Mereka Yang Terbaik..!

8/02/2011

Sambungan part 2 pengalaman melahirkan dan menyusukan pulak di bulan puasa

Salam hari selasa..amacam adik-adik semua berpuasa tak hari?ciss fefeelings setazah pilihan plak dia.Hari tu dalam entri ini ada diceritakan tentang pengalaman mengandung,melahirkan dan menyusukan time bulan puasa kan so hari tu nya cerita tak abis lagi maka sebelum sesi penayangan gambar-gambar kejis(gambo makanan kekdahnya) baiklah acik menyambung cerita itu lagi pula minggu ini merupakan minggu penyusuan susu ibu sedunia..
Benci lak mukadimah panjang lebar ni meh kita teruskan je pada kejadian yang berlaku seterusnya..sebab benci dengan karangan panjang lebar tanpa perenggan maka ijini saya meringkaskan cerita dalam bentuk senarai boleh yaaa adik-adik(iskhh terperasan setazah lagi)
  1. sebelum tu nak beritahu gak ye terima kasih pada yang mengomen pada entri ini tentang betapa sukar dan peritnya melahirkan anak..ye kalian pengalaman setiap orang berbeza ada yang melahirkan dengan mudah tapi takde yang tak sakit bila nak terberanak meskipun terberanak masa tengah berak(????)
  2. ada yang mungkin sesetengah orang tak tahu bersalin tu perjuangan kita dengan ALLAH,masih terngiang2 kat telinga comel ku ini dulu ada sorang akak ni kawan sekerja dulula dia cakap hanya yang melahirkan anak secara normal sahaja mendapat pahala,rahmat apa segalala kalau yang bersalin secara pembedahan tak dapat sebab kononnya tak rasa sakit nak-nak kalau yang memang dijadualkan kena czer seperti songsang dan sebagainya yang biasanya tak sempat rasa kontraksi bagai..maka dengan bangga dirinya akak tu cakap dia dah ade dua anak semuanya  dilahirkan secara normal..ok jangan meroyan dulu dengan stekmen sengal akak ni..sabooor.
  3. Hakikatnya yang meninggal ketika mengandung,melahirkan atau ketika dalam pantang pun dijanjikan syahid.Teknologi(pembedahan) di cipta untuk memudahkan dan mengurangkan kadar kematian di kalangan ibu-ibu yang melahirkan yang mengalami komplikasi ketika mahu melahirkan..eh kenapa saya sentuh pasal ni sebabnya tak sampai 24jam selepas melahirkan Qaseh melalui pembedahan kecemasan hati ini luluh bilamana ade seseorang(takmo sebut siapa)masa melawat saya kat sepital masa tu saya duk sorang diri lagi belum dapat jumpa or peluk cium Qaseh(bayangkan seksanya bila nak kuar sepital baru dapat pegang dia)tu cakap ''alah..3.85kg je bukan besar sangat tu boleh je teran..tak teran kuat mana nak keluar..ada orang sama je berat baby dia boleh je tu..''
  4. apa perasaan kalian jika sakit meneran tak hilang,trauma digunting di perineum dan ditoreh diperut belum hilang sudahlah kelaparan,lemah sebab  tak dibenarkan makan 24jam selepas pembedahan,belum dapat peluk anak dan menyusukannya kemudian orang cakap camtu lak..masa tu s diam je dah la time tu tengah serabut rasa dah macam orang gile dengan rambut mengerbangnya sebab sebelum tu tudung dan getah rambut segala ntah kemana misi simpan kan.nak ikat rambut sendiri tak boleh sebab tangan dedua ade jarum kena tunggu orang yg ikatkan.dalam hati saya dok pikir lah aku ni lembik ke yea..lemah ke tapi aku dah cuba sedaya upaya bukan aku yang mintak kene bedah doktor yang suruh..aku dah buat sehabis baik..aku buat sorang diri takde suami(tak dibenarkan masuk)or sesapa yg aku kenali menemani beri semangat melainkan misi-misi dan doktor yang tak pernah kenal pun.walopun sorang diri aku tak rasa takut atau terpekik terlolong macam sesetengah orang..tapi nak buat cemana takdirnya aku harus melahirkan anak melalui pembedahan..AKU BERTUAH SEBAB DAPAT MELALUI KEDUA-DUA RASA IAITU SEKSA DAN AZABNYA MENERAN NAK BERANAK DAN SAKIT NGILUNYA LUKA PEMBEDAHAN DALAM SATU MASA sampai hari ni terkadang rasa ngilu masih terasa bila terlalu bekerja keras dan yang berat2.
