Mereka Yang Terbaik..!

6/22/2011

Warkah Berlagu Pilu buat Cik N

Menemui Cik N yang jauh dimata jauh lagi di hati semoga berada dalam keadaan yang sihat dan gumbira hendaknya no more fenin-fenin lagi ok.

Sedari,

Terlebih dahulu saya nak beritahu bahawasanya saya memang tak pandai menulis surat kiriman tidak rasmi maklumlah telah lama meninggalkan alam persekolahan tambah-tambah lagi dizaman moden dan canggih ni mana ada dah orang tulis surat menyurat ni..kalau masih ada memang tabik spring laa saya pada orang itu.

Tujuan saya menitipkan sepatah dua kata pada surat ini bukanlah kerana saya rindukan Cik N..please yea tolong jangan perasan sangat tapi ingin menyatakan ketidakpuasan hati saya pada Cik N.Saya harap Cik N faham dan menerima seadanya apa yang bakal saya katakan,nak sentap ke apa tu Cik N punya pasal sila suruh boipren Cik N pujuklaa sendiri..
Sebenarnya saya sangat bengang dengan Cik N yang suka telefon saya desak saya itu ini..dahla tu telefon orang kemain lama sampai naik lebam dibuatnya ada sajala yang Cik N tak puas hati..ada sahaja salah saya dan Cik N juga pandai memutarbelitkan fakta haishhhh..tensen tau..makin banyakla uban saya gini kalau hari-hari melayan kerenah Cik N yang menyesakkan fikiran tu dan membuatkan saya makan lebih banyak coklat untuk menenangkan fikiran so kira Cik N bertanggungjawab atas peningkatan berat badan saya.Bak sini RM10 ribu nak bayo treatment kat Slim World.
Saya harap minggu ini dan minggu seterusnya tiada lagi panggilan telefon daripada Cik N.Saya sudah bosan mendengar suara Cik N yang annoying tu..lain kali buat kerja tu bebetul jangan tahu nak mengular je sudahnya segala emel-emel penting dan notis pemberitahuan yang saya hantar entah kemana-mana pastu mula nak salahkan  saya plak..dia yang tak cek mula la nak gelabah nak cari salah orang plak.mujur la saya ni menyimpan semua maklumat lengkap pembayaran tu dengan baik tidak sesia je la melayang lagi duit free je dapat kat majikan Cik N yang sememangnya mencekik darah tu.
Semoga segala urusan antara kita selesai yea..lepas ni takyah pening-pening dah kepala mencari emel saya yang kononya halimunan tu tak nampak eh..choy!sebenarnya saya pernah gak terserempak dengan Cik N beberapa kali tapi masih gagal nak mengecam wajah Cik N maklumla tak lawa sangat maka buat-buat tak perasan jela tidak mau gak 2-3 kali toleh kan.
Sampai di sini sahaja sempat saya coretkan dah malas plak tetiba nak menaip lelebih.Semoga Cik N kerja dengan lebih rajin dan sebaiknya janganla buat kerja sambil lewa sehingga mendatangkan masalah pada orang lain pulak.
Sekian, mekaceh.
yang hampir kena 'kencing',
CPN.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...