Mereka Yang Terbaik..!

12/06/2011

Lagi tentang Ombak Rindu..cantik vs jelik

Jangan muntah hijau menengok tajuk entri..aku tengah demam ni..demam Ombak Rindu kekdahnya..apapun tahniah pada produksi Ombak Rindu sebab berjaya mengutip RM4 juta dalam masa 4 hari tayangan sana sini orang duk sebut pasal filem ni dan akui mesti ramai la pengarah filem lain pun merancang nak buat filem adaptasi novel gak lepas ni huhu.

panggung full manjang sampai ramai tak dapat tiket nak tengok baguslah satu perkembangan yang baik untuk industri perfileman tempatan..bukan mudah penonton nak pi berpusu-pusu layan filem tempatan kan lagi-lagi kalau untuk filem berat kategori genre drama dan cinta gini..cukup-cukuplah dominasi filem-filem mat rempit dan hantu mengarut naik muak aku.

semalam tak sempat nak cerita tentang kelebihan dan kekurangan filem ni sempat review lebih kurang je kan so hari ni nak cerita lagi tak kisah la kalau ade yang boring nak baca ke apa(semalam ada orang sound aku tak sudah2 ngan ombak rindu)..tapi lantaklah suka hati la orang nak cakap apa..aku bukan ganggu hidup dorang pun kan huhu.

  • Hampir semua lokasi yang menjadi latar belakang filem ni sangat-sangat la cantik,sawah padi nan indah terbentang,pemandangan Pulau Langkawi dan juga Cameron Highland memang menakjubkan.
  • Semua adegan membabitkan watak utama Hariz dan Izzah begitu menarik perhatian..Maya Karin bawa wataknya dengan begitu baik sekali walaupun pada awalnya tak nampak macam keserasian je kan bila dapat tahu dia pegang watak tu tapi setelah menonton filem ni aku suka..nak nak mata Maya ni jenis yang berkata-kata maksud aku cukup dengan dia memandang kita dah tahu apa yang di maksudkannya.
  • Lisa Surihani juga tidak mengecewakan dengan mekap dia yang garang dan bila dia menjerit sana sini menampakkan lagi dia ni memang saiko la hahaha..kita akan jadi menyampah dan kesian pada dia dalam waktu yang sama.
  • Azizah Mahzan sebagai Datuk Sufiah kelihatan menggedik sedikit kalau ikutkan watak Datuk Sufiah ni seorang yang sangat tegas ala-ala iron woman gitu huhu.Watak sampingan lain yang menjadi kekuatan dalam filem ni ialah Zaidi Omar sebagai Pak Dollah,Normah Damanhuri sebagai isterinya dan Bront Palare membawakan watak Mail begitu bersahaja.
  • Ketika adegan Izzah dan Hariz berdua-duaan di tepi pantai waktu tu Hariz nak bagitau dia akan berkahwin dengan Mila..mood terganggu sebab tetiba ada pompuan pakai baju merah lalu kat belakang huhu.
 menakjubkan..sangat cantik hokay..sapa yang tak teringin menikmati suasana indah begini..rasa nak pi langkawi sekarang jugak hahahaha..
adegan yang menarik,bila Izzah menyembunyikan diri ketakutan pada Hariz waktu inilah Hariz meluahkan perasaan sebenar dia yang telah pun jatuh cinta pada Izzah
ayat power :Biarkan abang menjadi pelindung kepada Izzah untuk selama-lamanya ha gitu la lebih kurang.
adegan yang tak terlihat dalam filem mungkin di sunting untuk memendekkan masa tayangan gamaknya tapi aku rasa ni adegan yang penting rasanya ni adegan setelah Hariz mengetahui tentang ibu bapa kandungnya jadi Pak Dollah bawa Hariz untuk jumpa isterinya yang selama ni Hariz anggap sekadar isteri pemandunya sahaja.
Ada kecacatan pada adegan ni yang sepatutnya tak terganggu dek kecacatan itu..ini adalah adegan Hariz datang ke kampung Izzah tuk meminta maaf dan memujuk dia kembali.Masa yang sama gak Mila pun datang untuk bertemu Izzah dan ingin meminta cerai daripada Hariz..yang tak bestnya masa Mila dan Izzah ni bercakap di pangkin kat sawah padi jelas kelihatan pada belakang Izzah sebab baju kurung yang dipakai ni agak jarang ada microphone atau walkie-talkie camtu la lebih kurang sesuatu yang berwarna hitam yang dilekatkan kat belakang badan dia..haha kantoi kat situ patutnya dorang kena lebih peka dengan perkara sebegini.
adegan ni memang menyedihkan sewaktu Izzah dihalau keluar dari rumah yang tak logiknya dia tak sempat nak salin pakaian yang lebih elok..pakai kain batik nak jalan memalam buta dengan hujan lebat kat luar umah.

Apapun walau ade serba sedikit kecacatan yang terlepas pandang filem ni tetap menarik tambahan plak dengan lagu-lagu yang begitu menyentuh perasaan yang mengiringi sepanjang filem ni..
kredit pada Fauziah Ashari penulis asal novel Ombak Rindu yang mewujudkan jalan cerita yang menyentuh perasaan ni.
selain lagu tema Ombak Rindu yang hari-hari dok berkumandang kat tv dan radio..aku sangat tersentuh dengan lagu ini..nyanyian Hafiz



dan lebih meruntun hati bila dengar lagu ni..nyanyian Adira


Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia..

7 ulasan:

Ahkak Geli berkata...

part merembes taknak review ke? semalam ko review kat pm fb aku pun aku hampir merembes tau

Cik Puan Nurul berkata...

aku dah rembes eh review kat entry sblm ni

Cho Zila berkata...

ala bestnyer dah terasa2 nak gi ni.. semua orang kata best.. tuler pasal harap filemni berjaya sebab bosan sangat asyik cerita hantu, gengstar dan mat rempitjer ... kasi chance nak jiwang22...

Cik Puan Nurul berkata...

cho zila
kan..bosan ngn cite antu xde pekdah ni kan

AcuRose berkata...

Amboih.. terbaik punya ulasan. ada bakat jadi wartawan hiburan nih. siap mic selit kat baju pun bole trace..hehe

Mcm best je, teringin nak tgk. Tapi org ckp ada part tak sesuai utk kanak2 tgk, terus cancel. cik kakak berdua kat umah tu sure nak ngikut je kalu gi cinema. tunggu dvd kuar je la.. tpi kalau dpt tgk kat wayang lagi happening kan..kan..hurmm.

uncle gedek berkata...

ramai nya orang review cita ni...

ni yg geram ni...

Cik Puan Nurul berkata...

acu:
huhu pi la tgk kat panggung tentunya lagi best..pi time kerja la kot anak xikut huhuhu

ankel gedek:
ha apa lagi geram2 pi ajak binik berdua2an nonton

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...