Mereka Yang Terbaik..!

12/27/2011

Siapa tak sayang laki weh..bacaan untuk hakak-hakak kertu sahaja..hadek-hadek hingusan jeling-jeling ditepian mandi hokay..

Syukur ke hadrat Ilahi..masih diberi peluang nak menghirup udara segar maklumlah 2-3 minggu kebelakangan ini kesihatan merudum je weh..seksanya rasa melalui hari-hari yang berlalu.sekarang ni pun tak berhenti-henti batuk semput ni,hilang batuk kahak berdarah batuk semput lak menyusul bila malam menjelma makin menjadi-jadi batuknya.,cuaca sejuk,aircond dalam kereta,dok bawah kipas semua tak boleh koh..koh tak berhenti..sapa-sapa ade petua meh share meh..tak terdaya lagi menahan seksa tau..

hambik ko..kemain mukadimah panjang lebor padahal nak cerita pasal menda lain kan..maklumlah bila jatuh sakit,muka pucat kusam..rambut pun serabai..aternya dah nama sakit motips nak bergaya bling bling plak kan dah tentunya nampak selebet je..so perasaan pun jadi lebih sensitip..emo tu melebih-lebih kata orang..

mula la rasa diri ini tak berharga..abislah kalau dah sakit-sakit gini mula lah rasa curiga abisla..bila lemah gini nak melayan laki pun takde kederat cengganer la kalo laki terpandang yang lebih hot n spicy kat luor sana..berderet anok dara desperet rela di jeling manja oleh laki orang..ini tak bley jadi hal ni sangat murbahaya uolss..

maklumlah kita ni manusia biasa manakan bisa mengatasi kehendak takdir apatah lagi nak mengawal semua hal di sekeliling kita..rasa risau cemburu buta harus la ade uolss..perasaan terancam tu sememangnya akan ada kan lebih-lebih lagi bila terasa diri ini tidak mengancam seperti dolu-dolu gituu..
apa guna mak-mak kita dok membebel suruh hiaskan diri tu..makan lah segala jamu-jamu apa yang patut..kalo perlu berpantang haruslah jangan di bangkang...masalah orang jaman ini pantang nampak..semua nak dibahamnya..ha ko tengok aku ni sejak kena batuk-batuk semput baru nak tobat takmo dah minum ayo batu..selamat tinggal semua..babai aiskrim magnum coklat segala..

aku ingat sejak zaman remaja lagi selalu dengar mak aku pesan..orang pompuan masa anak dara dan mengandung boleh la nak hentam semua pun bila dah bersalin sampai bila-bila elakkan terus amik yang sejuk-sejuk,yang berais segala nanti bila miss V dah berair-air berbaur hamis baru tau laki cari lain..serius aku lemau bab tu jadah apalah kaitan ngan berair busuk segala ni kan..tapi itulah kenyataan nya memang kena amik tau..
kesihatan dalaman tu kan penting..bila dah beranak pinak baru ko tau..ha baru terkesima..baru terhegeh-hegeh nak cari ubat itu ini nak mantopkan segala kikikiki...

tapi aku takdalah sampai tahap berbaur hamis segala tu tapi sebelum kena haruslah mencegah dulu ye dop..hadiah yang paling kita takmo daripada encik suami adalah isteri baru betul dop..memang ade yang cakap aler tak kisah lah andai itu membahagiakan kan dia aku pasrah sajok kalo dia nak berkahwin lagi..eceh pasrah konon citt porah..  biasanya yang belum kahwin memang akan cakap cemtu..cinta mati konon kan bila ko dah kahwin dah berdepan dengan realiti baru tau langit tinggi rendah..nampak ade pompuan tegur suami kat pesbuk ko dah meroyan  menangis siang malam hahahahaha..belum nak terbayangkan malam-malam tidor sensorang sendirian sementelah laki kita sedang beronok-ronok dengan bini baru..hah mampuuuu..hazab tauuu..

