Mereka Yang Terbaik..!

9/29/2011

Raya dah abis..

Semalam merupakan penghujung syawal..maka raya pun kira udah abis tapi kalau nak wat makan-makan open door tak kisah weh bila-bila je boleh kan..takyah tunggu raya laa baru nak berziarah gituu kan..
Raya tahun ni macam tak puas je..mana taknya untuk rekod tahun haram jadah barang sebuah rumah jiran pung acik tak beraya ..adui kejam nya rasa.
bukan tak nak beraya tapi tak tau bila jenjiran acik tu free manjang takde kat rumah kekdahnya..diorang pun tak menjengah kerumah ni lagi..mesti dia tunggu acik panggil dorang datang dulu kan..masalahnya tahun ni tak buat open house..tak buat open house pung dah macam ala-ala mini open house gak weh hahahahaha..
tapi kalau dorang tak datang pun acik dah biasa menapau juadah mengetuk pintu ke rumah gitu..so takdela rasa ralat bebenor ye dak..
nah sebagai penutup syawal..disebabkan tak jumpa juadah ini di sepanjang raya yang lalu maka sendiri bikinlaa walopunnnnn..
warna mungkin tak gemilang seperti masakan uolss tapi rasa insyaallah meletopss gitu..kali ni resepi disumbangkan oleh kak Liza aka chef Hanieliza sila dapatkan buku masakan beliau yang lengkap dengan langkah demi langkah lagi so lebih mudah tuk di ikuti ye dak murah saja bukunya sangat sesuai ok tuk uolls..ok layan resepi dari buku beliau..''Senangnya Memasak AYAM Bersama Chef Hanieliza..''
kali ni acik tepek resepi nya yang di ambil dari blog Kak Ummi.
RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAK LIZA)

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor-optional
  • 1 keping kecil gula kabung -optional
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

3 ulasan:

Shawn Razaleigh berkata...

oih sedap ni.. buat kan utk gua.haha

Cik Puan Nurul berkata...

hahah kalo nak mai umah lah

Pen MErah berkata...

mcm best jer?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...