Mereka Yang Terbaik..!

1/17/2012

Selada air bukan sekadar sayuran..sedap dan mencantikkan kulit

Sebelum ni cuma pernah tengok orang masak dalam televisyen,puas dok pikir sayur apa kah itu..tak pernah rasa dan tak pernah jumpa pun.
masa tengok Junior Masterchef Australia season 1 dah rasa berkenan sangat tengok bebudak tu guna buat sup..pastu banyak kali gak nampak sayur tu di gunakan.
Selada air atau dalam bahasa omputehnya watercress..tak sangka sangat sedap tak pahit mahupun payau..
ala-ala macam makan kangkung atau bayam kan..kira bukan jenis yang pahit
ternampak kat Tesco dan aku terus beli nak try rasa..
rupanya enak bangat..sesuai dijadikan salad,letak dalam sandwich atau di campurkan dalam sup.
paling best khasiatnya sangatlah bagus..
mana tau jika selalu amalkan makan selada air kulit jadi cantik macam artis ini..cantikkan kulit beliau tanpa mekap tebal..
Aku buat sup ikut resepi daripada sini..cuma aku ubah sedikit dengan menumis dengan minyak sikit dan campurkan hujung kepak ayam tu..serius nyesal beli sikit je..best rasanya memang sesuai sangat untuk diet kan.
KELEBIHAN MEMAKAN WATERCRESS ATAU SELADA AIR
Mengandungi ciri2 anti-kanser
Mengurangkan kerosakan DNA sel2 darah dalam pembinaan KANSER
Membantu melindungi mata kerana ia mengandungi tahap dua karotenoid, Lutien dan Zeaxanthi yang tinggi
Membantu stable kolestrol dan tekanan darah
Meningkatkan tenaga seksual dan meningkatkan kesuburan
Membantu memori bertambah baik, mental dan melambatkan proses penuaan
Menguatkan badan terutama aliran darah
Rendah kalori dan tinggi potassium yang penting untuk diet kerana tindakan diuretik menarik bendalir berlebihan ke bawah dan keluar dari tubuh badan
Membantu memperbaiki penghadaman dengan mengawal selia aliran hempedu
Memperbaiki kulit
Daun watercress kaya dengan klorofil dan membantu pernafasan berbau
Mengunyah watercress mentah2 dapat merawat gusi berdarah
Membantu melegakan pembesaran kelenjar prostat, pembengkakan kaki da pergelangan kaki terseliuh - Ambil daunnya dan di tuamkan kepada tempat2 tersebut
Merupakan sumber iodin yang penting kepada fungsi kelenjar tiroid
Kaya dengan kalsium yang boleh menguatkan tulang dan gigi
Baca info selanjutnya di sini
Jom amalkan memakan banyak sayuran hijau..anda buat anda dapat ececehhh..

6 ulasan:

.::Lynn::. berkata...

cer bagi gambar yg jelas sikt.. nak try carik jugak..

Cik Puan Nurul berkata...

siler google huehuehuee..ada byk gambo yg lebih jelas kikiki..kalo kat tesco dia ade tulis kat sayur tu.biasa di letakkan kt bhgn sayur2 organik dan sayur2 sprt cendawan,daun pudina,asparagus camtu lahh..biasanya di pasaraya besar ade.

Nanak berkata...

kami di sabah panggil sayur ni sayur hongkong / agar-agar..ni salah satu fav my family..sedap kan? tunggu air mendidih, masukkn syaur ni dan terus tutup api..

Rose Khadijah berkata...

hai..CPN..

lame betol tak singgah sini..da berwajah baru yer..cantekk!..

owh..mcm bayam jer sayur tu..nak cari kat tesco le macam ni..leh try..

Yaati Nor berkata...

saya panggil sayur air.kat pasar cina bukit tinggi, janda baik sangat banyak dijual..

Affandi berkata...

Adakah selada air sama dengan pegaga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...