Mereka Yang Terbaik..!

10/24/2011

Alahai..MasterChef Malaysia..

Baru dua episod setakat ni yang dah ditonton..nak komen lelebih pun rasanya macam terlalu awal tapi nak gak komen..
sebelum tu tayang gambo para peserta duluan
ni masih diperingkat saringan nak kurangkan biar tinggal sampai 24 orang katanya..setakat ni dah 3-4 orang dah kot yang tersingkir.
Komen acik tentang rancangan ini yea..
-Peserta semua nampak amatur daripada pelbagai peringkat umur bermacam rupa dan bentuk..yang cun ada,yang tak berapa cun ada..yang hensem merembes ada..tak kurang juga yang selemuih pun ada tapi memasing semua nampak sopan la takde nak mencarut bagai ke apa semuanya bercakap dengan penuh kesopanan dan kesusilaan memang jauhla beza nak bandingkan dengan MasterChef US huhu


-Peserta semuanya nampak nervous dan kuat berpeluh ketika melakukan cabaran terutama time kena memasak sampai aku terpikir dorang ni rakam rancangan ni kat gudang takde aircond ke..seriyes takleh nengok orang masak sampai berpeluh jeruk bisa mengundang rasa mual pada pangkal leher acik hahaha


-Juri kemain serius takde nak melawak atau bermesraan dengan para peserta eh yela kata tukang masak profesional ko ingat pak lawak apa nak wat lawak dalam rancangan masak-masak ye dak..dan bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia ye yang standard takde campur-campur atau rojak buah ke apa

-Ada drama air mata..ahh macam tak biasa pulak kan biasalah member kena puji menangis,member kena singkir melalak..tak kurang juga cerita-cerita sedih para peserta adoii tolonglah tak perlu semua itu ok ini bukan AF takdenya nak mengundi bagai..cerita sedih tu nantilah bila udah berjaya kang boleh la nak stori ha masa tu pasti orang lebih kagum kan.

-Masakan dah tentulah bercirikan Malaysia dan semestinya halal..so jangan haraplah nak menengok Cik Bab kaler pink di bawa masuk hidup-hidup ala-ala Chef Gordon Ramsay angkut Cik Bab masuk dalam pantri kan hahahaha

-tu jela kot dulu komen den setakat 2 episod ni kan walopun ramai gak orang lain komplen rancangan ni nampak kaku dan tak mampu memberi semangat..masakan kampung la apa la..pada acik ok je tang masakan tu dah tentunya masakan Malaysia yang di ketengahkan motif nak meniru masakan barat segala dah namapun MasteChef Malaysia  kan toksah nak urban sangat la weh yang komplen tu pun makan lauk kampung gak hari-hari hahaha..kat obersi nun lauk kampung yang uolls pandang rendah ni adalah makanan mewah tau bagi para perantau-perantau kekdahnya.Masakan Malaysia tu meliputi semuai jenis termasuk masakan Nyonya dan lelain.

Info : MasterChef Malaysia di tayangkan setiap Sabtu-Rabu jam 9 malam di Channel 104.Sapa-sapa takde asterok boleh nengok kat sini free ja yea..

8 ulasan:

OneSimpleMother berkata...

salam.. mungkin juri pun x biasa keluar TV jadi agak kaku nampak gayanya. lainla chef wan dah biasa sgt dgn kamera lighting segala ni kan. bila juri serius gitu peserta pun tmbh neves. tapi kita tunggu la next3 episod kan. hope ada improvement.. :)

peminat masterchef.

Cik Puan Nurul berkata...

wassalam..haaah betul tu chef wan pun ade komplen kt fanpage dia hahaha
tu la juri jenis serius sangat sebab tahap nebes para peserta tu nampak mcm dah nak tercirit kat situ je huhuhu..
takutnya kita yg tgk ni hahahahahah

♥cikmOt♥ berkata...

eh mak suka dengan komen acik sebab sangat membina even mak tak pernah pun nengok rancangan ni...sebab anak2 konker tibi...sob sob...

Cik Puan Nurul berkata...

cikmot takpe namanya asterok=ulang2 ribu kali so jangan khuatir hahahahahaha boleh nengok hari2 ye dak sementelah dok umh ni

Umie Nadhirah berkata...

masa masta chef je opah tengok cite lain.tak tahu menahu apsal ni.

Unknown berkata...

Salah seorang peserta tu, ezani, adik kepada pcpa Dr. Ezura tau...

Cik Puan Nurul berkata...

umie:huhu ye ke pasnih boleh la tgk

tha:tea saya tau sejak awal lg keh2

Yaati Nor berkata...

ery malik pon ada yek..saya tak penah lagi tgk cite nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...