengecut..so jangan terlalu obses pada penimbang sebaliknya cuba ukur badan korang guna tali tape,cermin dan baju...
Jadi jangan risau berat korang turun sikit -sikit pun tak sedebuk macam orang lain ia ok aku seniri sepanjang 8 bulan ni berat hanya turun sekitar 100-500gm je seminggu tak pernah berkilo-kilo macam iklan produk kuruskan badan..kecuali 2 minggu lepas masa kena demam dan tonsilitis berat turun mendadak 1.4kg sangat merisaukan aku takut berat otot turut terjejas memandangkan aku telah mencapai berat normal pada ketika ini biasanya berat sepatutnya akan turun skit-sikit je berbanding waktu lemak kita terlalu berlebihan dulu.
Oklah aku kena tamatkan karangan ini sebelum korang muntah ijo migrain bagai nanti aku sambung lagi tips pada entri akan datang..tentang cara untuk atasi berat mendatar atau plateau(berat tetiba berhenti turun) dan macam-macam lagi
apa yang 'kembali' setelah berat berkurangan..



12/06/2011

Lagi tentang Ombak Rindu..cantik vs jelik

Jangan muntah hijau menengok tajuk entri..aku tengah demam ni..demam Ombak Rindu kekdahnya..apapun tahniah pada produksi Ombak Rindu sebab berjaya mengutip RM4 juta dalam masa 4 hari tayangan sana sini orang duk sebut pasal filem ni dan akui mesti ramai la pengarah filem lain pun merancang nak buat filem adaptasi novel gak lepas ni huhu.

panggung full manjang sampai ramai tak dapat tiket nak tengok baguslah satu perkembangan yang baik untuk industri perfileman tempatan..bukan mudah penonton nak pi berpusu-pusu layan filem tempatan kan lagi-lagi kalau untuk filem berat kategori genre drama dan cinta gini..cukup-cukuplah dominasi filem-filem mat rempit dan hantu mengarut naik muak aku.

semalam tak sempat nak cerita tentang kelebihan dan kekurangan filem ni sempat review lebih kurang je kan so hari ni nak cerita lagi tak kisah la kalau ade yang boring nak baca ke apa(semalam ada orang sound aku tak sudah2 ngan ombak rindu)..tapi lantaklah suka hati la orang nak cakap apa..aku bukan ganggu hidup dorang pun kan huhu.

  • Hampir semua lokasi yang menjadi latar belakang filem ni sangat-sangat la cantik,sawah padi nan indah terbentang,pemandangan Pulau Langkawi dan juga Cameron Highland memang menakjubkan.
  • Semua adegan membabitkan watak utama Hariz dan Izzah begitu menarik perhatian..Maya Karin bawa wataknya dengan begitu baik sekali walaupun pada awalnya tak nampak macam keserasian je kan bila dapat tahu dia pegang watak tu tapi setelah menonton filem ni aku suka..nak nak mata Maya ni jenis yang berkata-kata maksud aku cukup dengan dia memandang kita dah tahu apa yang di maksudkannya.
  • Lisa Surihani juga tidak mengecewakan dengan mekap dia yang garang dan bila dia menjerit sana sini menampakkan lagi dia ni memang saiko la hahaha..kita akan jadi menyampah dan kesian pada dia dalam waktu yang sama.
  • Azizah Mahzan sebagai Datuk Sufiah kelihatan menggedik sedikit kalau ikutkan watak Datuk Sufiah ni seorang yang sangat tegas ala-ala iron woman gitu huhu.Watak sampingan lain yang menjadi kekuatan dalam filem ni ialah Zaidi Omar sebagai Pak Dollah,Normah Damanhuri sebagai isterinya dan Bront Palare membawakan watak Mail begitu bersahaja.
  • Ketika adegan Izzah dan Hariz berdua-duaan di tepi pantai waktu tu Hariz nak bagitau dia akan berkahwin dengan Mila..mood terganggu sebab tetiba ada pompuan pakai baju merah lalu kat belakang huhu.
 menakjubkan..sangat cantik hokay..sapa yang tak teringin menikmati suasana indah begini..rasa nak pi langkawi sekarang jugak hahahaha..
adegan yang menarik,bila Izzah menyembunyikan diri ketakutan pada Hariz waktu inilah Hariz meluahkan perasaan sebenar dia yang telah pun jatuh cinta pada Izzah
ayat power :Biarkan abang menjadi pelindung kepada Izzah untuk selama-lamanya ha gitu la lebih kurang.
adegan yang tak terlihat dalam filem mungkin di sunting untuk memendekkan masa tayangan gamaknya tapi aku rasa ni adegan yang penting rasanya ni adegan setelah Hariz mengetahui tentang ibu bapa kandungnya jadi Pak Dollah bawa Hariz untuk jumpa isterinya yang selama ni Hariz anggap sekadar isteri pemandunya sahaja.
Ada kecacatan pada adegan ni yang sepatutnya tak terganggu dek kecacatan itu..ini adalah adegan Hariz datang ke kampung Izzah tuk meminta maaf dan memujuk dia kembali.Masa yang sama gak Mila pun datang untuk bertemu Izzah dan ingin meminta cerai daripada Hariz..yang tak bestnya masa Mila dan Izzah ni bercakap di pangkin kat sawah padi jelas kelihatan pada belakang Izzah sebab baju kurung yang dipakai ni agak jarang ada microphone atau walkie-talkie camtu la lebih kurang sesuatu yang berwarna hitam yang dilekatkan kat belakang badan dia..haha kantoi kat situ patutnya dorang kena lebih peka dengan perkara sebegini.
adegan ni memang menyedihkan sewaktu Izzah dihalau keluar dari rumah yang tak logiknya dia tak sempat nak salin pakaian yang lebih elok..pakai kain batik nak jalan memalam buta dengan hujan lebat kat luar umah.

Apapun walau ade serba sedikit kecacatan yang terlepas pandang filem ni tetap menarik tambahan plak dengan lagu-lagu yang begitu menyentuh perasaan yang mengiringi sepanjang filem ni..
kredit pada Fauziah Ashari penulis asal novel Ombak Rindu yang mewujudkan jalan cerita yang menyentuh perasaan ni.
selain lagu tema Ombak Rindu yang hari-hari dok berkumandang kat tv dan radio..aku sangat tersentuh dengan lagu ini..nyanyian Hafiz



dan lebih meruntun hati bila dengar lagu ni..nyanyian Adira


Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia..

12/05/2011

Review :Filem Ombak Rindu..aku yang terbuai sayu

Hari ni aku jadi pengulas sukan filem plak huhu..ok semalam secara sengaja pepagi buta tercongok kat GSC Alamanda hasrat hati nak nonton pilem Ombak Rindu mulanya ingat nak pi tengok Jusco Cheras Selatan tapi aku rasa nak cuba dulu pi kat Alamanda mana tau masih ade tiket..memang rejeki kami tiket ada dapat seat tempat biasa aku menonton iaitu 2 seat tepi dinding..aku memang suka dok seat tepi dinding supaya belah kanan aku abam room mate yang duduk sebelahnya  sebelah kiri aku lak cuma dinding maka boleh nangis ke apa,nak menetek anak ke apa tanpa rasa segan sebab takde orang dok tepi aku kan..huhu
ok sebelum aku review pilem ini versi CPN aku tepek dulu sinopsis pilem ni..

filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.-Sinemamalaysia
Bagi aku filem ni takde lah mengecewakan walaupun bukan barisan pelakon yang aku suka.. seperti sebelum ni aku penah komplen kan kat blog ni..ternyata Maya Karin sebagai Izzah aku kira berjaya membawa watak dia.Sebabnya aku memang nampak Izzah gadis kampung dalam pilem ni bukan jelitawan Maya Karin walaupun hakikatnya Izzah dalam novel berusia 18 tahun kan namun Izzah versi Maya Karin tetap  nampak lurus,inesen dan kekampungan sebab asik nak pakai kain batik je!

