Mereka Yang Terbaik..!

11/24/2011

Edisi Hantu Lemon: Grilled Chicken Chop with Lemon Sauce

Minggu lepas abam roommate demam seminggu senin dan selasa kelmarin dia MC..
semalam acik pulok rasa tak sihat..adeh janganlah demam..
banyak program perlu di hadiri coti-coti sekolah ni..
serupa la aku ni orang penting sesangat ye dop..
maka disebabkan tak berapa nak sihat..lidah rasa tawar tekak rasa perit tapi nafsu nak melantak tetap membuak-buak..haram j sungguh orang lain demam..melepek tak lalu makan..
kalau kecik-kecik dulu demam mesti tak lalu nak makan pastu asik muntah-muntah..
mak cakap banyak cacing dalam perut hahhaha
malam tadi aku masak ini..abam roommate request masa dia demam itu hari lagi tapi malam tadi baru ku realisasikan permintaan beliau itu huhuhu
mulanya nak wat sos blackpepper tapi lada hitam tak banyak pastu cendawan butang yang segar lupa nak beli padahal dah nampak dah kat Giant masa beli buah lemon.Aku beli banyak buah lemon verangan nak buat pai lemon meringue lama dah teringin nak makan tup-tup pinggan pai yang aku ada rupanya takleh masuk oven ciss berdebah sungguh..maka guna lah wat sos lemon untuk chicken chop ni..
aku memang feberet ngan grilled chicken chop tak suka yang digoreng ngan serbuk roti..
gigih tau debone tulang peha ayam ni..sebab pisau den tak berapa nak tajam tu yang agak leceh kalo tajam laju je zappp..siap..
moh layan resepi..aku main hentam ikut apa bahan ada kat umah janji sedap..

 Bahan-bahan untuk perapan ayam(aku perap 3-4 jam sebelum masak)

3 ketul paha ayam asingkan tulangnya atau dipanggil debone. 
1-2 ulas bawang putih yang ditumbuk pecah
1 sudu kecil lada hitam tumbuk pecah
1sudu kecil gula perang
sedikit kicap soya
sedikit garam/stok ayam.
-perap ayam dengan bahan-bahan di atas beberapa jam.kemudian panaskan mentega atau sedikit minyak atas kuali non stick atau grill pan untuk membakar ayam.balik-balikkan sehingga ayam masak.kalau malas boleh bakar guna oven,tapi aku rajin hehe dan lebih suka grill atas kuali kalau nak panggang ayam seekor baru masuk oven huhu.

Bahan-bahan untuk sos lemon:
1/2 cawan jus lemon
sisa perapan ayam
sedikit garam(jika perlu)
sedikit gula
satu sudu mentega
1-2 sudu besar sunquick oren/perahan oren
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.


-Panaskan lebihan air perapan ayam tadi dengan semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung di dalam periuk atau saucepan.Agak-agak mendidih masukkan bancuhan tepung jagung.Kacau sampai nampak agak pekat.
 
Untuk hiasan dan hidangan sampingan
-spaghetti aglio olio(tumis bawang putih,cili padi dan minyak zaitun masukkan pasta yg dah direbus perasakan garam dan taburkan parsley kering.
-sayur seperti lobak merah,bunga kobis dan brokoli di kukus seketika kemudian gaul dgn mentega
-nak lebih boleh buat kentang lecek tapi kentang takde semalam tak buat la ni pun dah cukup kenyang.
Tengah hari semalam buat yang ini untuk Qaseh..

 lebih kurang sama cuma guna dada ayam yang diperap dengan jus lemon dan lada hitam..Qaseh ni suka makan mee maggi goreng tapi saja tukar aku buat mi maggi aglio olio buh udang untuk dia(idea Zamir Masterchef Malaysia,walo tak suka dia tapi kenan ngan idea ni hehe)
Budak kecik tu suka sangat makan terutama ayam tu..asik dok cakap ..shedappp..shedappp..
biasa dia tak suka makan dada ayam tapi masak camni dia makan sungguh-sungguh..
Siap jilat jari lagi hihi..boleh la mencuba buat tuk anak-anak yang cerewet makan.

3 ulasan:

*Miss Geli^ berkata...

gula perang tu gula merah tu ke?

Cik Puan Nurul berkata...

nowa,
gula perang tu yg org makan ngan putu mayam tu yang halus..

Daddylicious berkata...

makan reti la...nak buat lambat nampaknya...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...