Mereka Yang Terbaik..!

3/22/2012

Edisi ringkas dan sedap: Phad Phid

Lama tak bersiaran dari dapur huhu..padahal banyak je gambar-gambar dari dapur bersusun menanti masa untuk di tepek di sini.
Macam biasa membebel is boring so jom cekedaut masakan kali ini yang simple dan amat sesuai di makan seisi famili.
resepinya mudah sahaja masakan Thai kegemaran pelakon Fizo Omar..aku tak minat beliau tapi kebetulan tengah dok pening nak masak apa la ayam kan dah boring masak itu ini tup-tup ternampak resepi ni kat majalah Rasa ..heheh gigih pi cabut serai ngan dak Qaseh kat bawah..ada orang tanam serai dekat parking lot katanya memang di wakafkan untuk semua so ambik jelaa kan

Bahan-bahan
-300gram ayam(aku potong kecil dan banyak guna bahagian dada)   
-5 biji cili padi
-2 batang serai
-6 ulas bawang putih(aku guna 3 je)
-2 ulas bawang merah
-sedikit belacan
-1/2 inci halia
-7 keping daun limau purut
-1/2 sudu makan air asam jawa
-kacang panjang(dipotong)

cara memasak
1-Kisarkan semua bahan-bahan kecuali kacang panjang, daun limau purut dan ayam .
2-Tumiskan semua bahan yang telah dikisarkan bersama daun limau purut.
3-Masukkan ayam dan air asam jawa.
4-Apabila ayam sudah masak,masukkan kacang panjang dan angkat.


Aku juga buat kerabu ikan bilis hehehe pedas desit lagi
 

 

3 ulasan:

TopsyTurvyMum berkata...

time2 aku takleh makan time tu la berlambak2 resepi sedap2!
Tensiiii Makkk!!

Cik Puan Nurul berkata...

hahaha sabor sabor

Munn Jaafar berkata...

kerabu bilis punya resipi takde? hihi =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...