Lisa Surihani yang biasa kelihatan kayu-kayan patung cendana tu pun boleh la ade peningkatan lakonan dia kali ni walopun asik menjerit macam orang meroyan maklumla dengarnya mendapat bimbingan Ellie Suriaty tuk lakonan dia sebagai Mila.

Walaupon bukan peminat tegar  bang Harun aka Aaron Aziz tapi aku suka lak dia melakonkan watak Hariz ni.Jalan cerita menarik,babak seranjang mengegarkan jiwa hehehhe,sinematografi yang superb lokasi banyak main kat sawah padi,Langkawi dan ladang teh di Cameron Highland..

paling best Villa Ombak tempat Hariz 'simpan' Izzah  tu adehla mengadap laut dengan pemandangan yang sangat-sangat la indah..walopun ikutkan dalam novel sebetulnya Izzah dok dalam apartmen je tapi untuk pilem tukar pada rumah banglo kayu jati yang sangat-sangat cantik.
layan ulasan beserta gambar-gambar menarik eh untuk hilangkan ngantuk dan menambah keterujaan kalian..
pakcik Toha yang kejis..nak jual Izzah kat kelab malam di KL
Hariz dan Izzah nikah kat Thai setelah Izzah merayu mohon dihalalkan hubungan mereka.Hantarannya jam tangan yang Hariz pakai.Izzah pun bagi jam tangan 'buruk' dia kat Hariz kira tukar-tukar jam la huhu.suweet sangat scene tu..

 adegan seranjang yang mengegarkan jiwa la sangat huhu...Hariz yang naik berahi lak ternampak Izzah dok berkemban jemur kain batik kat luar umah dia lak dok baring-baring atas katil.suka tengok dia marah-marah garang panggil Izzah pastu tup-tup jadi romantik la tetiba..
ehem-ehem..
suka scene ni..Hariz tertido dan Izzah diam-diam letakkan kepala atas bahu Hariz..Izzah tak tahu yang Hariz tersedar dan mengelus rambutnya..suweet..
 Hariz kena kahwin secara paksa dengan Mila walo tak mencintainya sebab dia pun dah sayang sangat dekat Izzah kan..tacing sangat Izzah nangis sorang-sorang kat umah..bila drive naik keta nak bawa hati dia pi balik kampung..dia memang tak kesah Hariz kena kawin sebab sedar diri dia cuma isteri rahsia je..sobs
scene ni meleleh-leleh ayo mata aku..sebab Hariz nangis-nangis terlalu rindukan Izzah..lepas kawen ngan Mila Hariz susah nak jumpa Izzah,tup-tup ternampak Izzah kat rumah Pak Dollah pemandu dia time tu Izzah datang menolong kenduri doa selamat Pak Dollah nak pi Mekah.
Hariz eksiden masa kejar Izzah yang merajuk..sedih juga scene ni disebabkan Hariz eksiden dan tak berdaya mak Hariz amik kesempatan menghalau Izzah yang selama ni dia sangka pompuan simpanan dari rumah Hariz sehelai sepinggang..masa tu cam tak logik juga sebab Izzah ni keluar pakai kain batik je kuar umah dalam hujan lak tu takdan nak tukar baju ke apa.
Datuk Sufiah aka mak Hariz kejis sangat dok pitnah kata Izzah curang dan pompuan tak guna siap tunjuk gambar Izzah kononnya ngedet dengan Mail(Bront Palare)kawan sekampung Izzah yang kebetulan datang KL nak gi temuduga kerja.

ni scene last dok minum presh oren atas bot..romantik sangat..dalam novel Izzah sepatutnya keguguran masa dok kejar Hariz sebab nak jelas kan keadaan sebenar bila dituduh curang tapi dalam filem ni cuma pendarahan je la tak gugur huhu..

Seperti penulis novel ni cakap masa prebiu pilem ni aritu dia tak begitu puas hati dengan pilem ni aku pun ade rasa cam tu gak yela dalam masa 2jam lebih nak terjemahkan novel yang sekurang2nya ambil masa 4 jam lebih nak habiskan baca dengan penghayatan yang tinggi memang la susah..maka jalan cerita nampak seolah-olah tergesa-gesa la tapi still ok dan mampu buat aku 3-4 kali menangis huhu..

mungkin kalau buat drama bersiri boleh kembangkan lagi cerita dan semua watak sampingan pun leh ada kan..sebetulnya boleh je nak buat pilem tapi kena panjanglah tak pun kena buat part 1 & 2 macam pilem Ketika Cinta Bertasbih memang dialog sebijik-bijik sama macam dalam novel..lagi pulak penulis novel turun padang sebagai penulis skrip kan.Secara keseluruhannya aku rasa suka dengan filem ni so aku rekomenkan pada semua peminat novel Ombak Rindu ni pilem yang wajib la korang nengok cuma jangan letak jangkaan yang tinggi la nak sebijik macam novel yang penting ia membangkitkan nostalgia lama sebab aku balik umah pi selongkar cari novel-novel lama huhu.

Sumber Gambar :Google dan Forum Cari.
 Nota : Semalam masa scene klimaks time Pak Dollah bagitau rahsia tentang Hariz tu sebetulnya anak kandung dia dan bukannya anak Datuk Sufiah dan juga kantoikan perbuatan mak Hariz menghalau Izzah aku sedikit bengang dengan penonton dalam panggung boleh diorang gelak padahal tu scene yang serius..tapi tak semua la orang gelak aku rasa jenis yang tak menghayati cerita la gamaknya tu..

