Mereka Yang Terbaik..!

3/30/2012

Ayam Panggang dengan Sos Lada Hitam(Grilled Chicken with Black Pepper Sauce)


Sajian hujung minggu lepas..seperti kebiasaan 1-2 kali sebulan akan masak stail barat kan..tapi kena berpada-pada sebab sekarang ni tukang masaknya sedang lagi menjaga pemakanan maka hanya akan masak beria begini pada hari 'Cheat day' sahaja di mana setelah 6 hari makan secara bercatu satu hari dibenarkan untuk makan seperti puaka itupun selepas senaman yang kaw-kaw punya ketika tubuh badan bebetul memerlukan tenaga yang amat so bila makan haruslah makanan ni akan terus jadi sumber tenaga tak sempat nak jadi lemak gituuu..huhu.namun CPN tidaklah melantak seperti puaka pun..cuma ambil lebih sikit karbohidrat berbanding hari-hari biasa.

Jom layan resepi kan dari membebel tiada kesudahan gituu..hari tu buat juga sup cendawan permintaan encik suami..asalnya nak buat yang fresh tapi cendawan butang yang segar dah abis lak kat pasaraya ahhhh makanya beli yang segera dalam kotak tu kan..tapi encik suami tak suka lak dia makan sesudu je..
sama gak ngan den pun tak suka gak walau luar kotak tertulis ''No MSG''..hurmm ntahlah yang pasti tekak ni memang sukar dah nak terima sangat makanan yang segera kot huhuhu asyik pikir tinggi kandungan lemak la,banyak garam dan dah tentulah bahan perisa dan pengawet kan.Resepi untuk ayam panggang dan sos lada hitam ni sama je seperti masakan-masakan sebelumnya pernah aku buat tapi daku tepek lagi resepinya ya.
Grilled Chicken with Black Pepper (stail CPN)

Untuk ayam panggang
-2 ketul peha ayam di asingkan tulangnya(debone)
-perap 1-2 jam bersama lada hitam dan bawang putih yang ditumbuk pecah,sedikit kicap, herba oregano dan sedikit madu jika suka(daku tak letak garam,jika hendak letak boleh)
- kemudian panggang atas kuali non-stick sehingga masak.

Untuk sos lada hitam
-lebih kurang 2 sudu besar mentega
-1-2 sudu makan tepung gandum
-sebiji bawang putih dicincang
-1/4 bawang besar holland dipotong dadu kecil
-segemgam lada hitam ditumbuk kasar
-4 biji cendawan butang dihiris kecil-kalau takda boleh letak carrot yang di potong dadu kecil
-2-3 cawan susu segar
-1/4 kiub ayam
-2 sudu besar kicap soya
-garam jika perlu(daku tak letak sebab dah letak seketul stok ayam)

cara memasaknya
Cairkan mentega dalam kuali non-stick atau periuk masak sos dengan api perlahan sampai berbuih.
Kemudian masukkan bawang besar dan putih tadi biar sampai naik bau cukup sampai layu tapi jangan biar garing.
Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata lebih kurang 1-2minit ingat kacau selalu.
Pastu masukkan susu segar,lada hitam,cendawan dan kiub ayam.
Kacau sehingga sedikit pekat pastu masukkan kicap dan perasakan dengan garam.Boleh tambah susu lagi atau air kalau pekat sangat.setelah siap masak dan menggelegak nanti boleh dituangkan keatas ayam ketika dihidangkan.

selain itu aku juga ade buat hidangan sampingan antaranya,

Kentang Bakar
-5-6 biji kentang saiz sederhana dibasuh bersih dan dipotong berbaji
-1 sudu oregano kering
-1 sudu lada hitam yang ditumbuk
-1-2 sudu mentega/minyak masak
-sedikit garam
**gaulkan semua bahan-bahan dalam mangkuk hingga sebati dan masukkan ke dalam loyang pembakar yang beralas kertas aluminium.Bakar pada suhu 200'c selama 45minit-1jam bergantung pada jenis kentang.kalau jenis lambat empuk maka lambatlah masak kan.
makaroni cheese(aku buat campur sos Prego dalam tin jehh sebab buat sikit kan)
-1/4 makaroni daripada satu bungkus direbus hingga lembut dan toskan
-kemudian cincang bawang putih dan tumiskan bersama dengan minyak zaitun/mentega
-masukkan sedikit susu segar/hirisan kepingan keju,1/4 tin sos Prego(Herb&Cheese)bebola ayam yang dah digoreng jika ada.
-gaul serata 1-2 minit dan taburkan daun parsley kering(jika ada)
**sebenarnya jika nak mudah dan cepat just masukkan makaroni yang dah siap rebus dengan sos Prego serta beberapa hirisan kepingan keju kendian just masukkan dalam microwave taraaa siap.. just tambahkan bahan-bahan sampingan.

Jangan lupa hidangkan sekali dengan tomato plum yang di grill seketika atas kuali..sangat segar dan enak sekali..

blogger-emoticon.blogspot.com

3 ulasan:

anggerik lavendar berkata...

enggan baca habis..tgk gambo pun dgn bbrp seken je..bapok lapo perut ni tgk gambo2 makanan...

Cik Puan Nurul berkata...

jemputlah kerumah ngain jika pingin nikmatinya

Mommie Eqal berkata...

sedap2.. simple dan mudahkan... saya mmg suka bwat ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...