Mereka Yang Terbaik..!

6/29/2011

Edisi gali Ilmu:Bagaimana melatih si kecil menggunakan tandas..( potty train)


Suatu pekerjaan yang memerlukan kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi bila si kenit tu tak berapa nak petah berkata-kata masih pelat-pelat comel gitu mujurla beliau memahami arahan yang diberi.23 September ni genapla usia Qaseh 3 tahun ,masih mengempeng dan bergayut didada montok maknya asal ada peluang pasti harusla beliau melekat bawah tiak wangi mak kan..sepatutnya Qaseh sudah pandai biasakan diri tanpa memakai lampin pakai buang itu lagi sebab mak pak ko nak potong bajet beli diapers ko tetiap bulan haruslah beliau mengetahui bahawasanya tandas bukannya 'perlu dipakai' setiap masa.
So cemana nak tahu tanda-tanda anak kita tu akhil baligh sudah bersedia menggunakan tandas?dipetik dari sini dan dikongsikan dengan kalians.
Ramai ibubapa yang tertanya-tanya, bilakah waktu yang sesuai untuk melatih anak ke tandas? Berikut adalah tanda-tanda anak anda sudah bersedia untuk latihan ke tandas (untuk mencuba, tidak semestinya anak anda ada kesemua tanda-tanda berikut)

Skil Bahasa

Mampu mengikut arahan (cth: “Tanggal seluar, pergi ke tandas.”).
Bercakap dua patah perkataan (cth:"babai yak", “jom yak”).

Skil Kognitif

Meniru perbuatan orang dewasa (cth: menyapu lantai)
Memahami sebab dan akibat (cth: kalau kencing, seluar basah)

Skil Emosi

Suka mendapat pujian dengan mengikut arahan anda
Menunjukkan bantahan, tidak patuh kepada arahan anda
Cuba untuk berdikari dalam aktiviti seharian (cth : berkeras untuk makan sendiri, cuba menanggalkan seluar sendiri)
Bangga dengan kepunyaan sendiri (“adik punya” dan “yak adik”)
Suka mengikut dan melihat anda atau kakak/abangnya ke tandas.

Skil Motor

Boleh berjalan dengan baik
Boleh menanggalkan seluar sendiri
Boleh berdiri tegak 5 minit tanpa bantuan
Boleh menahan kencing dan berak (lampin akan kering lebih 2 jam tetapi bila basah, basah dengan banyak sekali)
Buang air besar pada masa yang sama hampir setiap hari

Penjagaan Badan
Tidak selesa dengan lampin yang basah atau bernajis
Tidak mahu memakai lampin dan suka menanggalkannya
Meminta untuk menggunakan kerusi ‘potty’
Menunjukkan ekspresi muka, badan, perbuatan atau percakapan jika mahu buang air. (cth: akan pergi ke satu sudut tertentu di rumah)
Setakat ni Qaseh hanya diberitahu setiap hari bahawa nanti dia perlu jugak 'membuang hasil buangannya di tandas'setiap kali memang selalu bagitau dia..orang kata kalau hari-hari di beritahu lama-lama ia akan terpahat dalam pemikiran dia..lagi satu jangan memaksa-maksa si kecil ni kalau diorang belum bersedia silap hari bulan proses untuk melatih tu akan bertambah panjang dan hasilnya pasti mengecewakan so pastikan anak kita tu rela dan bersedia kan.Banyak berdoa dan bertawakal pada ALLAH pastu kena selalu positif kalau time stress,ada masalah ke,keadaan tak sihat contohnya sedang menunggu kehadiran ahli baru dalam keluarga ke,pindah rumah dan sebagainya sebaiknya elakkan dulu nak ajar anak takut lain jadinya so persediaan mental dan fizikal ibubapa pun penting tu.
Agak-agakkan jamban toilet mana yang sesuai untuk anak kecil bagi menarik perhatian diorang nak 'yak' kan..jom cekedaut!
comelkan tapi macam sesuai untuk bebudak lelaki kan tapi gegirl pun boleh apa..hehehhehe
haaah yang ni pun okey sesuai untuk peminat pooh..
suweet je kann pink lagii...mesti Usop Wilca pun suka..seme nya pink
yang ni mak budak pun rasa geram nak guna ekekeke..comel hokayy..

kalau yang kat atas ni boleh dakk..nostalgik sungguh lama dah tak nampak 'bilik termenung'ngupe yang ni..kalau dulu mana ada mak kita nak beli toilet lelawo kot masa nak train kita guna tandas khen..tapi orang bando mana guna jamban gini diorang guna tandas ye dak..
hehe
lagi info dan pengalaman orang lain tentang potty train
klik sini
sini juga
sini lagi banyak

4 ulasan:

Ahkak Geli berkata...

kira anak kita berak dalam potty kecik tu la pastu kita kutip ngan tangan pulak taik tu masuk dalam bowl? gitu?

Cik Puan Nurul berkata...

entah ye kot aku pun tak pernah terai lagi ni baru nak ushar cari mende tu weh..sesetengah budak xsuka guna menda tu ntahlaa..aku rasa alas la dengan plastik dalam bowl tu pastu nnt senangla nk buang kehkehkeh..rasa bebudak kecik ni kalo berak cangkung senang sikit nak basuh kan

Unknown berkata...

eh sama la dgn apa yg aku dok fikirkan semenjak dua menjak ni. Bagus gak ko buat n3 ni. Teringin nak beli toilet bowl comei2 tu, tapi rege nya pun mesti comei juga kan..huhu

Cik Puan Nurul berkata...

Tula pasal harus mahal gak ni kehkehkhe..beli yg simple2 je pun weh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...