11/18/2011

Cerita pasal seks..bacaan untuk dewasa sahaja

Tetiba kan..ni bukan pasal ade kaitan dengan malam jemaat ke apa..
mahupun cerita dalam kain sendiri jauh sekali nak menyelak kain jiran sebelah
Baru-baru ni aku terbaca tentang pemasalahan rumah tangga seorang wanita..
di mana dia sudah sampai ke tahap tak mampu nak memendam lagi
di mana suaminya dingin..dah bertahun hal tu berlarutan..
sebab masing-masing sibuk maka langsung tak punyai masa yang berkualiti untuk bersantai bersama
jauh sekali nak make love (ML)..komunikasi pun kurang sebab berbeza waktu kerja dan memang susah nak bertemu bertentang mata..
bagi orang yang belum kahwin dorang akan cakap..
''hek eleh..dah kahwin pun susah gak ke nak 'bersama'..''
ok adik-adik yea make love tak sama cam make sex(MS)..
MS ni ibarat anda menala ayam lorong la..anda bayar dan dia beri 'khidmat'
takde aktiviti sampingan luahan perasaan belaian mesra penuh kasih sayang seperti ML ngan bini/suami
kalau hubungan laki bini sekadar  MS orang kata ibarat melepaskan batuk ditangga..tengah tido ke.kepenatan ke apa main taram je..mata dok pejam-pejam tengah dibuai mimpi pun jadi..asalkan tanggungjawab nafkah batin dah settel..boleh ke camtu..
apakah ini yang dinamakan keindahan dan kenikmatan
tanpa keghairahan hubungan intim tu tak bermakna apa..kosong dan membosankan
aku penah terbaca anak-anak yang lahir hasil hubungan luar nikah lebih bijak sebab persetubuhan itu dilakukan dalam keadaan ghairah yang melampau-lampau..yelah kalau tak ghairah masakan leh sampai berzina ye dak..
aku tak pasti hal ini betul ke tidak sebab ini cuma kajian sesetengah pihak..barangkali ade benarnya.
kembali ke topik..jangan pikir aku ni mengada-ngada nak cerita pasal seks
bukan mengada-ngada yea bagi masyarakat kita ni isu seks ini sesuatu yang taboo tak harus di bicarakan secara terang-terangan..kira kalau ada masalah kena simpan sendiri bertahun-tahun
sedangkan orang lain memang la akan cakap itu ini..tapi empunya diri yang melaluinya sahaja yang melalui penderitaan itu..bagaimana nak sembunyikan masalah sendiri dalam masa yang sama harus berdepan dengan realiti hidup..masih boleh senyum -senyum seolah takda masalah
Jika ada yang menganggap bila kahwin apa susah tak payah pening kepala anytime je boleh main ngan bini..
anda salah..ingat ni macam 3 times a day and 7 day a week(teka tagline apa tu) ke..hahhahaa
takyah buat kerja apa-apa memerap dalam bilik laki bini..bangun tido makan pasir boleh gitu..
realitinya tak camtu..banyak perkara yang lebih penting sehingga ada suami atau isteri lupa akan kehendak dan perasaan pasangan memasing..
hidup yang mencabar pada zaman ini buatkan sesetengah orang jadi gila kerja..hingga lupa ada yang lebih penting selain DUIT..
gambar selingan hilangkan ngantuk..

 Maka memasing harus lah sanggup berkorban demi keutuhan rumah tangga gak..takda masa kena cari masa..
kalau terlalu sibuk ambil la cuti barang sehari dua..lupakan pasal kerja mana lebih penting pikirkan bersama..sebab perkara ni boleh menjejaskan pekerjaan kita gak..bengang tak 'mendapat' malam tadi hari ni pi kija dengan moody..abis semua orang kena hamun..semua menda jadi tak betul.
kalau dulu rasa penampilan ala-ala makcik sile bertukar kepada yang lebih gojes..bukan suruh jadi muda remaja cuma kena berani la berubah kalau itu yang menyenangkan pasangan kita..
aku cakap ni pun lebih kepada mengingatkan diri sendiri jugak..
kalo dulu hanya mampu menampilkan aksi 'batang pisang' dan 'patung cendana'..apakata mula berubah menjadi lebih 'liar'..lebih 'hot and spicy'..
kalo biasa pakai baju kelawar selebet sana sini apa kata bertukar kepada lingerie merah menyala..
lupakan kain batik lusuh..tshirt besor lobang sana sini..juga suar pendek lusuh getah dah longgar..apakata try legging ketat corak rimau bintang ka hahahha..hot pants ka hihihihi untuk suami kan bukan untuk orang lain
makcik mengurut aku masa bersalin dulu penah cakap..
''masa hidup ni melaram la semua baju-baju baru dalam lemari tu..takyah berkira sangat janganla hari-hari dok pakai kain batik lusuh,tshirt buruk esok kalo dah mati langsung tak dapat merasa dapat kat orang lain je nanti baju-baju tu''
Tapi jangan ingat semua bini je kena siapkan badan,melawa kan diri..orang lelaki pun sama jangan hanya tahu nak suruh bini bersiap itu ini sementelah diri sendiri serabai sana sini..

Sebenarnya ada beberapa tips dan perkara tentang hubungan suami isteri yang aku dapati daripada pembacaan dan pengalaman beberapa orang yang sudi berkongsi tetapi macam tak berapa sesuai nak ditepek kan sini takut ada yang tak sabor menanti malam plak..itu kalo yang dah kawen kalo yang belum maunya mati pucuk/mati putik sebelum waktunya sebab asik dok imaginasi yang bukan-bukan sehingga melemahkan bahagian tuttttttt....

11/16/2011

Apalagi yang mampu kulakukan di kala hujan sejuk gini..

"
"
"
"
"
"
"
"
''
''
"
"
"
"
"
"
''
"
"
cukup
"
"
"
''
''
"
eh ada lagi..
"
"
"
"
Berhibernasi siang malam pagi petang
''
''
tidur itu indah...

11/01/2011

Kenapa ada yang lebih suka menjadi pembaca senyap daripada menjadi pengomen tegar?

Jujur aku katakan yang aku memang tak berapa gemar dengan mereka yang lebih suka jadi pembaca senyap ataupun yang sering disebut sebagai 'silent reader'.
Setiap hari datang mengintai dan kita tahu dia siapa sebenarnya walaupun ada yang kita tak tahu tetapi tidak mahu meninggalkan sebarang jejak..kadang-kadang dah bertahun dia membaca blog kita barulah tiba-tiba dia membuat pengakuan itupun kalau tetiba kita jadi popular tup-tup jadi artis so baru lah ada yang akan cakap
''sebenarnya lama dah baca blog u..cuma tak pernah tinggal komen je..''cait..
 kredit:Google

