Mereka Yang Terbaik..!

6/07/2011

Makan..makan..dan makan lagi

Baru tersedar dah setengah tahun dah 2011 mak aihhh sekejap je kan..ala..cemana ni masa semakin suntuk je rasa..hehe perancangan yang dirancang tidak juga membuahkan hasil.hari ni meskipun acik berpuasa tapi nak gak cerita pasal makanan..peduliklaa kan menda dah jadik baja pun lain la masih ada di depan mata ahaksss..jumaat lepas punya menu pertama kali masak gulai lemak pucuk labu itupun permintaan daripada encik suami dah lama dah beliau nak makan tapi tak terbuat-buat sebab apa pun tak tau..rupanya leceh gak rasa nak masak pucuk labu ni bukan leceh apa pun tapi disebabkan ianya berbulu -bulu maka nak kene buang mulu-mulu pada batang dan daunnya terlebih dahulu sebelum masak.rasanya sedap juga pucuk ni tapi acik makan sikit je entahla rasa cam miang-miang plak heheh.

tak sah kalau makan lauk gulai lemak tanpa ikan masin atau pun ikan pekasamm..wahhhh ailaik ikan pekasam ok..ikan goreng juga harus ada..




sambal belacan jangan dilupakann..wajib tuuu..

pastu esoknya sabtu kiteorang pulang ke kampung halaman..lagipun udah lama benorr tak balik kampung asik kensel je bila plan nak balik kampung.lagipun bulan lepas acik terlepas ketika adik-beradik meraikan besday mak..so memang dah plan nak raikan gak..disebabkan acik ni miskin hina tiadalah mampu menyediakan barang hadiah mahal-mahal tapi acik buatkan kek untuk mak...ikhlas daripada hati muehehehe..sebab buat kat kampung gak dan oven mak dah lama rosak maka hanya buat unbaked cake laa..opkoslaa kek feveret my mom cheesecake..



nahhhh...perisa blueberry my feveret...kene cakap stail usop wilcha menyebutnya yaa..resepi sama je dengan resepi unbaked oreo cheesecake bezanya hanya letak jem blueberry sebagai toping..simple je buatnya nak masuk mulut gak kan..nak hias ngan buah-buahan tiadalaa pula buah yang sesuai..time tu kat umah hanya ada buah jering..takkan nak letak gak hahaha..









mak belum rasmi tukang buat dah melantak dulu kikiki..molek benarlaah tu muahahaa..yela sebab musim kenduri kan..pagi petang siang malam laa pi kenduri maka tak sempat nak merasa kek..dah takkan nak tengok je kot kikikiki..







ingatkan balik kampung boleh dapat ikan patin barang seekor dua..tempoyak ke sebalang dua tapi takde plakk huhu..nahh buah salak besar dabak adelaaa..pokok salak belakang umah memang sentiasa berbuah dan buah-buahnya besar dabak..manis dan sedap..encik suami siap bawak pi opis dia kebetulan ada staff yang pregnant sesuai sangat la tu..banyak-banyak kat umah tak daya gak nak perabisss hahah..paling tidak kalau rajin buat jeruk laa.











3 ulasan:

MiErA berkata...

sedapnye salak...peberet tu!!!

estee_8980 berkata...

sedapnya ikan masin ke pekasam tu..pembuka selera...buah salak sedapnya...

Cik Puan Nurul berkata...

HUHU..yeaa ikan pekasamm tuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...