Mereka Yang Terbaik..!

Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

1/23/2013

Buat korang yang mahu mengurangkan lebihan berat badan tetapi tidak tahu bagaimana nak bermula.

Aku sering mendapat pertanyaan daripada kenkawan..ada yang sempat aku terangkan ada yang tak sempat maklumlah aku sendiri pun bizi uolss..
Jadi biasanya aku minta mereka yang bertanya neh merujuk pada blog Kevin Zahri atau Sususejat..yang penting khatam habis-habisan dari awal..jangan main membabi buta bila korang plan nak mulakan program nak diet atau bersenam ni..

Kenapa aku suruh dorang rujuk blog yang aku bagitau kat atas tu?sebab aku pun merujuk kat sana jugak,kalau korang korang rasa nak ikut mana-mana blog mat saleh pun boleh tapi lebih baik baca blog tempatan lebih mudah korang nak faham dan yang penting sekali segala tips mengenai pemakanan pun berkait rapat dengan pemakanan kita orang Malaysia.
Kebetulan plak bro Hasrizul Hashim iaitu owner blog Susu sejat ada buat entri khas untuk korang yang masih teraba-teraba mencari titik permulaan nak menurunkan berat badan kan..nak buat apa dulu..apa yang patut dibuat..
Maka nya amat lah disarankan korang membaca dan menimba ilmu nah linknya
http://sususejat.com/entri-untuk-orang-baru-menurunkan-berat-badan/

Okey,ada yang tanya aku neh wat diet mende..sebenarnya aku tak anggap ianya diet tapi lebih kepada gaya hidup..diet ni menda yang sementara sesetengah orang taknak makan nasi katanya diet..tapi lepas dapat berat ideal,diet semua hilang.Melantak cam biasa kendian naik balik badan tak gitu?
Tetapi aku anggap menukar  cara pemakanan yang lebih sihat dan seimbang jadikan ianya gaya hidup..inilah aku lalui dan amalkan sepanjang tahun dan InsyaAllah hingga setia hujung nyawa.

Aku bukan pengamal diet tinggi protein seperti Atkins diet ke apa no no..aku cuma kurangkan pengambilan kalori tetapi masih mengambil karbohidrat dan yang penting sekali CPN makan nasi setiap hari maa..macam korang jugak tapi masih boleh turunkan berat kan..ianya semua bergantung kepada kadar kemasukkan kalori.
nak tahu apabenda kalori bagai sila lah klik link yang aku bagi kat atas nun.

Okay ada yang tanya kena pi gym ke?

Oh tidak wajib noks..aku bersenam sendiri kat umah je berpandukan video-video kat youtube biasanya aku ikut Fitness Blender punya mulakan yang beginner sampai mampu buat Tabata dan HIIT.
Selain tu adalah beli DVD ahkak Jillian,pastu setiap hari ade rancangan senaman juga kat Channel 728 kalau tak salahlah..bermula kul 6 am..senaman ahkak Jillian pun ada.Ulangan rancangan kul 3 pm gitu.
Aku penah pi gym dalam 3 bulan masa bulan May tahun sudah tapi bukan pi gym yang angkat berat tu yea..join sebab suka dengan program high impact aerobic dorang..bukan ada aerobic menari  je tapi hari-hari lain latihannya ada aerokickboxing,zumba,yoga dan pilates,weight training sekali sekala sama ada guna dumbbell atau berat badan sendiri..
Pastu tak pi gym sebab kesibukkan melanda..

Selain banyak bersenam dirumah tanpa sebarang peralatan mahal(kalau ada pun tikar yoga,dumbbell dan bola senaman) aku juga berlari di taman pada hujung minggu sekali sekala..
Jenis latihan senaman yang aku praktikkan ialah latihan kardio(spt berlari,kayuh basikal,areobik dan memacam lagi sila google utk pemahaman)weight training atau latihan bebanan  untuk membina otot dan kekuatan tapi aku lebih banyak menggunakan berat badan sendiri korang leh google bodyweight training/exercises.

Satu lagi nasihat penting sila pastikan anda memilih kasut yang sesuai yea..kasut untuk berlari tak sama dengan kasut nak aerobic ke nak main badminton ke netball ke semua tak sama..sila jangan pakai satu kasut untuk semua aktiviti nanti memberi masalah pada kaki korang tu yang jadi sakit bagai tu.

Aku sibuk bebenor sekarang neh..nanti aku sambung lagi tentang senaman dan pemakanan yeaaa..ta ta ti tu.


1/17/2013

Tips kurangkan berat badan

Jawapannnya

Kredit : FB Kevin Zahri

Ini adalah soalan yang paling banyak di tanya pada aku biasa melalui PM lah kan..
Inilah cara yang aku jalani..ada orang lain bergantung pada supplemen tapi bagi aku semua nya yang aku makan dan masuk dalam tubuh badan ni datang daripada sumber semulajadi..
Cara orang lain?terpulang asalkan kalian konsisten dan nekad insyaallah berjaya..

Salam Sayang
Cik Puan Nurul

Gambar tahun 2013 diambil pagi semalam sebelum hantar Qaseh ke Tadika..terpikir tahun ni takda gambar terbaru pun..godek-godek jumpa gambar lama dengan tudung yang sama..Jelaslah bila tubuh besar tudung saiz biasa pun jadi singkat dan melekap kan.

