Mereka Yang Terbaik..!

4/11/2012

Tips berblog dan menulis entri di dalam blog(untuk kawan saya yang selalu bertanya)

Selamat bercuti pada yang mendapat cuti umum hari ini..pada sesiapa yang kena kerja padan muka di ucapkan heheh okay gurau je..jangan marah aarr..berkerjalah anda seikhlas hati .
Lama CPN tidak bersiaran di blog ini berikutan internet yang kejap ada kejap takda..geramnya dah seminggu gini tau tak faham kenapa pihak TM terlalu lambat servis mereka dah tu banyak kali dah telefon membuat aduan tapi nampaknya mereka membuat kerja sambil lewa..rasa macam nak pergi je kat pejabat dorang serang hahahhaha..

Ok lah berbalik kepada topik,hari ini baru ada kesempatan nak tulis pasal ni walaupun rasanya macam pernah dah tulis dulu-dulu tak mengapalah sebab ini permintaan orang kan so..ahkak tulis lagi.
Beberapa tips menulis entri di blog supaya menarik perhatian orang untuk membaca walaupun ahkak bukanlah bagus sangat berblog tetapi tetap gak nak berkongsi tips berdasarkan pemerhatian sendiri dan orang lain.

 Keunikan nama blog dan identiti yang tersendiri
-Nama atau tajuk blog memang sangat penting untuk orang mudah mengenali blog kita..lagi unik dan menarik nama nya lagilah mudah di ingati.Perlu diingatkan untuk mencari identiti sendiri bukannya meniru nama blog orang lain.

Font yang digunakan
-ini sangat penting,pastikan kalian menggunakan font yang bersesuaian dan mudah di baca orang.saiz font juga amat penting kalau terlampau kecil tak sempat nak baca entri orang dah tekan pangkah dulu.Maka pilihlah font yang bersesuaian.Warna juga perlu mengikut kesesuaian latar belakang blog itu sendiri kalau guna warna gelap maka warna font yang digunakan harus terang.

Letak widget yang perlu sahaja
-kadang-kadang ada orang yang nak letak semua benda dalam blog mereka.sebolehnya letak yang perlu sahaja jam,kalendar dan sebagainya tak perlu sebab pembaca pun ada jam dan kalendar dirumah dorang so jangan memberatkan blog anda dengan widget-widget yang tiada kepentingan sudahnya blog jadi berat..maka page loading akan memakan masa yang lama.

Tidak perlu berlebihan menghias blog
-Jujur di akui memang rasa meluat dan membosankan bila buka blog orang penuh dengan gambar-gambar dia dari header blog sampai ke footer.Kalau gambar dia dengan suami/isteri dan anak-anak tak mengapa lagi ini gambar kekasih..kalau yang perempuan bertudung bagai molek sahaja gambar laga-laga pipi dengan sang kekasih..hurmm menjengkelkan bukan?bila dah putus cinta letak gambar kekasih baru pulak..aduhai tidakkah ianya sesuatu yang tidak manis untuk di lihat orang?Maka berpada-pada lah jika nak letak gambar pun.

Tatabahasa di dalam entri (Jangan sesekali menggunakan bahasa SETAN)
-sangat-sangat penting pada blogger baru menapak dalam arena blog ini..jangan pernah sesekali menggunakan bahasa setan iaitu bahasa pelat manja nak muntah dengan tulisan kecik besar kecik besar..lagi satu yang amat penting juga sebolehnya janganlah merojakkan entri anda dengan menggunakan bahasa rojak yang melampau iaitu lebih kepada percampuran bahasa Melayu dengan bahasa bahasa lain yang terlalu teruk. Contoh ayat " I tak sure lah macam mana, let see, maybe lepas hujung bulan, I akan cukup duit, then we can go shopping together". Bukan kah sangat jelik bunyi nya itu? Tiada jati diri.