Ada banyak sebab kenapa hanya mahu menjadi pembaca senyap tak mahu dikenali dan tak sudi meninggalkan jejak mahupun maklum balas terhadap blog yang dibaca.
  1. Entri yang dipaparkan tak menarik perhatian..takda yang best pun..entri syok sendiri je cerita pasal famili,pasal pakwe selagi belum kahwin bertukar-tukar dah muka pakwe menepek kat blog hehehe aku penah jumpa dari header blog sampai ke sidebar,shoutbox,footer semua muka pakwe dia tup-tup bila dah putus kemudian jumpa pakwe baru muka yang lain pulak..tak salah nak letak terpulanglah dah blog sendiri tapi berpada-pada lah kalau letak gambar anak,atau famili kita memang dah sedarah sedaging takda lah nak putus-putus dah kan..tak perlu nak rasa malu atau puas pulak nak edit balik entri-entri lama dan padam semuanya betul tak..?
  2. Masalah dengan broadband isi kandungan entri tak dapat dibaca dengan sepenuhnya terutama yang gemar letak ''Read More'' tak ramai yang tahu ia sebenarnya menyukar kan pembaca lebih-lebih lagi yang guna internet di tempat jin bertendang hoh..memang tensen betul tak.sudahnya terus tekan X je walaupun ade niat nak beri maklumbalas pada entri tersebut.
  3. Blogger bukan orang yang popular so walaupun kandungan blog dia bagus tapi ada sesetengah pembaca biasanya tak gemar nak meninggalkan jejak..nanti bila blogger tu tetiba jadi selebriti terkenal otomatik ramai yang ngaku dah lama dah follow,lama dah ikuti blog ini..bla..blabla..
  4. Tak pandai memberi komen atau tak tahu nak komen apa..suka membaca je dan dapatkan info tapi tak berminat untuk meninggalkan sebarang komen.Tak jumpa kotak nak mengomen puas meraba-raba tak jumpa jugak hahahaha.
  5. Entri terlalu panjang meleret-leret,dengan tulisan yang terlalu banyak penggunaan singkatan perkataan yang pelik seperti tahu jadi taw,aku jadi aq pastu huruf kecik besor kecik besor berpinor mata nak membaca dah tau taip pepanjang takde pulak perenggan..memang susah pembaca nak faham sekaligus tak berminat nak tinggalkan jejak.
  6. Pembaca tu sebenarnya musuh dalam kain diam..pendengki si blogger singgah blog hari-hari semata nak sekodeng blog orang..hahahahahahahahahahahahahahahaha ramai tau yang kena gini pastu bila kantoi dengan blogger mula la mengomen guna nama Cik Anon komen kemain pedas berapi tapi pengecut tak berani bertanggungjawab atas penulisan sendiri sama je seperti wartawan-wartawan gosip kekdahnya.
  7. Malu dan rasa jauh hati dengan blogger itu takut apa yang di komen nanti tak di baca dan tak di balas.Yela hari-hari datang menyinggah komen sepanjang yang boleh tapi haramjadah nak di balas..lama-lama rasa bengang dan tak kuasa lagi nak mengomen barang sepatah perkataan pun.
  8. Pembaca di kalangan adik beradik,saudara mara,jiran tetangga,bekas rakan sekerja,bekas pakwe/makwe,bekas skandal dan juga bekas rakan sekelas mahupun satu sekolah biasanya golongan ini sebetulnya paling jarang meninggalkan jejak tapi dia membaca blog kita tak percaya tanyalah ramai yang akan mengakuinya.Aku pernah terbaca blog sapa tah dah tak ingat lama dululah kemain dia hangin sebab selama dia berblog walopun kenkawan dia terutama ex-classmate dia tau tentang blog dia TETAPI tak pernah sekalipun meninggalkan jejak sampaikan dia menulis entri tentang itu siap sebut nama memasing wakakakakakaka..rasa macam lawak tapi itulah kenyataannya.
Aku sendiri pernah bertemu dengan silent reader blog ini masa raya puasa tempohari seperti yang dijangkakan dia adalah ex-schoolmate aku.Hahahaha siap malu nak bagi rasa kuih raya yang di buat katanya padahal kuih raya dia buat tu sedap bangat aku pun tak pandai nak buatnya..rupanya selama ini dia pembaca senyap blog ini siap tanya apakah semua masakan yang daku paparkan dalam blog ini memang di masak sendiri atau orang lain yang masak..dah biasa aku ditanya soalan begitu nak buat cemana siapalah diri ini pastilah semua orang meragui kemampuan kita..huhuhuhu
Sudahnya kena hamun ngan aku dengan pesanan lain kali tinggalkan jejak jangan jadi pembaca senyap lagi.
Ketahuilah wahai pembaca budiman bukan semua blogger menganggap blog mereka seperti diari harus privasi dan tak boleh di baca orang.maka semua mereka lebih suka jika entrinya di baca dan dihargai bila ada yang sudi meninggalkan barang sepatah kata..Sebab tu lah ada yang bermurah hati memberi hadiah dan sebagainya kepada pengomen tegar aku sendiri pernah menerima nya jauh lagi mari nun jauh di seberang lautan.
Tetapi ada juga pembaca blog yang gemar menyampaikan maklumbalas terhadap entri yang di tulis melalui email betul dak..lebih-lebih lagi kalau apa yang bakal disampaikan itu bersifat peribadi dan tak mahu di paparkan dalam blog si penulis.
''Jika anda rajin mengomen di blog orang,maka orang lain rajin berbuat demikian di blog anda''

10/26/2011

Hari ini Hari Raya

Apakah aktiviti kalian pada hari raya Deepavali ni..takpi berkunjung ke rumah rakan dan taulan kerr?
oleh kerna aku tak meraikan raya Diwali ni maka aku masih tengah dok mikior mende la nak dibuat pada hari cuti umum ni..
kemas umah?
hari-hari pung kemas umah..

menyogo dan mengikis uwang abam roommate?
idea terbaik tapi bukan di saat poket abam roommate sedang menipis gini..

membaking kueh mueh dan juadah yang enak?
jadah apa bukan aku beraya pung dan takdop sapa yang nak beraya di rumah.

lepak sambil baring-baring depan tv layan pilem Tamil..best woo..
memang nampak best je mengembangkan badan sambil layan pilem..tapi ia tak begitu menyeronokkan haishhh

bawak Q berjalan-jalan hirup udara segar sambil berpiknik
menarik..tapi sesuaikah sebab cuaca sejak akhir-akhir ni tak menentu kadang panas membahang kadang tetiba hujan turun menimpa bumi.

balik kampung..?
cuti sehari je noks(hakikatnya aku anytime je cuti)..tak berapa sesuai nak balik kampung dan tak syok la balik kampung di kala poket tak berapa nak tebal nanti abis uwang orang di kampung aku kikis hahahaha..

menonton wayang sambil makan cikedis..eh kan ade tiket free 4 keping tu bila lagi..
itu antara idea terbaik tapi apa pilem best arr kat panggung..koser aku nak layan pilem-pilem murahan tahap sampah membazir duit tiket je(eh kata tiket pree tadik lalalala..)

menjahit dan menjahit dan menjahit lagik dan lagik
hehhe..yang ni memang harus tapi bila time cuti umum gini aku lebih suka meluangkan masa dengan pemili khenn..aku pung mau bercuti gak hihihi

berlari keliling padang..kecilkan pinggang
haa..haa apa tak dengar la lalalalalalalalalalalala...

Nota Jemari Lembut :takde nota tak sempat nak memikir copy paste nota semalam aci dakk..hehehe
nota tambatan eh tambahan; aku rasa sudah punya plan baek punyeee..yeyeahhhh..

10/24/2011

Alahai..MasterChef Malaysia..

Baru dua episod setakat ni yang dah ditonton..nak komen lelebih pun rasanya macam terlalu awal tapi nak gak komen..
sebelum tu tayang gambo para peserta duluan
ni masih diperingkat saringan nak kurangkan biar tinggal sampai 24 orang katanya..setakat ni dah 3-4 orang dah kot yang tersingkir.
Komen acik tentang rancangan ini yea..
-Peserta semua nampak amatur daripada pelbagai peringkat umur bermacam rupa dan bentuk..yang cun ada,yang tak berapa cun ada..yang hensem merembes ada..tak kurang juga yang selemuih pun ada tapi memasing semua nampak sopan la takde nak mencarut bagai ke apa semuanya bercakap dengan penuh kesopanan dan kesusilaan memang jauhla beza nak bandingkan dengan MasterChef US huhu


-Peserta semuanya nampak nervous dan kuat berpeluh ketika melakukan cabaran terutama time kena memasak sampai aku terpikir dorang ni rakam rancangan ni kat gudang takde aircond ke..seriyes takleh nengok orang masak sampai berpeluh jeruk bisa mengundang rasa mual pada pangkal leher acik hahaha


-Juri kemain serius takde nak melawak atau bermesraan dengan para peserta eh yela kata tukang masak profesional ko ingat pak lawak apa nak wat lawak dalam rancangan masak-masak ye dak..dan bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia ye yang standard takde campur-campur atau rojak buah ke apa

-Ada drama air mata..ahh macam tak biasa pulak kan biasalah member kena puji menangis,member kena singkir melalak..tak kurang juga cerita-cerita sedih para peserta adoii tolonglah tak perlu semua itu ok ini bukan AF takdenya nak mengundi bagai..cerita sedih tu nantilah bila udah berjaya kang boleh la nak stori ha masa tu pasti orang lebih kagum kan.