Semoga gambar di atas menjadi inspirasi bagi mereka yang sedang berusaha untuk menjadi lebih sihat..tidak kisah berapa lama masa yang diambil yang penting kalian berjaya menukar gaya hidup yang lebih baik.
Sedar tak sedar sudah hampir setahun aku bergelumang dalam dunia fitness ni setelah hampir 4 tahun berusaha nak kuruskan badan kesudahannya tahun lepas baru berjaya menyudahkan apa yang perlu disudahi selama ini.

11/29/2012

Makanan WAJIB ada dalam gobok simpanan CPN(Tips sihat) Part 1

Setelah menukar gaya hidup yang lebih sihat dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang kurang gula.garam,lemak dan rendah kalori semestinya. Ada banyak yang aku tinggalkan dan bertukar kepada makanan yang lebih elok demi kesihatan sejagat.
Sebelum ni ada gak beberapa orang yang minta aku PM depa pelan pemakanan dan sebagainya untuk pengetahuan semua aku tak pernah buat pelan pemakanan ke apa aku cuma makan dengan kerap 5-6 kali sehari dengan kuantiti yang sikit-sikit tapi masih terkawal mengikut keperluan kalori seharian yang diperlukan tubuh badan aku.Ia takkan buat aku rasa lapar melampau-lampau dan aku juga sudah lama tidak dijenguk 'kawan lama' iaitu gastrik.
Oklah hari ni aku nak kongsi dengan uolss semua apa yang selalu aku makan seharian..

1)Susu Skim
Aku memilih susu skim yang segar dan masih dalam bentuk semulajadinya iaitu cecair dan sudah pastilah ianya kurang pengawet biasanya tarikh luput lebih kurang dalam 2-3 minggu so aku sentiasa top up setiap 1-2 minggu sekali.Qaseh juga minum susu segar dalam kotak begini tapi bukan susu skim la.Susu skim tinggi kandungan proteinnya dan amat sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat.Kebanyakkan orang pilih susu rendah lemak kan tapi jangan mudah terpedaya sebab biasanya produk yang tertera rendah lemak bagai ni mempunyai gula yang tersembunyi.
Biasanya aku campurkan susu skim ketika menikmati hidangan bijirin seperti oats dan sebagainya termasuk mencampurkan ketika buat homemade protein shake yang aku selalu nikmati selepas membako lemaks(post- workout) terutama selepas latihan yang melibatkan kekuatan dan bebanan.
Selain dalam bentuk semulajadi di pasaran terdapat juga susu skim yang di pek dalam bentuk serbuk yang kebanyakkannya menjadi pilihan rakan sejenayah aku..sebab yang dalam bentuk serbuk mudah dibawa ke mana-mana.Tapi aku tak pernah pun cuba minum hat serbuk-serbuk nih sebab sejak azali tekak aku memang takleh nak terima susu tepung ke apa kan..
Jenama pilihan ramai adalah Sunlac dengarnya Tesco pun ada keluarkan susu skim depa dalam bentuk powder gini.
2)Mentega Kacang
Mungkin ramai yang tak tahu kekacang merupakan sumber protein yang cukup bagus terutama untuk mereka yang ingin membesarkan otot dan sewaktu dengannya.Ramai salah paham ingat makan kacang akan menggemukkan sebenarnya apa- apa makanan kalau dah diambil berlebihan memang akan menggemukkan kecuali sayur(Kata Kevin Zahri sayuran amik banyak mana takkan menggemukkan)
Mentega kacang antara yang ada dalam peti sejuk aku biasanya di campurkan bersama dalam ramuan homemade protein shake.
Maka mentega kacang pilihan aku ialah

Nampak tak 'No Added Sugar' so kalau nak makan mentega kacang pastikan baca label pilih yang tidak dicampurkan gula dan rendah sodiumnya.Sebenarnya korang boleh juga buat sendiri je mentega kacang neh nak guna kacang tanah pun boleh kacang almond pun yenakk..ia tentu lebih baik dan menyihatkan.

3)Yogurt tanpa gula dan perisa(Natural)
Pilihan aku ialah yogurt natural dari Dutch Lady sebab yang ni je yang bagi tekak aku tak rasa gula dan sebagainya kebanyakkan yang lain semua manis leting walau kata kurang gula bagai.
Biasa aku makan dengan salad,oat dan dicampurkan sekali dalam homemade protein shake.Wajib ada dalam peti sejuk aku neh..biasa beli yang bekas besar.

4)Oats dan Muesli
Aku biasanya memilih organic oats tak kisah apa jenama yang pasti bukan yang di pek kecik-kecik 3 in 1 ke apa.Dulu aku tak paham apa itu muesli rupanya muesli ni  bijirin sihat yang terdiri daripada campuran oats ,kekacang seperti almond,buah-buahan kering seperi kismis,pic,flaxseed dan lelain lagi.Korang boleh beli yang dah siap dicampurkan atau buat sendiri je kat rumah.Biasanya muesli ni harganya mahal sikitlah so nak jimat korang beli oats dan campurkan sendiri dengan bahan-bahan lain tu tapi aku rasa sama je kos nya.
Gambar hiasan
5)Teh hijau dan Teh Oolong
-Setengah jam sebelum bersenam aku biasanya meminum secawan teh hijau tanpa gula.Jika tiada teh hijau aku minum Oolong Tea.Menurut jurulatih kecergasan yang aku kenali di gym dulu minuman berkafein ni meningkatkan metabolisme  so sangat sesuai di ambil bila nak workout tetapi yang dia sarankan minum kopi tanpa gula...Aku lebih suka memilih teh sebab aku tak suka minum kopi.Korang sendiri pun tahu yang teh hijau ni memang banyak khasiatnya kan nak tulis kat sini pun banyak.Ada macam -macam jenama di pasaran yang murah dan mudah di dapati yang aku tahu BOH ada jugak yang dalam bentuk dedaunan kering aku pernah beli di Cameron Highland.

