Mereka Yang Terbaik..!

9/20/2011

Edisi seafood :Kegemaran si dia..Kam Heong Lala

Susahnya nak menghapdate blog la ni..si kenit tu suka mendengki dan tak bagi dah maknya nak hapdate belog segala..tapi mak nak curik gak masa hapdate belog..
Rasanya minggu ni naiklah paras kolesterol weh..dok hadap sifud jelah sebabnya Jemaat tempohari pi Carrefour ada lak udang murah RM11 sekilo sekarang ni payah weh udang nak dapat harga gitu..kat pasar malam je pun dah RM19 sekilo..mahal weh kalau takat sorang diri nak makan memang la rasa tak mahal tapi bagi orang yang ramai anak takkan nak beli sekor dua ye dak..
So beli la udang tu encik suami suh beli banyak sikit hambik ko sekilo lebih langsung terbeli hihi..biasanya tak pernah beli udang banyak..
lepas tu singgah lak kat pasar tani Putrajaya kat Presint 2 tu..nak cari lala sebab si dia nak sangat makan lala almaklumlah tak puas katanya makan dekat restoran bulan lepas..mungkin sebab cuti umum Hari Malaysia kan peniaga pasar tani tu bagi murah sikit la lauk-pauk deme jual tidak mahal wehhh..
dapatlah menjala lala sekilo,udang lipan dan juga udang galah..kat pasar tani memang ada orang jual udang galah yang boleh dikatakan murah la..sikit mungkin sebab udang galah bela ke apa tak tau laah..tapi rasa dia ok je sedap juga..
Sepatutnya Jumaat malam tu ada jemputan rumah terbuka kena pi tapi sebab sampai umah dah kul 7 lebih memikirkan majlis orang pun dah nak berakhir udahlah jalan jamm segala mau berjam gak atas jalan ditambah hujan lebat lagi maka tak jadi nak pi beraya maknanya mak kena masak!
so lauknya Lala Kam Heong..sejak makan kat restoran Village View lauk tu si dia dok sebut manjang suh masakan masalahnya jarang lak lala tu ada kat pasar kebetulan ada kat pasar tani ..ada la rejeki nak merasa..
Resepi asal dari sini
Ingredients
  • 1 Kg clams
  • 40 gm dried shrimps - washed and chopped
  • 20 gm garlic - chopped
  • 10 gm ginger - chopped
  • 2 bird's eye chillies - cut
  • curry leaves
  • 3 tsp sugar
  • 1 Tbsp dark soya sauce
  • 2 tsp tau cheong/preserved bean paste
  • 2 Tbsp oil for frying
  • Salt to taste
Preparation
  1. Heat up a pot of water and while waiting for it to boil, wash the clams a few times to get rid of dirt.  Drain and set aside.
  2. Blanch the washed clams in the boiling water for a short while, dish out, drain.
  3. Heat up oil in a wok, stir-fry the garlic, ginger, dried shrimps, chillies and curry leaves.
  4. Add in the preserved bean paste and stir-fry till fragrant.
  5. Add in the blanched clams, sugar, dark soya sauce and salt to taste.  Sprinkle in some water if necesary.
  6. Once all the clams have opened up, this dish is ready.
  7. Dish out  onto a plate.
  8. Serve hot with rice or eaten on its own.
**Acik guna kicap soya manis yang biasa je itu pun kicap dah nak abis hihi..kicap pekat ada lupa nak keluarkan lagi pulak belum dibuka..takpe yang penting sedap licin sekilo lala abis malam tu gak..ala lalanya ciput je kulit dia yang lebih kan.
selain lala boleh gak guna sotong,ketam,udang atau ayam pun boleh..setakat ni pernah guna lala dan sotong je.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...