-Masakan dah tentulah bercirikan Malaysia dan semestinya halal..so jangan haraplah nak menengok Cik Bab kaler pink di bawa masuk hidup-hidup ala-ala Chef Gordon Ramsay angkut Cik Bab masuk dalam pantri kan hahahaha

-tu jela kot dulu komen den setakat 2 episod ni kan walopun ramai gak orang lain komplen rancangan ni nampak kaku dan tak mampu memberi semangat..masakan kampung la apa la..pada acik ok je tang masakan tu dah tentunya masakan Malaysia yang di ketengahkan motif nak meniru masakan barat segala dah namapun MasteChef Malaysia  kan toksah nak urban sangat la weh yang komplen tu pun makan lauk kampung gak hari-hari hahaha..kat obersi nun lauk kampung yang uolls pandang rendah ni adalah makanan mewah tau bagi para perantau-perantau kekdahnya.Masakan Malaysia tu meliputi semuai jenis termasuk masakan Nyonya dan lelain.

Info : MasterChef Malaysia di tayangkan setiap Sabtu-Rabu jam 9 malam di Channel 104.Sapa-sapa takde asterok boleh nengok kat sini free ja yea..

10/19/2011

Harga barangan semakin naik..dan naik lagik..

Malam tadi bekesempatan pi paso malam,biasa memang selalu gik tapi sejak akhir-akhir hanya abam room mate je yang menyogo di paso malam sebab kalo mak gik sekali nanti anak kecik pun ikut sekali pastu anak kecik suka mengepaw mainan-mainan yang hanya di mainkan seminit dua pastu campak sana sini..
tetapi semalam mak pi sekali gunakan trick yang canggih di mana pastikan tak terserempak dengan peniaga jual mainan hahahaha..
anak kecik bengang..
''eh apahal tak lalu kat kedai mainan ni.grrrrr...''si kenit merengus
tapi mak lagi grrrrrrr dengan menengok harga barang-barang dapo khususnya ikan dan sepupu sepapatnya..
humangaihhhhhhh..la ni sekilo ikan semuanya dah belas-belas ringgit..
mungkin bagi uolls yang urban la sangat ni tak main la menyogo kat paso malam dak..
haruslah ke pasaraya yang terkemuka ye dop...
tetapi tahukah anda..
kat paso nun lagi mahal tau harganya cuma bezanya boleh la merayu-rayu buat muka kucing shrek minta kurangkan harga tu pun kalau dah dekat nak abis paso malamnya ikan dah tinggal sekor dua yang matanya dah merah terbuntang..
itu belum pi paso tani lagi muahahahahahahahaa...
lagilah mencanak mahal nya laaa..
semalam nampak udang putih yang kecik-kecik tu mak suka wat sambal udang kecik tu kalau takde udang besor humangaihhhhh..dah enambelas hengget sekilo..rasanya baru tengok tahun lepas RM9-10 sekilo pastu 2-3 bulan lepas dah RM12 la ni dah naik lagi..
udang yang saiz sederhana biasa lagi la hazabnya harga..kalau kat Tesco ke Carrefour ke bila ada sale boleh dapat RM11 sekilo semalam nengok kat paso malam RM20-RM22 gila babeng la mahalnya..
sayur mayur pun dah mahal la ni tak sah berbelas hengget sekali nak beli nak-nak kalo pi paso tani..semekin la gini biasa suka beli dengan makcik jual sayur-sayur kampung tak mahal murah je masih di jual lima puloh sen seikat..
bagi orang yang dapat tinggal di rumah yang punyai halaman  boleh la nak menanam macam serai ke..daun pandan ke apa..
malangnya..di zaman canggih ni tanah makin berkurangan..harga hartanah pun makin tinggi maka rumah pun takdenya yang murah maka bersyukur je la dok umah tinggi mencakar langit tak cecah tanah pun sekurang-kurangnya masih punyai tempat berteduh anak-beranak..
Bila tengok rega barang mahal-mahal gini selalu terpikir camne la orang yang pendapatan rumah yang rendah dengan bilangan ahli rumah yang ramai tu nak teruskan kehidupan seharian kan..
takkan nak hadap telur ngan ikan masin..
memang ade ikan-ikan yang dijual murah jual longgok-longgok kat paso malam nun..
tapi dengarnya ikan yang camtu tak elok sangat sebab ikan yang lama,yg dah dicampur bahan tuk kekalkan kesegarannya..
So di jaman ni banyak manapun gaji uolls..perbelanjaan umah takkan penah cukup selagi uolls belanja lebih daripada keperluan..
maka marilah kita berjimat cermat amalan muliaaa huhuhu...

10/17/2011

Kenapa perempuan suka meroyan..?

 Meroyan adalah sejenis penyakit yang hampir bersangkut paut dengan daya ingatan.Ia boleh mempengaruhi keadaan seseorang sehingga boleh membuatkan hilang kawalan diri.kebiasaannya ia mudah dialami oleh wanita yang baru menjalani proses bersalin.Pada peringkat awal berkemungkinan seseorang itu mengalami masalah ketika diawal bersalin dan berlarutan sehingga tidak dapat dibendung lagi.
Ada sesetengah mengatakan penyakit meroyan ini tidak boleh dirawat kerana ia makan dalam pada seseorang.Pada apa yang kami kaji pula ia boleh dirawat apabila seseorang itu masih mengingati identitinya dan faktor yang menyebabkan keadaan itu terjadi.Ini kerana pesakit itu masih diperingkat awal dan boleh disembuhkan dengan secara teratur dan selagi di izinkan ALLAH
.-Rawatan Alternatif Mahsuri

Pada zaman muka buku ini meroyan bukan lagi sekadar dikaitkan dengan kemurungan yang terjadi pada wanita selepas bersalin..tetapi la ni penggunaan perkataan 'meroyan' tu merujuk kepada sikap orang yang suka hangin satu badan terutama sesuai dengan zaman serba canggih la ni memang orang suka meroyan facebook,twitter tak kurang juga di blog huhuu..dan ianya biasa di kaitkan dengan wanita la tak kurang juga orang laki pun suka meroyan gak apa..yang jenis terlebih hormon estrogen dalam badan la tu hakhakhak..
Kenapa perempuan suka meroyan..?hal ini ada diutarakan di forum-forum oleh golongan lelaki yang rasa meluat katanya membaca status meroyan para wanita..
jom cekidaut..ini hanya pendapat peribadi guwe yeaa..jika tak setujuk jangan hangkat tangan


