Mereka Yang Terbaik..!

12/28/2011

Ujian Cipta Rasa

Akhir-akhir buah hati pengarang jantung satu-satunya yang pernah keluar dari tubuh badan ini..cik Q agak cerewet nak makan..kalo nasik payahnya dia nak sentuh..paling dia suka makan pun lauk telur tapi takkan eberidei lauk telur kan tak seimbang la plak..tu pun kene kreatif kene try memacam resepi masakan telur.
Tetapi agak merisaukan sekarang ni..dia dah mula kurang makan maybe tak berapa sihat kan..batuk-batuk tekak pun tak sedap nak menelan..nasi memang dia dah macam tak suka kalau makan pun nasik goreng..
kalau anak cerewet makan kita bagi dia masa jangan paksa-paksa nanti lagi dia takmo langsung..
kelmarin abam roommate beria suh beli keledek katanya binik dia tu tak pernah nak masak keledek..ha yela den pun ikut jelah kan..tapi tak buat keledek goreng pun mahupun kuih gelang ke apa..jeng..jeng kene kreatip sikit memandangkan anak kurang selera kena la tawan selera makan beliau kan
aku tak tau nak bagi apa nama masakan ni..hehehhe nak bagi anak yang makan beria-ria tapi bapaknya yang bertambah-tambah makan hahhahahaha..anak cuma  makan jejari keledek tu je..haishhh anakku janganlah berterusan tak berselera gini..
meh nak kongsi resepi ngan uolss kot boleh masak tuk anak-anak kat umah kan..

Dada Ayam dengan Labu berkrim serta Jejari Keledek

Bahan-bahan untuk ayam
-2 keping dada ayam,potong nipis dan kecil
-1/2 biji lemon
**perapkan seketika ayam dengan jus perahan lemon.kemudian perasakan dengan sedikit serbuk kari/perencah maggi untuk dapatkan warna dan rasa yang lebih menarik.panaskan kuali leper dan sapukan sedikit mentega.grill ayam sehingga masak.

Bahan-bahan tuk labu berkrim
-1/2 biji labu kuning
-1/2 biji bawang besar(kuning)-dicincang
-air rebusan ayam/stok ayam
-herba oregano/thyme
-1-2 sudu krim masakan/susu segar
-sedikit garam jika perlu
-sedikit mentega untuk menumis
-minyak zaitun/minyak sayuran untuk menumis
**potong labu dan rebus sampai empuk.kemudian lenyekkan atau blend sehingga menjadi lebih halus dan gebu kelihatan seperti puri.panaskan minyak dan mentega sampai berbuih kemudian masukkan bawang yang dicincang.tumis sampai naik bau masukkan labu yang dikisar tadi kacau rata masukkan sedikit air rebusan ayam atau serbuk pati ayam.masukkan krim masakan(jika ada) atau pun susu segar.kacau selalu jangan lupa masukkan herba oregano/thyme dan garam jika perlu.jika mahu kelihatan cair seperti sup lebihkan air.

Bahan-bahan untuk jejari keledek goreng
-sebiji keledek saiz sederhana,dipotong memanjang seperti jejari
-1-2 ulas bawang putih-ditumbuk
-sedikit garam
-serbuk jintan putih/jintan manis
**gaulkan semua bahan dan biarkan seketika..kemudian goreng dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing elok.

untuk hiasan celur asparagus dalam air panas.
**labu bagus untuk meningkatkan selera makan,kaya dengan vitamin D dan A.resepi labu berkrim ni lebih kurang je dengan sup labu cuma sengaja biar pekat sedikit sedap di makan gitu je dan di cicah dengan roti dan sebagainya.

3 ulasan:

♥cikmOt♥ berkata...

hehehe...bleh masuk MCM tahun depan ni...heheh

Cik Puan Nurul berkata...

huhuhu...tak layak nokks siapa la aku ini gamaknya kalo pi odisen pun tak lepas hahahahaha..tp mmg ade org tu beria2 suh acik join MCM tp ntahlah sesuai kah daku?layakkah aku?

Hayatie berkata...

Hiasan serakkan krim labu tu memang penangan MCM ni..hehe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...