 
Aku berhenti setakat ni dulu sebab ada kerjaan yang memanggil nanti ada masa aku sambung lagi di part seterusnya ya..banyak lagi tak tunjuk kat sini.Untuk penerangan lebih lanjut mengenai khasiat dan nilai kalori makanan-makanan kat atas tu korang boleh Google atau merujuk pada yang lebih arif lagi bijaksana aku memang takkan taip beria-ria pasal tu kat sini sebab aku bukanlah pakar pemakanan yang bertauliah mahupun jurulatih kecergasan cuma sekadar ingin berkongsi risau juga takut tersalah info nanti memberi masalah di kemudian hari.

#semua gambar adalah ehsan ankel Google#

11/19/2012

CPN Pecah Rahsia !!!

Tajuk adalah sangat tidah boleh pergi apapun lantaklah janji apa yang nak disampaikan itu yang penting..Maaf pada kenkawan yang ada menjenguk belog ini sama ada sebagai pengomen tegar atau pembaca senyap aka penskudeng tegar kerana akhir-akhir ini aku kurang menaip karangan..la ni aku sibuk menyiapkan segala mak nenek kerjaan menjahit tempahan orang itu ini..cenderahati orang kahwin dan sebagainya aku harus siapkan supaya dapat fokus pada si cantik manis Qaseh..Urusan persekolahan tadika Qaseh juga sedang berjalan lancar walau ada beberapa masalah namun aku harap dapat mengatasinya..
Ujian demi ujian melanda kehidupan ini namun yang penting kekal positif!!

Banyak sangat menda nak kena buat nak bawak Qaseh jumpa Paed dan pelbagai persiapan lain sebelum dia mula belajar berdikari dan bersosial tanpa kehadiran aku disisinya untuk pertama kalinya dalam hidup beliau..mak nebes nokssss!!! sebab Qaseh ni ada  special case sikit nanti aku jelaskan di entri akan datang..
Oklah kembali ke tajuk asal..hari ni aku nak kongsi tips dan sedikit ilmu yang tak seberapa nih..banyak tips tertunggak yang aku belum cerita kan walaupun korang tak berminat nak tahu atau langsung tak berminat nak praktikkannya takpe  sebab badan korang sendiri kan so pandai-pandai lah menjaganya.
Ok tepek gambo terbaru..yang minggu lepas punya..aku nih tak banyak gambo pasal jarang bergambo ambik gambo orang je yang banyak..lagi satu susah nak cari gambo aku berdiri tegak dalam keadaan waras semuanya mesti candid dan diekori si kenit hahahah..