ni kalo cakap cenggini dengan orang lelaki dia katanya kita ni menolak poligami pastu dan-dan nak kata kita ni tak tau agama la apala caitt..penat aku dok 'berbalah' pasal ni kat porem.padahalnya poligami tu bukannya dicipta untuk menganiaya wanita dan mestilah atas-atas sebab-sebab yang sangat munasabah kan dan ada syarat yang tertentu bukannya semudah ABC sikit-skit alasan nafsu..tapi kalo semata-mata kerana seorang suami tak mampu nak terima keadaan bini dia seadanya maka kerna sudah terpaut pada lebih muda bergetah sangatlah sukar bagi seorang isteri tu nak menerima alasan untuk berpoligami tu kan lagi-lagi lak kalau si suami tu bukan berkemampuan sangat sama ada  dari segi zahir dan batin..

makanya uolss terimalah hakikat kita orang pompuan ni kenelah juga perbaiki diri muhasabah diri  bila terasa seolah-olah kedudukan kita tu cam terancam je kalau nak salahkan suami je 100% pun taraa guna perlu juga lihat diri sendiri mungkin selama ni kita lupa bila laki cakap takpa..cantik ok je..takpe habang terima seadanya..maka seadanya la juga penampilan kita..takmo-takmo jangan gitu..selagi mampu nak melawa buat lah sehabis baik bior suami yang rasa terancam,terasa berat selalu melepaskan kita kemana-mana,rasa rindu selalu jangan kita yang rasa lagu tu hazaaaaabb uolss..pastu jangan lupa setakat lawo kat muka tapi leher berkerak ingat dalaman tu yang paling penting selain hati tu kena bersih selalu nun bahgian terpenting wanita bermula daripada miss V sampai la seterusnya tu kena lah di servis selalu..pastikan ia kelihatan menawan,wangi dan mantop selalu..ade orang cakap biar nampak 'pink' ayokkk pitam mak..cengganer tu aternya tak pernah mak membelek akan warnanya hahahahahahahahahahaha.

motips aku dok sibuk cerita hal ni sebab nak ingat diri sendiri gak kan..tahukah kalian pentingnya penjagaan dalaman untuk kebahagiaan kita sebagai wanita mungkin hari ni uolss bely cakap alah aku tak makan ubat pun,tak pantang pun ok je mantop je laki suka je..sungguh ke?hari ni maybe ok esok-esok siapa tau..jangan memandang sepi permintaan suami bila dia mahu kita kelihatan begitu begini..lumrah lelaki suka melihat sesuatu yang cantik..tapi janganlah bila buat sesuatu tu sampai memakan diri nak makan jamu ke apa pilihlah yang terbaik dan sesuai dengan diri kita..yang penting kita pun rasa selesa dan gembira bukannya kerna memaksa diri..paling penting selalulah berdoa dan berserah pada yang di Atas sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang tersirat di hati kita kan.sebenarnya aku sedang sibuk dok ushar tentang satu produk penjagaan wanita ni,nampak sangat menarik maklumlah aku ni sangat takut nak cuba sebarangan supplemen untuk kesihatan dalaman takut beri kesan pada organ dalaman yang lain dan yang penting sesuai tuk ibu menyusu kan..ingat ibu yang menyusu tak boleh hentam sebarangan ubat-ubatan herba ke apa bimbang sesetengah herba ni menyahtoksinkan toksik tu melalui susu ibu..bahaya uolss tuk bayi.

p/s :mekasih kat member ni sebab kenalkan aku ngan produk rahsia wanita itu..sangat teruja baca testimonial depa tu tapi belum habis sejambak bunga aku cabut kelopak sama ada nak cuba ke tidak..lagi-lagi lom dapat green light daripada si dia hahahhaha

2 ulasan:

Ieda Al-Habsyi berkata...

betoi2 tu, aku bebangun pagi, tgk ceremin, pastikan diri bersih wangi bagai, otak tu dok ligat pk jgn laki cari hot n spicy kat luar denunnnn :)

Cik Puan Nurul berkata...

itulah kadang2 suami tak bgtau takut kita amik ati kang merajuk berminggu2 pulok maka kita lah kena pandai2 sendiri sentiasa lah kemaskan diri buat apa yg perlu..jgn krn suami sntiasa kata ok kita pun buat xreti..itu bahaya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...