  1. Bagi yang bekerja biasanya bengang dengan bos yang berat sebelah lebihkan pekerja lain yang kaki kipas..mana taknya dia yang bekerja bertahun-tahun tapi orang lain plak yang naik pangkat dulu..pastu sakit hati hari-hari dengar bos puji member tu bertingkat-tingkat..sampai bernanah telinga mendengar tu yang update kat status memacam dengan harapan mendapat simpati dan komen yang 'membina ' kononnya laaah..
  2. Rasa sakit hati dengan kenkawan sekerja yang lebih berkemampuan daripada dia..nampak member ni pakai handbag Coach pi kerja kang mulalah update status..''eleh..kat UK nun salesgirl je yang pakai bag Coach ni hahhahahaa..takpun setakat hutang keliling pinggang toksah la nak menayang sesangat tah-tah nak beli bag tu pun sampai wat loan bagai''..hahahahaaa nampak benor mendengki ye dak kihkihkih..
  3. Bengang pepagi nak pi kije udah la pepagi anak-anak mengamuk kemain payah nak mandi pagi,lepas tu jalan plak jamm..kendian kang sampai lewat pi opis sebab bergaduh dengan pemandu sengal yang lain kat atas jalan raya..member hentam belakang kereta..punyala hamun siaplah abislah no flat kereta orang dia update kat status facebook..betui dak,selalu terbaca kan..kan
  4. Sudah la penat sesangat balik kerja pastu sorang diri je balik umah kemas umah,buat kije segala sementara org lain tahanla balik umah terus pegang remote tb buka tb terbaring terus..takpun masuk umah terus pi bilik air langsung tak peduli nak kemas umah ke.. simpan barang ke apa..ni kes kalo balik dari keja ataupun pi soping beli barang dapo ke apa..lumrah orang pompuan balik umah mesti nak sette kan anak-anak dulu ataupun kemas umah dulu ye dak..
  5. Seorang diri je buat kerja umah segala dari memasak sampai la menguruskan anak..yang si suami takdenya nak membantu apa membatukan diri adelaha..apa salahnya tolong sapu sampah ke,potong bawang ke takpun uruskan anak-anak ini tidak tahu memberi arahan pastu bajet diri tu macam raja tahu-tahu buka tudung saji semua makanan terhidang dan umah pun bersih haishhhh..mana la bini tu tak meroyan.
  6. Letih melayan kerenah anak-anak yang super duper nakal langsung tak kasi can mamanya berehat barang seminit dua..bapaknya pulak asal anak menangis,merengek takdenya dia nak tolong pujuk ke apa..bini tengah mandi baru nak relaks tenangkan diri bapak dah terjerit-jerit panggil sebab anak mengamuk...dah tu anak-anak lak kerja nya menyepah umah,kang kalau tak kemas ada lak kenkawan datang umah menyindir bagai tahu-tahu rasa sentap bila ade member bising-bising kat facebook takpun kat blog umah orang tu sepah lah..bilik air berlendir la apalah..yang member pun satu kejiss sungguh dok cerita perihal umah orang kat facebook bagai tu apahal..
  7. Tidak mendapat apa yang dihajati sekian lama..nak menyogo bajet tak cukup dah tu menambahkan lagi sakit di hati bila ada plak member yang jenis suka show off kat fesbuk duk update status dapat hadiah sepesel daripada laki..hadiah tu lak yang memang di idamkan sekian lama sudah di hint kat suami haramjadah nak faham atau bagi seperais ke apa..laki lak wat donno je langsung tak nak mengerti isi hati bini..sementelah pompuan ni selalu berharap lelaki dapat membaca dan meneka apa yang ada dalam fikiran mereka..masalahnya lelaki memang takde telepati boleh nak baca atau ramalkan apa yang si bini mahu..ha naseblah muncung la sana sini..meroyan tak sudah-sudah.
  8. Kalau yang belum kahwin tengah dok asyik masyuk bercinta lak..bengang sebab si pakwe tak romantik macam pakwe orang tu..tak ingat hari-hari penting lah. jarang call la..hamboi bila bengang semua ko hambur yea tapi bila sayang kemain ayat jiwang tak hengat hahahahaha
  9. Ada juga spesis suka meroyan di sebabkan isu-isu semasa tak pun jenis yang memang bajet diri tu maksum  sesangat suka komplen pasal orang je..sampai kan dia nampak anak jiran sebelah umah perangai tak semenggah pun dia nak update kat status pastu ngajak orang lain sama-sama kutuk mengutuk dah tu kau yang bercerita aib orang sampai seantero dunia tahu tu cengganer lak..kesahnyaa..baik sangat lah.kot ye pun diri tu dah ghupa setazah pilihan sekalipun kalau nak menegur orang pi la tegur secara berdepan dan dengan cara berhemah gitu..ingat anda selalu komplen sana sini...orang akan ingat anda baik ke sebaliknya orang menyampah tau tak..hahahahah tengok aku pun dah emo tapi memang sangat stress sebetulnya baca status depa kaki komplen ni..grrrr
  10. Konklusinya..mereka-mereka yang suka meroyan di laman sosial ni tak kira la pompuan ke lelaki ke memang jenis yang attention seeker atau dengan kata lain ade sindrom kurang perhatian..udah takde teman nak meluahkannya,ada pakwe selalu bizi ada suami keluar sesubuh hari balik umah dah memalam..ada kawan jenis tak prihatin takmo pinjamkan telinga barang seminit dua..dah takde tempat nak bercerita luahkan isi hati maka laman sosial la jadi medium utama untuk meroyan..
Kata CPN :Maka dek stress dengan kemeroyanan para fesbukian maka jaranglah sudah aku merempits di laman sosial itu..sebelum bertambah tensen baik kurangkan aktiviti di sana melainkan kalau ada yang menegur dan hal-hal penting saja..koser nak layan orang yang suka meroyan apatah lagi jenis yang suka show off manjang..

10/11/2011

Terima kasih ALLAH..

ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan Cik Puan Nurul
Selamat Ulangtahun ..selamat melangkah ke usia  20an..(Sapa2 yg lebih kertu drpdku sila jgn panggil den akak lg kihkihkih)

Baby bambam era 80-an ketika masih dalam hari(pantang) sangat kuat menyusu..

eh hari ni besday CPN yeaa..wah tak de entri seprais daripada yang tersayang ke..????

-takde..sendiri la tulis

tak romantiklah abang room mate CPN takkan takde seprais apa-apa..

-takda..takde seprais apa-apa mahupun Eric Leong pun takde muncul di depan pintu..adekah romantik itu perlu dibuktikan hanya dengan pemberian hadiah dan sebagainya?memang aku sendiri sudah memberitahu awal-awal tak perlu seksa diri nak wat seprais ke,order kek ke apa..kerana semuanya sudah cukup membahagiakan diriku..abang room mate itu sendiri adalah anugerah yang ALLAH bagi tak ternilai harganya sesuai seumur hidup boleh dinikmati insyaALLAH membawa ke syurga..romantik atau tidak beliau itu adalah rahsia yang perlu disimpan rapi tak perlu di show off seantero doniaa huhu.

takkan takda cincin ke,gelang ke barang seketul duaa..haishhh..

-tak payah..sebab aku pun tak hadap ngan semua tu..pada yang pernah komplen masa raya hari tu sampai bilalah CPN tu nak berdogel je badan satu ketul emas pun tak da..laki tak beli ke?mintak jangan persoalkannya sian abang room mate beliau terasa hati akan kata-kata itu bukan salah beliau tapi binik nya yang memang tak pernah mahu dibelikan semua itu..makan lebih penting..sebab kalau tak makan nanti jatuh sakit so yang utama adalah kesihatan..

parti harijadi pun takde ke..?

-takde dan tak pernah ade..heheh seumur hidup aku tak pernah diraikan sebagai besday girl dan aku tak apa-apa dengan keadaan itu..yang penting kesyukuran kepada ALLAH Taala kerana dengan izinNya aku masih bernafas hingga ke saat ini.

so apa yang menggembirakan CPN pada hari ulangtahun ini..

