Mereka Yang Terbaik..!

4/30/2012

Bukti aku bukan hanya pengomen tegar manis di bibir sahaja..hasilnya kek Nutella terhidang

Aku di cabar maka sebagai anak jantan seorang yang berani aku menyahut cabaran ituhhh..buktikan diri ini bukan lemah seperti pondan terbengkalai yang disangkakan..hahahahahah



bukti depan mata,
Aku memang berhasrat nak buat kek sebijik untuk Qaseh kesian tengok dia hari-hari dok layan video mat saleh kokesen dok nyanyi-nyanyi lagu Happ Birthday sambil tiup lilin..dah tu dia pun hari-hari dok nyanyi lagu tu jugak waima nak makan nasi sekalipun..
sebenarnya kek ni memula letak dalam oven dia jadi rentung terus aku turunkan suhunya..gila ahh tak tahu napa dengan oven ku itu..hazabedah sungguh sekalipun demikian ia masih halal untuk di makan ihikss..
resepi asal dari Nigella.. boleh juga ikut resepi yang telah di Bahasa Melayukan oleh  ratu cantik Raub yang dah bermastautin jauh di over sea ..aku ni jangankan over sea,over river pun belum mampu uhuksss..
KEK NUTELLA
Bahan untuk kek:
6 biji telur, asingkan kuning dan putih
Secubit garam
125g mentega tanpa garam(unsalted butter), lembutkan.
400g nutella
1 sudu besar air
100g hazelnuts kisar
100g dark chocolate, cairkan dan sejukkan.
23cm springform pan, glis dan alas dgn baking paper.

1. Panaskan oven ke 180C.
2. Pukul putih telur dengan garam hingga kembang dan kalau diterbalikkan tak tumpah.
3. Pukul nutella dan mentega dalam mangkuk lain kemudian masukkan air, kuning telur sebiji demi sebiji dan juga hazelnuts kisar.
4. Masukkan dark chocolate cair dan gaul dengan senduk.
5. Ambil satu senduk putih telur dan gaul dengan adunan tadi. 2 senduk terakhir, kaupkan dengan perlahan-lahan.
6. Bakar selama 40 minit atau hingga masak.

Resepi topping:
100g hazelnuts
125ml double cream
1 sudu besar air
125g dark chocolate

Cara:
1. Panaskan air dalam periuk, kemudian masukkan double cream, dark chocolate dan air ke dalam mangkuk tahan panas dan letakkan atas periuk. Kacau hingga chocolate cair.
2. Angkat mangkuk dan whisk adunan sampai agak pekat sesuai untuk tuang atas kek. Sapu rata atas kek yang dah sejuk.
3. Sangai atau panggang hazelnuts hingga perang.
4. Setelah hazelnuts sejuk baru tabur atas chocolate.

komen juri propesyenel..
ohhhhh..tergarunyaa aku...huwaaaaa..


p/s : Aku rasa kek aku ni bukan takat ramping je tapi agak leper tapi tengok kat google kek orang lain pun sama je ghupanya maka aku aman-aman adja dengan keadaan ini..lagipun aku agak kurang paham dengan step terakhir bila nak campurkan meringue dengan bancuhan coklat ituu..tambahan pulak meringue aku tak berapa nak menjadi sangat..takpa nanti buat lagi sekali ahaksss.

2 ulasan:

TopsyTurvyMum berkata...

HAhahaha...
siap ko tayang komen aku tu tak tahan!!
Mantop kek nutella ko.
Yang nak campur meringue ke adunan coklat tu buat 3 kali la. sekali ko buat kuat2 sukati ko nak ganyang dia camne tapi 2 kali terakhir nak masukkan meringue tu buat pelan2, ayu2 gituu.

Cik Puan Nurul berkata...

oohh gituhhh betul la aku buat..sebab ragu2 apa beza cara kaupnya rupanya memula kaup secara ganas dan yang last secara perlahan huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...