Tips untuk korang  apabila ingin mengurangkan lebihan berat badan lantas menjadikan tubuh kalian lebih sihat,mantap dan kuat demi kesihatan untuk selamanya.
  • Mulakan dengan perlahan-lahan..kayuh pelan-pelan orang kata so korang kena kenalpasti tubuh korang dulu apa masalah yang melanda,ada alahan apa,obese tahap berapa,senaman apa yang sesuai..apa yang tak boleh dan apa yang boleh..untuk permulaan buat senaman tahap beginner yang low impact sampailah tubuh dah ringan sikit baru boleh mula yang high impact.
  • Jangan jadikan amalan pemakanan seimbang ni semata-mata kerana nak berdiet nak capai target dan sebagainya tetapi jadikannya gaya hidup yang akan korang jalani sampai akhir hayat..sebab kalau hanya nak buat sesuatu untuk seketika memang hasilnya juga sementara lah ingat nak mengekalkan lagi susah daripada mencapainya.
  • Variasikan senaman jangan buat senaman yang sama setiap kali nak bersenam cuba macam-macam jenis senaman dan pastikan ada  sekurang2nya selang sehari untuk rehat supaya tubuh dapat pulih daripada rasa sengal dsbgnya. kalau hari-hari bersenam lagi susah berat nak turun nak pula tubuh terlalu penat dan kekurangan tidur..otot hanya akan terbentuk pada hari yang kita rest so sangat penting untuk merehatkan diri.
  • Mula-mula kurangkan makanan yang diproses sama ada yang di dalam tin atau yang sejuk beku..tak boleh kurang banyak mulakan sikit-sikit jangan terlalu terburu-buru nanti korang lebih cepat putus asa bila tak berjaya..kurangkan penggunaan gula,tukar saiz pinggan kepada yang lebih kecil macam aku guna pinggan kecil yang untuk letak lauk tu..bila pinggan kecil lebih mudah nak kecilkan portion hidangan yang korang ambil..pastikan protein dan sayuran lebih banyak daripada karbo nasi cukup segengam tangan korang.
  • Sila pastikan air masak sentiasa ada di sisi korang kemana pun korang pergi bila terasa bernafsu nak makan tengok gambo makanan sana sini maka sila teguk air masak korang kalau hilang lapar tu maknanya rasa lapar tadi hanyalah nafsu serakah korang je yang lebih.
  • Rajin-rajinkanlah berpuasa sunat Isnin dan Khamis terutama apabila hujung minggu  biasa kita makan terlebih sikit kan nak-nak kalau musim orang kawen,open house dan sebagainya bukan sahaja dapat pahala tetapi juga dapat merehatkan perut kita setelah makan banyak kan..boleh cover semula kalori yang terlebih tuuu.
  • Elakkan reward diri dengan makan makanan yang tinggi gula dan lemak..aku terkadang tak paham kenapa orang selalu sebut reward diri dengan makanan baik korang reward diri korang dengan beli baju dan seluar baru..hahah kalau nak pun pastikan  bukan makanan yang hanya nanti disimpan jadi lemak berlebihan sebaliknya makanlah makanan yang enak dan berkhasiat untuk tubuh badan korang.
  • Elakkan minum atau makan makanan segera yang di pek kecil seperti minuman 3 in1 ..semuanya mengandungi gula tersembunyi so kalau nak minum teh dan kopi ke apa seeloknya tanpa gula kalau nak letak susu sila JANGAN letak susu pekat manis dalam tin tu tetapi letak susu segar dalam kotak bukan yang coklat tapi yang putih biasa takda rasa ok.Biasa kalau aku minum Milo aku letakkan 2 sudu kecil,air panas dan susu segar..lagi satu yang orang selalu salah paham dia ingat kalau letak 4 sudu besar milo dalam gelas yang besar ia akan kurangkan manis dan kalori..itu sama sekali salah yang membezakan hanyalah kepekatan air korang je tapi jumlah kalori yang datang dari milo tetap sama yang patut dikurangkan adalah kuantiti Milo itu sendiri.
  • Elakkan menyimpan pakaian yang bersaiz besar atau lebih besar daripada saiz korang..selagi ada baju besar dan longgar selagi tu korang tak sedar diri asyik ingat korang masih muat pakai baju maknanya tak perlu nak bersenam bagai..tak perlu jaga makan..sila beli baju yang korang verangans selama ini nak pakai walaupun saiznya 2-3 kali ganda lebih kecil tips ni berkesan hokay dengan aku..semua baju bajan dan seluar yang lama tak pernah muat dah boleh pakai juga baju yang terbeli tak pernah berpeluang pakai akhirnya dah boleh dilenjan sana sini.Hari-hari dok menerai depan cermin mula -mula tersekat takleh masuk..lengan besar, lama-lama dah boleh masuk tapi macam barut nangka..hari berganti hari tiada lagi menerai depan cermin tapi terus pakai kesana kemari dengan selesa.Kenapa kena baju kecil?sebab korang akan berusaha gigih nak kasi muat pakai baju tu selagi takmuat selagi tulah korang akan usaha kan yang penting tak putus asa lah.
Contoh : baju dan seluar yang aku pakai neh adalah baju lama..baju saiz 38(S) dan seluar saiz M(agak longgar berbanding masa pakai dulu) seluar tu beli sebelum kahwin baju plak beli masa lepas kahwin tahun 2007 dulu..sebelum ni dok terperuk dalam storage box sebab memang tak dapat pakai pun.Ni gambar petang semalam punya kira candid dan  tak berapa waras sebab cubaan nak ambil gambo tanpa diekori Qaseh ternyata gagal hahah nak gak dia ikut aku kemana pun..
Versi waras punya
Bezanya kan baju dan seluar ni masa beli memula dulu berat aku ketika itu lebih kurang 10kg lebih ringan berbanding sekarang tetapi cemana sekarang  aku boleh muat?sebab dulu berat lemak je lebih walaupun ringan la ni walau berat tapi bukan sebab berat lemak ianya maybe berat otot sebab hasil penimbangan minggu lepas memang body fat berkurang dan jisim otot bertambah..dan tahukah korang otot lebih berat daripada lemak walaupun saiznya lebih kecil dari lemak..dengan adenya otot tubuh lebih kelihatan fit dan kemas..tak kisahlah berat korang 100kg sekalipun tetapi kalau boleh muat baju saiz S ada korang kesah kan.. sebab apa yang dilihat di depan mata lebih penting daripada apa yang tertera di penimbang..berat memang selalu berubah-ubah yang penting body fat yang harus korang fokus kan.

Berat = air dan otot
Lemak = Gemuk
          
saja aku ringkaskan gini supaya uolss paham yang berat badan seseorang tidak mempengaruhi rupa bentuk seseorang itu ada yang berat tetapi dia kelihatan kurus je dan sebaliknya..ini juga supaya korang tidak rasa tertekan bila tengok berat kat penimbang masih besor sedangkan badan makin mengecut..so jangan terlalu obses pada penimbang sebaliknya cuba ukur badan korang guna tali tape,cermin dan baju...
Jadi jangan risau berat korang turun sikit -sikit pun tak sedebuk macam orang lain ia ok aku seniri sepanjang 8 bulan ni berat hanya turun sekitar 100-500gm je seminggu tak pernah berkilo-kilo macam iklan produk kuruskan badan..kecuali 2 minggu lepas masa kena demam dan tonsilitis berat turun mendadak 1.4kg sangat merisaukan aku takut berat otot turut terjejas memandangkan aku telah mencapai berat normal pada ketika ini biasanya berat sepatutnya akan turun skit-sikit je berbanding waktu lemak kita terlalu berlebihan dulu.
Oklah aku kena tamatkan karangan ini sebelum korang muntah ijo migrain bagai nanti aku sambung lagi tips pada entri akan datang..tentang cara untuk atasi berat mendatar atau plateau(berat tetiba berhenti turun) dan macam-macam lagi
apa yang 'kembali' setelah berat berkurangan..



10/02/2012

My Weight Loss Journey Part 2 - Motivasi untuk kurangkan berat badan.

