Mereka Yang Terbaik..!

10/17/2011

Kenapa perempuan suka meroyan..?

 Meroyan adalah sejenis penyakit yang hampir bersangkut paut dengan daya ingatan.Ia boleh mempengaruhi keadaan seseorang sehingga boleh membuatkan hilang kawalan diri.kebiasaannya ia mudah dialami oleh wanita yang baru menjalani proses bersalin.Pada peringkat awal berkemungkinan seseorang itu mengalami masalah ketika diawal bersalin dan berlarutan sehingga tidak dapat dibendung lagi.
Ada sesetengah mengatakan penyakit meroyan ini tidak boleh dirawat kerana ia makan dalam pada seseorang.Pada apa yang kami kaji pula ia boleh dirawat apabila seseorang itu masih mengingati identitinya dan faktor yang menyebabkan keadaan itu terjadi.Ini kerana pesakit itu masih diperingkat awal dan boleh disembuhkan dengan secara teratur dan selagi di izinkan ALLAH
.-Rawatan Alternatif Mahsuri

Pada zaman muka buku ini meroyan bukan lagi sekadar dikaitkan dengan kemurungan yang terjadi pada wanita selepas bersalin..tetapi la ni penggunaan perkataan 'meroyan' tu merujuk kepada sikap orang yang suka hangin satu badan terutama sesuai dengan zaman serba canggih la ni memang orang suka meroyan facebook,twitter tak kurang juga di blog huhuu..dan ianya biasa di kaitkan dengan wanita la tak kurang juga orang laki pun suka meroyan gak apa..yang jenis terlebih hormon estrogen dalam badan la tu hakhakhak..
Kenapa perempuan suka meroyan..?hal ini ada diutarakan di forum-forum oleh golongan lelaki yang rasa meluat katanya membaca status meroyan para wanita..
jom cekidaut..ini hanya pendapat peribadi guwe yeaa..jika tak setujuk jangan hangkat tangan