-nak kata hepi sangat tu takdelah..namun bersyukur dan rasa terharu sebab Qaseh dah pandai nyanyikan lagu Happy Birthday untuk maknya meskipun masih pelat-pelat janji melodi tak kelaut..mmmmuahhhh2 untuk si kenit buah hati pengarang jantung..

kawan-kawan,sedara mara atau jenjiran takde bagi hadiah apa-apa ke..?

-huhu..tak de apa dan tak berharap apa-apa cukuplah dengan doa moga di beri kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki..lebih-lebih lagi kesihatanku agak merosot sejak akhir-akhir ini..:(..jika ada yang tak puas hati tak gumbira dengan kehadiranku mohon hapuskan segala rasa itu..hidup ini untuk bahagia bukannya derita..

last..apakah harapan CPN sempena ulangtahun kelahiran ini.?

-semoga hari-hari yang mendatang akan lebih baik daripada yang lepas-lepas..moga aku tabah dan kuat menghadapi semua cabaran yang bakal mendatang..dan seiring dengan peningkatan usia ni moga aku akan lebih matang dan bijak dalam memilih pilihan yang ada dalam hidup ini..paling penting moga diberi kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki dan mendapat kebahagiaan yang dicari..
beri daku ruang untuk memperbetulkan diri..kritikan dan kata-kata orang ku jadikan pencetus semangat..biar laharanmu pedih berbisa aku terima seadanya..

Apapun terima kasih pada Nuffnang dan TGV Cinema sebab bagi 4 keping pas masuk menonton wayang di mana-mana pawagam TGV heheheh..udah ada dalam tangan..

10/03/2011

Gambar seksi wanita mengandung

Sekarang ni trend orang kawin kan bukan takat ade pelamin bagai je la ni siap ada photoshoot pre-wedding la,video lamaran la..segala macamlaa..pendek kata proses nak mulakan hidup bekeluarga tu rupanya banyak sesangat memerlukan belanja kan..kalau jenis nak ikut tren orang berduit laa..dari video pra-wedding sampai laa nanti video saat-saat kelahiran anak pertama tak gitu..

Tapi bukan nak cite pasal orang kawin meskipun la ni tengah musim orang menikah je kan..tengok tajuk kat atas tuu jangan nak speku acik ni nak cerita tentang lucah-lucah plaks yeaa...
semalam acik dok jenjalan kat blog orang tup-tup ternampak gambar seorang wanita yang sangat jelita..bertudung ayu gituuu..
tapi khennnnnn.....
acik sangat tak kenanmarah
sebab bagi acik gambo tu tersangatlah seksi meskipun dia berbaju lengkap dengan tudung segala..
tapi dek kemekaran nasi lemak RM5 dan perut yang memboyot membulat ditambah pulak pakai baju dari jenis fabric lycra jenis hok melekap kat tubuh badan kan...terserlah lekuk sana sini..
uwaaaaa..merah muka acikmalu menahan malu...ehh apasal lak orang yang melihat lak malussss..
yeaa malu sesangat yela lainla blog tu anda privasikan tuk tatapan anda je keknyaa nak buat diari kan kenkononn tapi seantero donia leh melihat gambar mu ituuuu tauuu
mesti nanti ada yang kata elehhh..ko macam takde amik gambo cenggitu..
jawapannya------->memang takdopp acik malu melihat tubuh ku mengembang maka sekeping pung takdopp tauuu photoshoot gambo time nasi lemak mekar nan membuak..
lagi satu kan FYI kalians...beberapa bulan lepas acik penah termasuk satu blog ni masa dok gugel cari apa tah tup-tup leh lak tersinggahh satu blog yang menyeramkan..malangnya tak ingat dah link blog itu sebab seram sangat kan..
lagi sekali MENYERAMKAN..
:takot:
tapi bukan menyeramkan sebab ade hantu pocong dengan kain putih masih bau kedai ade kesan lipat ke apa tetapi mengikut pengamatan acik pemilik blog tu barangkali seorang lelaki yang menghidap sejenis sindrom ''maiesiophilia maniac''..
hape kebende tuu hahah siler tanya ankel gugel nak tau lebih lanjut tapi mengikut pemahaman acik kira dia ni jenis suka tengok pompuan hamil..ghairah bagi diaa..sebabnya dalam blog dia penuh dengan gambo pompuan hamil bukan mat saleh tau tapi orang kita laaa..
paling hazab dan menakutkann acik ternampak sekali gambo-gambo rakan blogger yang amat di kenali pun ade dalam blog diaa..ishhhh bahye betul ..
bayangkan ada orang asing yang memalam dok ?@#%&* sambil melihat gambo kita..ishhhhhh mintak simpangg..
tu pasal la bila tertengok gambo-gambo ibu-ibu mengandung yang seksa meksa ni rasa seriauu..
memang la nak bergambo kenangan jadikan koleksi peribadi sendiri kan suka hati laaa kan..tapi kita kena pikir mata yang melihat kalo takat yang melihat tu tak rasa apa-apa takpela kan..
tapi kalo di buatnya 'koleksi' peribadi dia plak haaaaaa tu yang tak moooo tak mooo
takbole

la ni kena hati-hati weh nak upload gambo nak menayang baby bump ke apa pastikan gambo tu tak jatuh kategori 18sx..haishhhhhh
nak gambo seksi..nahhh layannn
 ehsan ankel gugel....taraaaaaaaaaaaaaa...

7/22/2011

Gadis OKU buang anak?biar betikk

KOTA TINGGI: Selepas menyusukan dan meletakkan bayi baru dilahirkannya di belakang rumah didiami bersama keluarga di Teluk Sengat di sini, seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 23 tahun dikatakan sanggup membuat helah mengejutkan ibunya dengan memberitahu terdengar tangisan bayi, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, ibu wanita berkenaan panik terus mengejutkan suaminya sebelum mereka menemui bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan bogel di tepi longkang rumah mereka. Bagaimanapun, helah wanita OKU berkenaan yang mengalami kecacatan di kaki dan mata akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis, kira-kira jam 8 malam di rumah keluarganya selepas dipercayai terbabit melakukan perbuatan itu. Difahamkan, kejadian itu kali kedua wanita berkenaan melahirkan bayi luar nikah hasil hubungan haramnya dengan teman lelakinya warga Nepal selepas dua tahun lalu turut melahirkan bayi luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki warga Indonesia.


Menurut wanita itu, dia melahirkan bayi berkenaan seorang diri kira-kira jam 12.30 tengah malam dalam bilik tidur di rumah keluarganya.

“Ibu bapa saya tidur di bilik sebelah manakala adik bongsu pula di ruang tamu tidak menyedari kelahiran berkenaan.


“Sejurus selepas bersalin, saya sempat menyusu dan mendakap bayi saya sebelum senyap-senyap keluar ke belakang rumah lalu meletakkan bayi itu di tepi longkang rumah,” katanya, semalam.


Difahamkan, ketika ditemui, bayi berkenaan masih bertali pusat selain dipenuhi kesan darah sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.

Menurut wanita itu, ketika polis dan kakitangan perubatan tiba di lokasi kejadian, dia yang memakai jean turut membantu membersihkan semut pada muka bayinya itu.