Kembali menyambung cerita..
Terima kasih pada yang sudi membaca sama ada anda pengikut blog ini mahupun pembaca senyap yang suka skodeng dalam diam.
Ramai yang salah faham ingat aku ni ada ambil sebarang produk kuruskan badan dan sebagainya..hakikat yang sebenar TIADA.
Setelah bergelut dengan memacam cara,kini aku hanya percaya pada kaedah yang satu iaitu kembali kepada fitrah..
Banyak yang aku nak tulis kat sini tetapi tak tahu nak tulis  yang mana dulu huhuhu
Pertamanya aku nak kasi tips pada korang yang telah merasa insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan..ingin perbetulkan semuanya..ingin menjalani hidup yang sihat dan normal.

 1) NEKAD
- Semua orang boleh cakap,memang nak buat sangat ni..memang nak kurus sangat tetapi sejauh mana keinginan korang adakah selari dengan usaha yang dibuat atau hangat-hangat tahik ayam?apabila korang nekad nak berubah korang harus konsisten dan kekalkan momentum itu..tak boleh berhenti tetiba.Takda alasan itu ini..Just do it!

2)POSITIF
- Bukan mudah untuk sentiasa positif..terutama pada kaki-kaki sentap.Sekali kena sindir dah rasa down sangat..rasa dunia dah terbalik.Terasa semua orang membenci dan asyik bersangka buruk.Ingat yea..fedulik la apa pun kata-kata negatif yang dilempar orang yang penting teruskan apa yang kita sedang buat..buktikan pada mereka yang pandang rendah pada kita selama ni,yang rasa kita takkan mampu kurangkan berat walau 1gm pun.

3)ILMU
-Sebelum nak memulakan sebarang program diet dan sebagainya pastikan korang menggali sebanyak ilmu yang boleh..Banyak bertanya pada mereka yang lebih berpengalaman dan mempunyai pengetahuan mendalam.Pastikan jangan tersilap merujuk..nanti dapat ilmu yang salah lagi menyesatkan sudahnya diet entah kemana..berat makin bertambah.Aku banyak menggali ilmu dan  dapatkan tips-tips daripada  Kevin Zahri,Sususejat,Livestrong dan lelain lagi.Nasihat aku sebelum mencuba sebarang diet dan senaman pastikan korang mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

4)USAHA
- Jangan pernah berputus asa jika pernah gagal..aku sendiri alami keadaan dipanggil diet yo-yo..ingat tak aku pernah bagi tahu awal tahun 2011 aku pernah cuba tetapi dek hati yang tidak kuat aku gagal dan berat naik mendadak semula..tetapi aku kembali dengan semangat juang yang tinggi untuk 'berperang' habis-habisan..ia bukan semata-mata nak target jadi kurus ke apa tetapi menukar terus gaya hidup sihat untuk selamanya.Bukan semata-mata nak kawal makan sampai beberapa bulan je tetapi hingga ke akhir hayat..InsyaAllah.Sejujurnya aku ada gangguan hormon di mana berat memang mudah naik tetapi nak turun tersangat susah kena berusaha 2 kali ganda berbanding orang lain..so itulah yang aku lakukan..dan ianya berbaloi.

5)PEMBAKAR LELEMAKS SEMANGAT
-Apa yang buat korang bersungguh-sungguh nak buang segala lelemaks jahat yang bersarang dalam badan korang tu?Nak kelihatan cantik menawan?Nak hidup lama?Nak buktikan pada famili korang pun boleh kurus?Nak buktikan pada ex-boipreng/gelpreng/laki/bini yang dorang buat silap besar tinggalkan korang sebab saiz korang membesar bagai juara tu?Nak buktikan pada orang-orang sekitar yang suka mempuakakan korang dengan kata-kata nista bahawa suatu hari nanti...
Tahukah korang setiap kali aku rasa down,rasa malas nak teruskan dan bermacam lagi waktu itulah segala umpat keji,segala kata cacian orang yang telah kau berikan membuatku rasa kosong..kosong itu menerjah dalam kotak fikiran.
Komen-komen seperti hanya lelaki gila seks sahaja yang sanggup tidur dengan pompuan gemok,anak badak,tembam,perut boncit,berat nanang,dagu berlapis dan bermacam2 lagi berlegar-legar hingga aku rasa semacam mahu mengamuk..wahh gitu semangat kembali meluap-luap.So berterima kasih la pada mereka-mereka yang selama ini mencaci maki kita kerana mereka telah bercakap benar mengenai keadaan diri kita..kalau tak sampai sudah kita tak sedar diri.

6) SABAR
- Aku tahu tipikal orang kita kalau boleh semua menda nak cepat kalau boleh serta merta nak kurus..Hallo nak gemok pun makan tahun ni kan plak nak kurus.Tolonglah buang sikap pemalas tu dan tanamkan sifat sabar dalam diri..ingat sabar itu cantik..aku tak pernah nak letak target nak hilang 10kg dalam sebulan dan sebagainya sebab aku taknak nanti mulalah rasa kecewa dan putus asa bila hanya mampu hilang 1kg je sebulan.Tidak mengapa jika hanya hilang 1kg sekalipun sekurang-kurangnya masih hilang juga berat..teruskan sahaja berusaha insyaallah sampai satu ketika nanti korang sendiri takkan sedar akan perubahan yang terjadi tahu-tahu orang ramai mula menegur akan perubahan pada tubuh korang percayalah.

