Mereka Yang Terbaik..!

2/15/2012

Banyaknya nak cerita..dan ada hal penting perlu di war-warkan

Hoyehhh..update blog laju-laju..sebenarnya aku sangatlah sibuknya wehh jadual ku penuh sehingga tengah tahun ni banyak 'projek' kraft yang mengujakan heheheh tapi nak gak update blog sebab nak war-warkan perkara penting ecehh..
 tanpa membebel banyak, baru-baru ni 11-12hb aritu aku berpeluang mengikuti Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu peringkat WP Kuala Lumpur dan Putrajaya anjuran Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya(JKWPKL&P) dengan kerjasama Pusat Laktasi Kebangsaan
syukur semuanya berjalan dengan lancar..
nah layan jap gambar bukti kejadian hehe tak banyak sangat gambar sempat di snap..kursus ni santai-santai ye boleh bawak anak-anak sekali bagi menceriakan suasana..

antara gambar-gambar yang menarik


aksi anak-anak lepas habis kursus...anak-anak yang ceria sepanjang kursus dijalankan..sporting tak banyak ragam..
Kalau 2 tahun lalu aku mengikuti kursus anjuran MBfPC(NGO) untuk Pembimbing Ibu Menyusu kali ni berpeluang mengikuti kursus yang lebih kurang sama tapi di bawah JKWPKL&P..dah tentulah banyak ilmu baru yang dapat..semoga ilmu yang diperolehi ini juga dapat membantu ibu-ibu di luar sana.

Tak sempat nak berceloteh lebih panjang aku ingin war-warkan pada kalian yang sedang merancang untuk menyusui anak atau sedang menyusui anak,yang sedang hamil,yang ingin relaktasi semula(sama ada berhasrat nak nak menyusui anak angkat dan sebagainya)yang mempunyai masalah dengan penyusuan susu ibu dan pemakanan ibu menyusu dan bayi atau apa-apa sahaja pertanyaan mengenai penyusuan susu ibu bolehlah sertai kami di Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WPKL&P

InsyaAllah akan datang banyak aktiviti-aktiviti sedang direncanakan,kami akan turut serta dengan program-program berkaitan dengan penyusuan susu ibu di klinik-klinik kesihatan dan mungkin di hospital  juga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

8 ulasan:

TopsyTurvyMum berkata...

1)Bagus ada aktiviti2 camni:)
Amjah still bf lagik uwaaaaa!! Ntah bila la nak berjaya nih.

2)Cun gilos header baru!

3)dah guna ke segala barang yg diborong hari tu? hehe

Cik Puan Nurul berkata...

sama qaseh pun still bf lg biarlah dia stop sendiri nnt
tengssss lama dah pung
dah guna dah..hahah tp ade yg xguna lg aku bizi mendayetkan diri maka seisi femili pung kena makan mknn2 yg menyihatkan kek/manisan sebulan sekali jeh buleh

::Mamalyna:: berkata...

CPN, kalo ada program nie, bitau.. nak itutttttt

Hayatie berkata...

Aku pun tak cukup tangan dah ni. Byk aktiviti tahun ini. Homeschool azri pun dah tercicir gak ni, adess!

-gedek! berkata...

'nenen'

hehe

LyNcHiKo berkata...

Nak tanye pasal relaktasi semula tu khusus utk org yg langsung xde susu ke? Baby saye baru nak masuk 2 bln & saye mmg bercita2 nk full BF..tp x berjaya sbb susu mmg x banyak kuar..kurang dr anak 1st..lg semggu nak naik keje tp masih blom putus harapan lg..skang ni terpaksa campur susu formula sbb bile bagi susu bdn je wlupun attach baby mesti kurang kencing or berak..pakai pampers dr pagi pun basah sikitttt je.. kes mcm saye ni boleh amik ape2 pil utk milkbooster ke? Klu tau tlg ye..thanx..

Cik Puan Nurul berkata...

lynchiko,
relaktasi bukan khusus utk org yg langsung takde susu.
untuk kes awak digalakkan teruskan kekerapn menyusu dan sentiasa kosongkan payudara..apabila awak dah campur dengan susu formula memang pengeluaran susu akan jadi kurang sebab permintaan juga dah kurang(anak dah kenyang sebab dah campur susu formula kan)
lagi satu cuba perhatikan cara baby menyusu adakah baby menyusu dengan betul?bimbang hisapan yang tak betul menyebabkan baby tak mendapat susu secukupnya.

Tanpa Nama berkata...

Assalam
Saya berminat utk menyertai kumpulan ini.. Email saya zidhan_8@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...