“Keluarga tidak mengetahui saya hamil kerana biasanya keluar rumah seawal jam 5 pagi untuk bekerja di sebuah kilang di Ulu Tiram sebelum pulang pada lewat malam.

“Pada masa sama, saya turut memakai pakaian bersaiz besar bagi mengelak tembelang hamil anak luar nikah diketahui keluarga,” katanya.


Katanya, ini kali kedua dia melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya warga Nepal manakala anak luar nikah pertamanya lahir hasil hubungan dengan seorang lelaki warga Indonesia diserahkan kepada satu keluarga untuk dipelihara.


Pengarah HKT, Dr Maslina Yusof ketika ditemui mengesahkan bayi itu dilaporkan dalam keadaan sihat dan diberi rawatan antibiotik bagi mengelak sebarang jangkitan.


“Bayi lelaki berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas rawatan selesai,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan.


“Wanita terbabit direman empat hari hingga Ahad ini dan sudah dihantar ke HKT untuk rawatan perubatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya
.
berita kredit Hmetro

**sengihnampakgigi citarasa gadis ni very the internasionaleyyy
**terkejut jugak bila terbaca berita ni ingat dia dirogol ke apa
**aku tak tau nak cakap apa daa..doniaaaa..doniaaaaa

panas ahhhh semputtttt.

Jangan hidup atas dasar ''Apa orang akan kata nanti''.

Kenapa?kenapa...perempuan sanggup buat apa sahaja untuk cantik,kenapa sanggup abaikan kehendak hati semata-mata kelihatan cantik?
''saya tak pernah buat facial muka seumur hidup,tapi saya teringin nak buatnya sebab tengok pipi mulus jiran sebelah umah''
''saya mesti kurus nanti suami saya terpikat pada perempuan lain yang lebih mantap''
''saya terlalu kurus..kawan saya cakap saya takde pinggul..leper dan tak menarik,terasa diri seperti pembaris''
Apakah definisi cantik sebenarnya pada pandangan kita,kekadang kita hanya memikirkan apa yang orang lain cakap,kita anggap apa yang diperkatakan orang sama seperti pemikiran pasangan kita walhal pasangan kita tak pernah mengambil kira tentang hal itu..
kendian kita berprasangka buruk..jadi paranoidtensionlepas tu ada suara-suara yang mencucuk
''eh..takkan tak sayang suami kot,ingat orang laki ni suka ke isteri yang chubby,gemuk..mestila dalam hati dia nak perempuan yang slim..yang lawa-lawa..pakai la produk ni konpem laki sayang percayalahh!''bising
Kita jadi pedulik dengan omongan orang lain yang bertujuan untuk melariskan produk jualan dia ..bila suami cakap tak kisah kita tak percaya tuduh dia hanya berpura-pura kononnya cakap camtu sebab nak jaga hati..walhal siapa tahu itu sememangnya isi hati dia yang sebenar kerana kita hidup berdasarkan apa yang orang akan kata.takbole
  • kita ada duit,kita masuk butik pakaian tapi kita tak beli baju yang kita suka sebabnya kita bimbang kalau kita pakai baju tu nanti apa orang akan kata..mesti aku nampak gemuk kalau pakai baju ni..mesti orang kutuk aku.
  • malu nak tambah lagi makanan walhal perut lapar..sebab apa orang akan kata nanti
  • jadi terdesak untuk kelihatan cantik semata-mata bimbang dengan apa orang akan kata.
  • tak berani suarakan pandangan sebab malas dah aku nak sambung..kehkeh
  • taknaklah bertenet..bukak fesbuk,update belog selalu nanti orang cakap apa pulak
  • tak boleh cerita pasal artis,filem dan drama tv nanti orang kata aku suka bergosip
  • suami jangan hantar saya pergi kerja,jangan teman saya gik shopping jangan ikut saya pergi majlis atau jamuan..nanti orang bising-bising,nanti orang kata saya tak reti berdikari nanti orang kata awak suami yang suka ikut cakap bini.
  • saya kena hantar anak ke sekolah yang mahal-mahal,meskipun saya harus kerja kuat untuk membiayai yurannya..nanti kalau hantar sekolah biasa yang murah apa orang akan kata nanti.
Lagi hazab apabila apa pun yang kita nak buat nak beli rumah ke,nak beli kereta ke, dating ngan suami ke,nak belikan mainan tuk anak-anak ke,nak pergi bercuti kemana pun harus mengambil kira semua yang akan orang kata..apapun keputusan dalam hidup kita harus berlandaskan apa orang akan cakap termasuk nak memilih pasangan hidup kita..penting sangatkah pendapat orang lain,sebetulnya kita boleh pertimbangkan kata-kata orang TETAPI bukannya perlu memaksa diri menerima sebulat-bulatnya sebagai keputusan akhir.
Hidup ini milik kita..yang akan melaluinya juga kita..

Nota celah jari : Siapa orang yang selalu berkata-kata tu..manusia juga sama macam kita hina dan serba kekurangan.

7/19/2011

''Kancil kalau nak berak banyak macam gajah mau terkoyak bontot''

Cuma tinggal lebih kurang dua minggu je lagik kan..maknanya Ramadhan datang lagi..insyaallah kalau dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik dapatlah sekali lagi menunaikan ibadah puasa kan.
tapi napa eh 2-3 bulan lagi sebelum puasa iklan kat telebisyen buat aku nak termuntah je
muntah motif asal nak raya je semua menda nak kena tukar baru sampai ke peti ais,mesin basuh segala bukan ke kalau menda alah tu rosak ke,dah padat sangat tak muat ke barula wajib kot tukar baru takkan tengok orang sebelah beli mesin basuh baru kita pun wajib 'sakit hati'marahpi kedai nak gak baru taknak kalah kata orang hahaaaa..
satu lagi yang buat aku cuak gak asal nak raya je kereta pun baru gak hahahhaha..sengihnampakgigi kalau sebab ahli keluarga a.k.a penumpang tetap dah melebihi muatan haruslah la kan tukar baru itu pun kalau ongkosnya berkepuk-kepuk tapi takyah la tuko baru semata-mata nak menayang kat orang kampung kekdahnyatakbole atau sebab taknak kalah dengan orang sebelah umah,dengan kenkawan..nak tukar baru kalo memang dah terlebih sangat duit sampai tak tau dah nak sedekah kat mana tu ikut suka la asalkan jangan sampai menunjuk-nunjuk sangat kekayaan tu memang keji tau..
bagi yang tak berapa berduit..yang tetengah bulan makan mi segera usohlah tergedik-gedik nak ngikut stail orang kaya bak kata arwah Pak Kassim ''Kancil kalau nak berak banyak macam gajah mau terkoyak bontot''.kah2
sibuk sangat meniru jiran yang kaya raya beli keta besar,awak pun nak beli gak sampai masa hutang awak keliling pinggang sampai tak terbayar..nak bernafas pun rasa tak cukup udara yang ada..pastu dok merungut barang naik la apa la..sebenarnya rejeki yang Allah bagi pada kita dah mencukupi tetapi apabila keperluan melebihi kemampuan pasal tu selalu tak cukup kan..hihihi

Nota celah jari :sebenarnya nak cerita pasal menda lain..terbabas lak cerita pasal ni..sungguh lemau rasanya hari ni mood kelaut kekdahnyaaasiul
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...