Mereka Yang Terbaik..!

2/20/2012

Kek Lapis Cheese Persona..Aku tetap teguh hanya seketul yang masuk ke mulut ku!

Yadaaa...yadaa memulakan pagi Isnin dengan senyuman biar sejuta masalah yang melanda tapi jangan lupa untuk senyum okay..
hari ni hakak takleh nak membebel lelebih lagi-lagi jika sedang menghadap gambar makanan maklumlah hari ni melunaskan hutang-hutang yang masih tersisa pada yang Maha Kuasa
Nyaris-nyaris tak dapat melunaskan hutang hari ni gara-gara terlajak bangun mujur Imsak pukul 6  sebab subuh lewat sekarang ni huhu..jom layan gambar menarik dan resepi kali ini.
kali ni buat Kek Lapis Cheese Persona dah buat 2-3 minggu lepas tapi baru hari ni sempat nak tepek kat sini gilaa kan sibuk punya pasal..ingat hari ni nak marathon tepek gambar makanan aci dak?
ini kali kedua buat kali pertama tak sempat snap gambar buat pun tahun lepas kali ni sempat plak amik gambo..mood rajin mari apa boleh buat kan.
Resepi asal dari Ryo..
macam biasa  adalah sikit-sikit durhaka biasa la kan..

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:

    * 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo dan aku guna jenama LEE)   
* 500 ml susu segar,dipanaskan-aku guna lebih kurang 250ml je

B:

    * 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
    * 10 ml susu segar-aku buat 20 ml
    * 1/2 cawan gula halus


Caranya :

   1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
   2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
   3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
   4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
   5. Panaskan susu segar,padamkan api.
   6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
   7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
   8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
   9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

senang je membuatnya rasanya pun lebih kurang macam makan tiramisu tapi yang ni rasa coklat lah.Qaseh makan paling banyak aku bertabah hanya makan seketul sahaja sebab aku kena disiplin dan konsisten setelah hampir sebulan aku berdiet mengurangkan makan dan memperbanyakkan senaman..sayang nanti penurunan berat akan terganggu pulak kan nak-nak aku ni payah hendak menurunkan berat badan berikutan masalah gangguan hormon.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...