Sebenarnya ada banyak lagi nak aku taipkan di sini tetapi masa sangat mencemburui apa yang aku tuliskan kat sini semuanya berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku sendiri..andai korang tak bersetuju ianya terpulang.Setiap orang punyai pendapat memasing aku cuma berkongsi pengalaman sendiri.
Khas untuk korang supaya lebih rasa teruja dan bersemangat nak kembali ke 'jalan yang benar'
Aku rasa nak gelak bila tengok gambo ni..hadoilah sorok badan dalam kebun teh pun tak mampu nak sorok fakta yang sememangnya aku mengebu segebu-gebunya..tapi itu tahun lepas di zaman gelap aku dulu..sekarang dah insaf dan inilah yang terbaru
"
"

"

"

"

"



9/11/2012

Bukan sekadar menurunkan berat badan tetapi menukar terus gaya hidup sihat untuk selamanya

Maaf sebab lambat nak hapdate tentang hal yang pernah aku janjikan sebelum ini..
Untuk pengetahuan semua aku bukanlah pakar kecergasan mahupun pemakanan yang bertauliah maka apa yang aku kongsikan di sini berdasarkan pengalaman diri sendiri dan juga hasil rujukan daripada mereka yang lebih pakar.

Sebagai mukadimah,biarlah aku kisahkan tentang diri aku dahulu..
Sejak kanak-kanak hingga dewasa aku tak pernah mengalami apa itu kegemukkan..sebaliknya aku adalah seorang yang underweight kurus kering kontang..tak becak kata kawan-kawan aku yang lelaki di zaman remaja dulu..apa ke maknanya pun aku tak tahu.Tetapi biasa sangatlah di ejek dan di sindir sebagai cicak kobin lah dan memacam lagi.
Pernah sekali aku berdiri depan cermin sambil memperagakan tubuh kering ku ini..kakak aku selamba je melahar aku ''tak payah nak tengok sangat..punggung pun takda''
kejam sangat kan..

sampai aku rasa nak minum susu yang boleh menaikkan berat badan lagi time tu hikhik..
Aku mula mengalami peningkatan berat badan secara perlahan-lahan jika tidak salah setelah aku bertunang,sebenarnya aku ada gastrik dan aku selalu sangat skip makan kira tak menentulah waktu makan.Jadi selalulah kena gastrik sampai pengsan pun ada.Dah bertunang ada yang tersayang kan beliau seringlah menasihati aku supaya makan jangan tak makan..
Bila aku dah mula suka makan aku dah takda skip-skip lagi makan dah tu  kerja shift memang tak menentu dahlah tidur pun tak menentu makan pun sama tak kira malam pagi petang kan.

Kemudian bila dah kahwin..aku pun macam biasa seronok nak masak untuk suami dahtu tak reti plak nak masak sikit..masak ala-ala nak bagi satu keluarga makan padahal 2 orang je yang makan kan..time ni aku masih bersaiz S tetapi sudah mula rasa ketat sana sini.

Hampir setiap hari aku jadi DBKL tukang habiskan sisa makanan sebelum nak basuh pinggan kan..yela sayanglah nak buang dahtu apalagi ngap masuk mulut la kan.
Setelah mengandung berat takdalah naik banyak sangat lebih kurang 12kg ini pun aku anggarkan berdasarkan berat yang di timbang masa kali pertama buat buku merah tu kan.

Semuanya bermula selepas bersalin disebabkan melahirkan anak secara pembedahan aku tak berpeluang nak pakai bengkung ketat-ketat(masa ni tak tahu ada bengkung moden)tak bertungku beria.Selera makan time dalam pantang pun boleh tahan gak asyik lapar je hihi.

Lepas habis pantang  aku timbang berat adalah hilang dalam 10 kg dan berat itu statik hingga anak umur setahun.. tambahan waktu tu rajin gak aku bersenam secara perlahan-lahan di taman setiap minggu.masuk tahun kedua makan dah tak berapa nak jaga dah tu rajin plak mencuba pelbagai resepi itu ini kan.Usia pun semakin meningkat,metabolisma pun semakin menurun jika kurang bersenam dan jaga makan maka berat senanglah naik kan.Berat mula naik..aku ada gaklah mencuba macam-macam siap pernah beli produk kuruskan badan yang popular dan  mahal harganya tapi aku cuba satu kotak je..tak berbaloi pun nak teruskan sebab memang tak mendatangkan apa-apa kesan pun.

Kesudahannya awal tahun lepas aku bertekad nak kurangkan berat melalui cara yang paling selamat dan tidak mahal iaitu kawal makan dan bersenam  malangnya aku cuma berusaha sekerat jalan..2 bulan berusaha dengan ilmu yang kurang beserta semangat juang yang suam-suam kuku tengok berat susah nak turun aku berputus asa dan kembali melantak sesuka hati..akibatnya suatu mimpi ngeri yang menjadi kenyataan melanda hidup aku..apakah yang terjadi pada aku?ketahuinya pada entri yang akan datang..
jeng..jeng..
jangan marah arr

 Bersambung...

6/27/2012

Lupakan fesyen makcik-makcik hokay..anda berhak bergaya tidak kira apa jua bentuk tubuh badan anda.

Aku percaya setiap kali kita membuat sesuatu perubahan kita akan nampak awet muda..apabila kita bertukar kerja,membuat sesuatu yang baru dan menukar gaya waima hanya potong 2-3 inci rambut..kita akan segar dan  rasa muda betul tak.
Kali ini aku nak berkongsi dengan kalian fesyen-fesyen yang aku gemari dan serba sedikit review website atau butik-butik di alam maya yang aku gemari.

Selepas beranak 3-4 tahun lepas aku rasa badan ni memang tak layak nak melawa,harus pakai baju yang besar melebeh dan tudung sauk ada awning cepat dan mudah walaupun aku sebetulnya tidak sesuai dengan tudung awning material lycra sebab lepas beranak bahagian atas tubuhku seperti bahu dan dada jadi lebih bidang dengan kata lain lebar sedikit so tudung lycra akan memburukkan lagi keadaan(nampak gemok)..nak-nak jenis bahagian depannya bulat kan so tudung yang sesuai untuk bentuk tubuh ku adalah jenis yang depannya berbentuk tirus  segi tiga gitu so pemakaian shawl atau tudung bawal adalah sangat bersesuaian  terutama dari material lembut seperti cotton ,voile atau chiffon.