  1. Bagi yang bekerja biasanya bengang dengan bos yang berat sebelah lebihkan pekerja lain yang kaki kipas..mana taknya dia yang bekerja bertahun-tahun tapi orang lain plak yang naik pangkat dulu..pastu sakit hati hari-hari dengar bos puji member tu bertingkat-tingkat..sampai bernanah telinga mendengar tu yang update kat status memacam dengan harapan mendapat simpati dan komen yang 'membina ' kononnya laaah..
  2. Rasa sakit hati dengan kenkawan sekerja yang lebih berkemampuan daripada dia..nampak member ni pakai handbag Coach pi kerja kang mulalah update status..''eleh..kat UK nun salesgirl je yang pakai bag Coach ni hahhahahaa..takpun setakat hutang keliling pinggang toksah la nak menayang sesangat tah-tah nak beli bag tu pun sampai wat loan bagai''..hahahahaaa nampak benor mendengki ye dak kihkihkih..
  3. Bengang pepagi nak pi kije udah la pepagi anak-anak mengamuk kemain payah nak mandi pagi,lepas tu jalan plak jamm..kendian kang sampai lewat pi opis sebab bergaduh dengan pemandu sengal yang lain kat atas jalan raya..member hentam belakang kereta..punyala hamun siaplah abislah no flat kereta orang dia update kat status facebook..betui dak,selalu terbaca kan..kan
  4. Sudah la penat sesangat balik kerja pastu sorang diri je balik umah kemas umah,buat kije segala sementara org lain tahanla balik umah terus pegang remote tb buka tb terbaring terus..takpun masuk umah terus pi bilik air langsung tak peduli nak kemas umah ke.. simpan barang ke apa..ni kes kalo balik dari keja ataupun pi soping beli barang dapo ke apa..lumrah orang pompuan balik umah mesti nak sette kan anak-anak dulu ataupun kemas umah dulu ye dak..
  5. Seorang diri je buat kerja umah segala dari memasak sampai la menguruskan anak..yang si suami takdenya nak membantu apa membatukan diri adelaha..apa salahnya tolong sapu sampah ke,potong bawang ke takpun uruskan anak-anak ini tidak tahu memberi arahan pastu bajet diri tu macam raja tahu-tahu buka tudung saji semua makanan terhidang dan umah pun bersih haishhhh..mana la bini tu tak meroyan.
  6. Letih melayan kerenah anak-anak yang super duper nakal langsung tak kasi can mamanya berehat barang seminit dua..bapaknya pulak asal anak menangis,merengek takdenya dia nak tolong pujuk ke apa..bini tengah mandi baru nak relaks tenangkan diri bapak dah terjerit-jerit panggil sebab anak mengamuk...dah tu anak-anak lak kerja nya menyepah umah,kang kalau tak kemas ada lak kenkawan datang umah menyindir bagai tahu-tahu rasa sentap bila ade member bising-bising kat facebook takpun kat blog umah orang tu sepah lah..bilik air berlendir la apalah..yang member pun satu kejiss sungguh dok cerita perihal umah orang kat facebook bagai tu apahal..
  7. Tidak mendapat apa yang dihajati sekian lama..nak menyogo bajet tak cukup dah tu menambahkan lagi sakit di hati bila ada plak member yang jenis suka show off kat fesbuk duk update status dapat hadiah sepesel daripada laki..hadiah tu lak yang memang di idamkan sekian lama sudah di hint kat suami haramjadah nak faham atau bagi seperais ke apa..laki lak wat donno je langsung tak nak mengerti isi hati bini..sementelah pompuan ni selalu berharap lelaki dapat membaca dan meneka apa yang ada dalam fikiran mereka..masalahnya lelaki memang takde telepati boleh nak baca atau ramalkan apa yang si bini mahu..ha naseblah muncung la sana sini..meroyan tak sudah-sudah.
  8. Kalau yang belum kahwin tengah dok asyik masyuk bercinta lak..bengang sebab si pakwe tak romantik macam pakwe orang tu..tak ingat hari-hari penting lah. jarang call la..hamboi bila bengang semua ko hambur yea tapi bila sayang kemain ayat jiwang tak hengat hahahahaha
  9. Ada juga spesis suka meroyan di sebabkan isu-isu semasa tak pun jenis yang memang bajet diri tu maksum  sesangat suka komplen pasal orang je..sampai kan dia nampak anak jiran sebelah umah perangai tak semenggah pun dia nak update kat status pastu ngajak orang lain sama-sama kutuk mengutuk dah tu kau yang bercerita aib orang sampai seantero dunia tahu tu cengganer lak..kesahnyaa..baik sangat lah.kot ye pun diri tu dah ghupa setazah pilihan sekalipun kalau nak menegur orang pi la tegur secara berdepan dan dengan cara berhemah gitu..ingat anda selalu komplen sana sini...orang akan ingat anda baik ke sebaliknya orang menyampah tau tak..hahahahah tengok aku pun dah emo tapi memang sangat stress sebetulnya baca status depa kaki komplen ni..grrrr
  10. Konklusinya..mereka-mereka yang suka meroyan di laman sosial ni tak kira la pompuan ke lelaki ke memang jenis yang attention seeker atau dengan kata lain ade sindrom kurang perhatian..udah takde teman nak meluahkannya,ada pakwe selalu bizi ada suami keluar sesubuh hari balik umah dah memalam..ada kawan jenis tak prihatin takmo pinjamkan telinga barang seminit dua..dah takde tempat nak bercerita luahkan isi hati maka laman sosial la jadi medium utama untuk meroyan..
Kata CPN :Maka dek stress dengan kemeroyanan para fesbukian maka jaranglah sudah aku merempits di laman sosial itu..sebelum bertambah tensen baik kurangkan aktiviti di sana melainkan kalau ada yang menegur dan hal-hal penting saja..koser nak layan orang yang suka meroyan apatah lagi jenis yang suka show off manjang..

2 ulasan:

Nazz@Purple berkata...

sebulan sekali mesti meroyan kan..sindrom PMS

Cik Puan Nurul berkata...

hahahha sebaiknya bila dtg PMS sila jauhi laman2 sosial ni..silap taip padah jadinya maklumlah org yg marah2 ni xterkawal bila nak menaip..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...