Mereka Yang Terbaik..!

11/22/2011

Misteri mokcik tukang jahit baju akhirnya terjawab..

Ini adalah kisah benar dan seram sikit-sikit..
Sebulan sebelum Ramadhan  aku hantar 2 pasang kain satu yang MIL bagi satu lagi beli ngan bespren..
kata mokcik tu(dia bahasakan dirinya akak) kalo kurung biasa dia leh buat tuk raya kalo lelain pesyen sila tunggu lepas raya nanti baru siap..

Aku nak yang berpesyen gak maka..hanya sepasang je buat baju kurung biasa sepasang lagi buat kurung moden..
maka siaplah hat sepasang baju kurung biasa tu beberapa hari sebelum raya..dan mokcik tailor janji nanti lepas raya siaplah baju hat sepasang lagi boleh pakai pi open house kan..katanya lahh
seminggu lepas cuti raya aku cuba call mokcik tailor ..haram j sungguh..
nombor yang dia bagi dah takleh pakai..puas puluh kali call still tak boleh..
aku pi kedai dia tutup..ok sabar lagi
kendian 1-2 minggu pi lagi tutup..
minggu depannya pi lagi tutup..
tetiap minggu pi tutup..hari biasa,hujung minggu pagi petang manjang tutup
sebulan berlalu setiap kali lalu pi kedai jahit dia tutup manjang..
aku dah mula fenin..
tanya kedai-kedai yang berjiranan ngan dia cakap tak tahu..

Ahhh sudah bertambah tensen dibuatnya..kalo memang dia ada masalah tak dapat siapkan baju ke apa..
aku redha maka aku mau ambil semula kain tu pi hantar kat kedai lain ini tak tahu apa cerita..
lama-lama sampai raya haji pun still tak dapat nak ambil baju setiap kalo pegi kedai tutup manjang..
walo ade yang cadangkan aku bako je kedai mokcik tu tapi bukan takmo bako tapi aku takut main api(alasang)

setelah hati ni dah rasa tawar menyerah pada nasib terimalah kenyataan memang takdop rejeki gamaknya :(
tup-tup sabtu baru ni tetiba rasa nak pi kedai akak tu pegi dalam kul 3pm gitu..
memang tak berharap apapun..
hah..memang rejeki kedai mokcik tu buka..cecepat aku pi masuk kedai dia..
siap la ko mokcik rasain laharan berapi aku nak 'basuh' cukup-cukup ni..
sekali mokcik tu sengih-sengih kamben tengok aku..
''nak ambik baju ke..''
''haah..saya hantar sejak sebelum puasa tu akak ingat lagi kan..saya pi kedai akak banyak kali tapi tak buka pun..call akak tak dapat ..blablabla..''aku membebel tak berenti.
pastu dia suruh aku tengok-tengok baju yang bergantungan kot-kot ada baju aku kat situ..sekali puas dok belek-belek non hado..
''maaflah nombor yang awak call tu akak dah tak guna sebab handphone akak hilang..akak tukar nombor baru dah..jap akak cek order awak yea...akak memang jarang bukak kedai kadang-kadang je ada'' sambil belek-belek buku tempahan.
''ala tak jahit lagi la..ala siannya dah lama lak tu..akak tunggu awak call takde pun call tu yang akak tak jahit-jahit tu ingat awak taknak ke apa..''

Untuk pengetahuan semua,akak tu ada jahit nombor telefon dia pada label kat baju kurung biasa yang dia ada sempat siapkan tuk aku masa raya tu..nombor tu yang dah takleh pakai dah lama pun dia tak guna nombor tu tapi kenapa tampal gak kat baju.pastu aku punya nombor telefon memang ada pada akak tu kenapa dia bengap sangat tak reti-reti call aku tanya..
alasan dia langsung takleh diterima ade ke pulak nak tunggu aku call dulu baru nak jahit,patutnya dia jahit jela baju tu takyah nak tunggu aku call ke apa lagi pun dah cakap nak selepas raya dia jugak cakap nanti dia call kalau dah siap..

Aku dah panas hati tapi masih boleh bersabar kebetulan ada orang masuk dalam kedai.Lagi bertambah panas bila dia baru dok selongkar mencari kain tu entah mana letak.
''abis tu cemana yea..awak nak pakai bila baju ni?''
''err hujung minggu ni saya nak pakai nak pi kenduri kazen kawen..''serius menyesal tak cakap esok nak pakai  bior dia gelabah puyuh tak tido malam,tapi fikir balik kang tak lawo plak jahitannya sebab kelam kabut menjahit.
Dia cakap akan siapkan baju tu sebelum weekend ni kita tengok dia siapkan ke tidak..kalo selebet tak lawo aci dak aku takmo bayor lagipun kalo ikutkan dia yang salah tak tahu nak jaga kepercayaan yang pelanggan bagi so sebagai ganti rugi masa aku yang kempunan nak pakai baju tu haruslah dia tak kena kan sebarang charge..
maka aku pangkah kedai akak tu..koser dah nak hantar baju padahal dari bujang dulu lagi aku penah hantar kat dia..

NOTA : Aku bersedia nak pi kelas menjahit pakaian..seriuss yang amat ni!

5 ulasan:

✿....rossa alina....✿ berkata...

woahhh kalo saye pn saye mengamok..boleh plak xjahit padahal dah lame dtg kan??isy3..

*Miss Geli^ berkata...

ok, ko pegi kelas menjahit, lepas ni aku antar jahit kat mung pulok..

tailor aku jauh sangat la nun di pekan nun

.::Lynn::. berkata...

aku pun nak antak kat ko jugak... susah betul cari tukang jahit....

.::Lynn::. berkata...

aku pun nak antak kat ko jugak... susah betul cari tukang jahit....

Cik Puan Nurul berkata...

hahahhaa..malam td bleh plak akak tu call tnya nak kain bentuk cemana..siot tol la reti lak nak nelepon aku..
hurm lambat lg la kalo aku nak amik upah baju pung..hahahhaha takut tak jd baju jadi sarung guni plak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...