Fesyen makcik-makcik bagi pandangan aku(pandangan korang taktau lah) ialah apabila seseorang wanita itu memakai blouse berbutang hadapan dengan corak bunga besar dabak dan warna yang kusam ditambah pula dengan handbag atau tote bag besar gedabak boleh muat 3 biji durian..atau paling hazab kemana saja pergi pakai tshirt berkolar milik suami dah tu lengan pendek disuaipadan dengan jeans saiz besar sampai kena lipat berlapis-lapis bahagian bawah tu(tolonglah bawak pi kedai alter seluar jeans tu kak senah oii)
Jika anda bertubuh besar jangan risau dan takut nak bergaya yang penting keyakinan diri..pakaian yang cantik terlihat apabila si pemakainya kelihatan selesa takda lah asyik dok menarik-narik baju betulkan itu ini..so pakailah pakaian mengikut saiz anda dan keselesaan anda.

Risau nak bergaya macam orang muda nanti nampak seksi?sebenarnya tak semua fesyen terkini itu seksi dan menyesakkan nafas asal sahaja anda tahu menyesuaipadan terutama jika anda berhijab.
Pilihan aku untuk kelihatan cantik dan bergaya  tetapi sopan adalah maxi dress..tahukah anda sebelum ni aku sangat risau dan takut untuk mengenakan maxi dress risau terlihat gemok dan atau lebih kejam disangka sedang mengandung.Walhalnya pemakaian maxi dress mahupun skirt labuh bukan sahaja kelihatan sopan malah menyerlah ciri feminin anda yang selama ini ke sana ke mari dengan seluar dan blouse mahupun tshirt kan.
Gambar adalah dari Thepoplook.com(salah satu butik online kegemaran aku)

Saja tepek contoh maxi dress satu sleeveless dan satu lagi long sleeve(kedua-duanya ada di dalam almari cuma berbeza warna)..anda boleh gayakan sama ada dengan jaket,cardigan mahupun half tops boleh juga di pakai dengan inner tapi aku tak suka sebab inner biasanya ketat melekap pada badan dan macam serabut je kan..boleh di pakai mana-mana majlis termasuk kenduri kahwin atau berhari raya..yang best material yang lembut dan selesa.kebiasaannya boleh muat hingga saiz XL(UK14)

Slinky Pleat Maxi Dress(purple berry) dan  POPPY Ophelia Maxi Dress(dark purple) disebabkan aku suka warna purple maka ini aku muatkan di lemari buruk pakaianku..memang sangat best dan berbaloi..untuk melihat bagaimana ia digayakan dengan begitu cantik dan pelbagai gaya oleh Shea Rasol(sangat suka dengan gaya beliau) boleh tengok sini dan sini  juga di bawah ini
Tidakkah ia berbaloi untuk kelihatan ayu dan sopan sebegini?
Jika anda ibu yang menyusu anak pun masih boleh memakai maxi dress sama ada pakai yang jenis sleeveless(pastikan longgar dan kain memeri) sebab mudah nak selak untuk menyusu atau memilih jenis yang berbutang seperti ini
 Cukup setakat ini dulu kang nak menepek banyak sangat gambar boleh muntah hijau kalian..ni sebenarnya baru mukadimah hahahaha..nanti aku akan buat review tentang website mahupun butik-butik online yang memberi servis terbaik selama aku berurusan dengan mereka..ada tips-tips dan panduan untuk mengenal pasti hehehehhe..
tak lupa nak review tentang fesyen muslimah di kalangan blogger yang menjadi pilihan aku selama ini..

P/S : Daripada tidak pernah suka pakai maxi dress sejak mengandung kini sudah hampir penuh dalam almari dengan pelbagai maxi dress..ternyata si dia juga lebih suka aku memakai 'kain' daripada berseluar kesana kemari.ThePoplook.com merupakan pilihan utama aku jika ingin mencari maxi dress,mahupun blouse dan juga tops. Terdapat dalam pelbagai rekaan,saiz dan ketinggian tubuh badan  selain servis yang sangat tip top.










6/13/2012

Edisi cuci mata : Warna-warna sensasi saya untuk 2012

Salam uolss...rindu menggamit nak bersiaran di blog kesayangan membuak-buak tau so apa lagi gunakan kesempatan yang ada ini kan.
Apa warna kegemaran korang sepanjang zaman atau untuk tahun ini?
Ikutkan trend warna yang tengah hot untuk  tahun 2012 ni antaranya Mint Green,Tangerine,Citron Yellow,Kelly Green dan Coral Pink.
Aku sebenarnya suka semua warna nak pulak yang nampak comel dan ceria ala-ala warna pelangi kan tapi bukan yang terang benderang ianya lebih kepada warna sherbet tahu apa itu warna sherbet? Pernah makan ais krim sherbet tak..haruslah ada gambonya kan nah untuk uolss

ini plak kuih apam yang menginspirasi kan warna sherbet ini..comel dan nampak feminin sangat kan.Sherbet colour atau warna sherbet ialah warna yang menyerupai warna pastel tetapi dengan tone yang sedikit terang.
Warna pilihan CPN untuk tahun ini ialah :

1) Mint Green

dah lama sukakan warna ni walaupun sebelum ni sangat takut nak sesuaikan dengan warna kulit aku yang selama ni hanya menyerlah cahaya keimanannya jika disuai padankan dengan warna yang terang benderang atau gelap sahaja..tetapi kalau nak kelihatan lebih remaja dan feminin dah tentulah warna-warna pastel yang lembut segini jadi pilihan.

