Mereka Yang Terbaik..!

12/21/2011

Sakit yang di deritai tanpa di sedari ianya sebenarnya..

Masih belum sihat sepenuhnya..masih rasa lemah dan kurang bermaya..itulah bila tidak selalu sakit(sebetulnya sakit jugak tapi buat tak tahu teruskan je hidup)sekali kena terus melepek..memang jarang melihat CPN melepek terbaring berselimut di siang hari..ye itu bukan lah diri ni malah masa sihat juga aku tak pernah baring dan tido pada siang hari..pukul 12 malam ke atas baru aku masuk tido..
aku dah jumpa doktor tu pun asalnya macam malas nak pi tapi sebab dah tak tahan sangat..muka rasa macam kena tumbuk,mata rasa bagai nak terkeluar..susah nak bercakap mahupun nak bernafas maka aku gagahkan juga tubuh mungil ni ke klinik.
bila jumpa doktor aku bagitau la apa yang aku alami doktor bagitau..''itu sinus..''haa jadahnya sinus tu sebenarnya aku tau apa itu sinus atau istilah lainnya orang kita panggil resdung.
aku agak terkejut mengenangkan yang selama ni aku tak tahu pulak aku kena resdung..sebab sejak ada anak aku jarang kena selesema dan batuk yang berpanjangan seperti ini.Malahan aku boleh makan makanan laut seperti biasa itu yang rasa terkejut tu.
resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Gejala
* Hidung tersumbat- ni aku sedang alaminya seksa mak nokss susahnya nak minum air,bernafas dan bercakap

* Lendir daripada hidung dan tekak-kekuningan dan berdarah lagi.

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata-sebelah kiri muka sampai ke gigi terasa sakitnya

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas-sudah tentu

* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.


makluman lanjut boleh la kalian google kalau nak tahu beza selesema biasa atau sebab resdung. Sejak semalam rasa loya dan mual sepanjang hari gamaknya kesan ubat kot  semua ubat dalam bentuk tablet ..jangan pikir aku sedang mengandung plak sebab sebelum doktor nak bagi ubat beria-ria benar dia nak scan perut aku dulu katanya takut termengandung nanti bahaya plak..so maybe ubat yang dia bagi ni kuat gamaknya kesan dia.sakit kat muka dah kurang cuma masih sakit bila tunduk kat dahi..
cuma tak tak tahan la dengan batuk koh koh tak berhenti sampai terkucil segala..dan paling hazab hidung yang tersumbat ni..susah bila nak bernafas ikut mulut ni..tido malam-malam kene nganga je mulut so tekak jadi kering dan perit.mata ni plak selalu berpinar-pinar bila tidur malam susah nak bukak mata,sebab mata ni berselaput tahik mata macam orang sakit mata pelik betul..

5 ulasan:

Hayatie berkata...

Once kalau dah kena resdung boleh baik ker? Cer try set2 herba resdung yang dok asap2kan kat hidung tu. Mana tahu lagi cepat kesanya. Kadang2 badan kita ni dah 'imun' dgn ubat2 steroid ni.

najwa's berkata...

get well soon sis. :)

✿....rossa alina....✿ berkata...

akak opis saya pun kene sinus gak..tiap² hari dia bersin..cian dia..papepun,jaga makan k.. :)

Cik Puan Nurul berkata...

THA,
entahlah..rasanya org kene resdung bertahun2 kan biasa sejak kecik dah tahu mmg ade resdung..tp aku ni baru je tahu kena tu yang pelik juga
tu lah bolehla kot dicuba tp takut gak kalo jdi lain tetiba teringat kes gadis vietnam tetiba jd kedut meledut sbb salah makan ubat ngeee

najwa.
thanks dear,..:)

Cik Puan Nurul berkata...

rossa lina,
oo tu la biasanya kita leh nampak dia sakit hari2 kan..kdg ade yg muka dia jenis jerawat xmo hilangla,jerawat kt belakang la ni tetiba dah tua gini doktor ckp kene resdung huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...