Kalau mahu menulis dalam Bahasa Inggeris, tulislah sepenuhnya. Kalau tidak tahu berbahasa Inggeris dengan lancar (fluent), tidak usah cuba berlagak kebandaran/urban, makanya kalian akan jadi bahan gelak sahaja.
lagi satu tidak salah sekiranya kalian nak menggunakan bahasa pasar yang biasanya kedengaran sempoi tetapi pastikan ianya bukan singkatan kata tulis lah secara penuh bukannya guna bahasa SMS.contohnya ''nak'' jangan tulis 'nk' atau 'KL' tapi ditulis ''key ell'' biasa kita guna perkataan ''wat'' untuk ''buat'' tetapi ada juga orang yang menjahanamkan lagi dengat tulis ''uat''.

Elakkan menaip entri yang panjang-panjang seperti karangan tanpa perenggan
-Mungkin anda suka bercerita panjang-panjang dalam blog tetapi pastikan 'karangan' yang ditaip itu mempunyai perenggan atau boleh memilih untuk menulis dalam format senarai nombor.Ianya lebih mudah difahami dan dan dibaca tidaklah pedih mata dan terasa meleret-leret.Lebih menarik jika di sertai gambar atau karangan bergambar gitu.harus diingatkan bukan semua orang suka membaca karangan yang panjang lebar melainkan jika itu cerita porno barangkali ada la gamaknya yang suka.


Gunakan gambar yang menarik,terang dan mudah dilihat
 -Jika ingin letak gambar pastikan saiz gambar tidak terlalu kecil.Elakkan meletakkan gambar yang kabur dan tidak jelas  gambarnya.Jika gambar yang diletakkan dalam entri itu bukan gambar kita punya pastikan kalian meminta izin daripada empunya gambar dan letakkan link blog..jangan sesekali menggunakan gambar orang lain tanpa kebenaran bagi mengelakkan masalah di kemudian nanti.

Elakkan terlalu banyak bercerita tentang diri sendiri dan keluarga
-sangat membosankan jika setiap kali kemas kini blog hanya pasal diri sendiri,pasal anak dan sebagainya tidak salah nak bercerita tetapi berpada-pada melainkan kalian memang menulis blog untuk diri sendiri sahaja atau kalian seorang selebriti popular ada ramai peminat nak mengikuti perkembangan hidup kalian.Selang selilah menulis blog dengan cerita lain bukanlah suruh menulis cerita pasal gosip orang lain ke apa tetapi fikirkan juga tentang pembaca blog kita biarkan mereka mendapat 'sesuatu' daripada blog kita bukannya rasa meluat dan loya ''balik-balik pasal anak dia macamlah dia sorang sahaja ada anak..''


Elakkan meniru dan mengikut gaya penulisan orang lain
-maka cari lah identiti sendiri,apa tujuan kalian berblog semata kerana nak jana pendapatan melalui iklan atau sekadar menghilang boring atau terikut-ikut tengok orang lain berblog?
contohnya kalian seorang blogger yang suka bercerita tentang mekap maka pastikan gaya penulisan kalian tidak sama seperti blogger yang sealiran dengan kalian..ingat UNIK itu lebih mudah dikenali dan diingati.jika suka menulis tentang resepi dan masakan hormati pemilik asal resepi walaupun kalian sudah mengubah 50% resepi itu mengikut gaya masakan kalian sudah acapkali membaca luahan blogger-blogger otai dalam dunia masakan tentang hal ini.Jangan kedekut dan ego untuk meletakkan link blog empunya resepi lantas mengakui mencipta sendiri resepi asal.

**setakat ini dulu tips berblog nanti jika ada lagi insyaallah akan ada part 2 dan sebagainya..tak boleh nak menaip lama-lama sebab guna broadband pinjam ni line tidak berapa jelas.Lagipun nak melayan cerita pinoy Maningning dekat astro Bella pulak hehehehhe..

7 ulasan:

Nanak berkata...

like..like..like...

ibuhebat berkata...

tips yang sangat membantu. tq!

Unknown berkata...

tq dear..

Shawn Razaleigh berkata...

gua selalu keliru widget apa yg penting. awrrr

Unknown berkata...

TQ ^-^

Salina Mat Isa berkata...

bagus tips ni,thanks sharing

Cik Puan Nurul berkata...

sama2 uolss sharing is caring...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...