  5. Ok lupakan kisah tu seketika kita kembali ke alam nyata,cerita pasal menyusukan memang saya gagal nak menyusukan Qaseh pada awalnya sebab pikir susu takde sebenarnya ada iaitu kolestrum tapi sebab tak tahu cemana nak stimulasi iaitu nak ransangnya keluarkan ditambah dengan zero pengetahuan tentang menyusukan sebab selama ni saya pikir ianya mudah just selak baju susu memancut keluar padahal tak semua camtu..tapi oleh kerana saya telah NEKAD sejak belum berkahwin pun yang jika ada anak nanti saya nak menyusukannya dengan susu ibu maka apa pun halangan pada awalnya saya tempuhi dengan sabar dan menerima secara terbuka apa pun yang berlaku maka akhirnya sampai ke hari ni Qaseh still menyusukan meskipun usianya akan menginjak 3 tahun pada bulan depan.
  6. Saya tak pernah nak peduli susu saya banyak ke sikit ke saya tak ambil pusing kat situ..pada saya bukan banyak atau sikitnya susu yang keluar tu yang penting lama mana anak saya masih boleh menikmatinya huhu..so selagi anak masih mahu mengempeng dengan mukanya yang berseri2,matanya bercahaya2 maknanya susu masih ada dan saya bersyukur dengan rezeki yang ALLAH bagi sama juga hal nya bila tiba bulan puasa saya buat macam biasa je yang penting makanlah makanan yang seimbang dan minum air dengan secukupnya.
  7. Pada yang rasa risau susu tak cukup..penting ya jangan stress buat macam biasa kalau yang mengepam tu pastikan konsisten dan sentiasa mengosongkan payudara kalians jangan terlalu bergantung dengan makan itu ini..vitamin ke apa tapi tanpa mengepam dan menyusukan anak secara konsisten susu akan makin berkurangan..ingat yea nak perbanyakkan susu itulah petua atau tips yang sebetulnya lagi kerap kita mengepam atau menyusukan lagilah banyak susu dihasilkan.Sebab tu bila kita mula mencampurkan dengan susu formula penghasilan susu mula berkurangan kenapa?sebab otak mendapat isyarat bahawa tak perlu hasilkan susu yang banyak nak-nak kalau anak tu hanya menyusu sebelah malam saja siang hari minum susu formula maka susu yang terhasil hanya lah sebanyak mana yang anak kita perlukan itu sahaja la berbeza jika kita mengepam dan menyusukannya secara eksklusif atau sepenuhnya.Jangan terlalu bergantung kepada nombor dan mendesak diri untuk menghasilkan susu banyak ini la..banyak itulah terima seadanya rezeki yang tuhan berikan untuk anak kita jika ditakdirkan hanya selama itu sahaja kita berjaya susukannya tak mengapalah bukan bermakna kita ni gagal dan sebagainya.
  8. Adeh dah panjang lebar plak hope boleh faham la cara acik jelaskan pasal penyusuan tu yea maklumlah tak pandai nak berbahasa ala-ala profesor sebab bukan yang pakar pun sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman yang tak seberapa ini.
sekadar berkongsi gambo untuk pengetahuan bersama eh..kalau orang sebut vacuum tuk tarik bayi keluar cenggini la rupanya yang ni dipanggil  vacuum forcep.Jadi saya gagal yang ni sebab baby besar atau ada juga kes di mana tulang pelvik kat pinggul tu tak cukup besar(bersaiz kecil)meskipun bukaan 10cm untuk keluarkan baby walopun saiz baby tak besar mana pun.Biasanya untuk kelahiran seterusnya memang kene czer dan tak digalakkan bersalin secara normal kerana berisiko untuk menyebabkan rahim pecah(ngeeeeeee)
ingat bukan cam ni yea..yang ni nampok benoor menipunyaaaa lagi mengarut hahahahhaa

    4 ulasan:

    Yaati Nor berkata...

    akak czer sbb tulang punggung kecik ke?

    Cik Puan Nurul berkata...

    entahlaa doc cuma cakap sbb baby besar takut baby lemas lelama sebab fail kan vacuum pun tak lepas gak

    NuRuL DhiA berkata...

    syahdunye...meh ahkak yg ckp bersalin c-zer xdpt pahal aku nak luku kepala ahkak tu, memandai jek grrr

    ZABARIAH md bakri berkata...

    salam... hai... bace cite awk mngingtkn sy mase lahirkan my baby zahra... besar gak la, tp still normal.... Hanya Allah je tau sakitnya n ibu2 y melahirkan baby.... Masyaalh.... indah sungguh bile dpt peluk n cium ank y kt kandung sendiri... walaupun msih trauma ngan keadaan ktika melahirkn tnpa teman di sisi, hubby sy doc tk kasi masuk... sedey... bile duk kat wad pun, seksa tkde sape bantu, suami bley masuk waktu mlawat shj.... hmmm.... pape pnn hepy n mybe next year tambah sorg lagi...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...