2)Lilac
Warna ungu yang lembut dan sangat cantik aku sememangnya menyukai warna ungu tapi sebelum ni aku biasanya memilih  warna ungu seperti deep purple dan purple plum tapi sesekali mencuba sesuatu yang baru dan sudah tentu ianya warna yang hebat kan.

3)Kelly Green
Hijau terang yang sangat ohsem,memang suka warna ini dalam tak sedar aku sudah mula menyemakkan lemari dengan pakaian hijau terang segini.
4)Coral Pink
Warna pink seakan ikan salmon ini sememangnya menjadi pilihan aku tahun ini malah kerana itu juga aku sudah mula menyarungkan kembali sandal Clarks hadiah istimewa sempena hari ibu yang pernah diberikan oleh encik suami 2-3 tahun lepas yang warnanya serupa ini.Sandal tu memang best cuma aku sayang nak pakai kesana kemari risau rosak ke apa maklumlah pemberian orang harus dijaga dengan baik.

5)Apricot
 Jujur aku katakan yang aku rasanya tidak ada satu pun pakaian berwarna segini..atau warna oren dan yang sewaktu dengannya walopun aku ikutkan sangat suka dengan warna ini.Tetapi tahun ini aku berani kan diri membeli maxi dress warna oren cuma belum bersedia nak pakainya lagi huhuhu..

5)Dusty Pink
Sama seperti warna apricot warna pink belacan sebegini juga adalah antara warna yang aku baru-baru nak mencuba gituu..lembut dan sangat feminin..

6)Citron Yellow
Wahhh..sangat ohsem kan warna ni,aku tak banyak warna pakaian yang berwarna kuning mungkin kerana warna ini agak kontroversi kan di negara kita  tapi aku teringin sekali mengenakan dress dari warna ini..dulu rasa nyampah dengan warna kuning sebab sokmo masa sekolah dapat rumah sukan warna kuning huhuhu..

7)Electric Blue
Ini adalah warna kegemaran encik suami suka aku pakai..apa sahaja baju warna ini beliau sangat suka jika aku memakainya so ni kira warna sepanjang zaman gituu huhuhu..warna ni memang menyerlahkan warna kulit aku sebab itu beliau suka tengok huhu..dan ternyata memang lemari aku penuh dengan baju yang berwarna biru hahahahah
oklah cukuplah setakat itu dulu kalo nak cerita semua warna sampai esok pun tak habiskan..nanti ada masa nak cerita tentang fesyen kegemaran plak heheheh
gambo terakhir untuk cuci mata..nyum nyummmm
**Semua gambar adalah sumbangan ankel Google dan kenkawan..

Apa warna pilihan uolss plak untuk tahun ini?

4/11/2012

Tips berblog dan menulis entri di dalam blog(untuk kawan saya yang selalu bertanya)

Selamat bercuti pada yang mendapat cuti umum hari ini..pada sesiapa yang kena kerja padan muka di ucapkan heheh okay gurau je..jangan marah aarr..berkerjalah anda seikhlas hati .
Lama CPN tidak bersiaran di blog ini berikutan internet yang kejap ada kejap takda..geramnya dah seminggu gini tau tak faham kenapa pihak TM terlalu lambat servis mereka dah tu banyak kali dah telefon membuat aduan tapi nampaknya mereka membuat kerja sambil lewa..rasa macam nak pergi je kat pejabat dorang serang hahahhaha..

Ok lah berbalik kepada topik,hari ini baru ada kesempatan nak tulis pasal ni walaupun rasanya macam pernah dah tulis dulu-dulu tak mengapalah sebab ini permintaan orang kan so..ahkak tulis lagi.
Beberapa tips menulis entri di blog supaya menarik perhatian orang untuk membaca walaupun ahkak bukanlah bagus sangat berblog tetapi tetap gak nak berkongsi tips berdasarkan pemerhatian sendiri dan orang lain.

 Keunikan nama blog dan identiti yang tersendiri
-Nama atau tajuk blog memang sangat penting untuk orang mudah mengenali blog kita..lagi unik dan menarik nama nya lagilah mudah di ingati.Perlu diingatkan untuk mencari identiti sendiri bukannya meniru nama blog orang lain.

Font yang digunakan
-ini sangat penting,pastikan kalian menggunakan font yang bersesuaian dan mudah di baca orang.saiz font juga amat penting kalau terlampau kecil tak sempat nak baca entri orang dah tekan pangkah dulu.Maka pilihlah font yang bersesuaian.Warna juga perlu mengikut kesesuaian latar belakang blog itu sendiri kalau guna warna gelap maka warna font yang digunakan harus terang.

Letak widget yang perlu sahaja
-kadang-kadang ada orang yang nak letak semua benda dalam blog mereka.sebolehnya letak yang perlu sahaja jam,kalendar dan sebagainya tak perlu sebab pembaca pun ada jam dan kalendar dirumah dorang so jangan memberatkan blog anda dengan widget-widget yang tiada kepentingan sudahnya blog jadi berat..maka page loading akan memakan masa yang lama.

Tidak perlu berlebihan menghias blog
-Jujur di akui memang rasa meluat dan membosankan bila buka blog orang penuh dengan gambar-gambar dia dari header blog sampai ke footer.Kalau gambar dia dengan suami/isteri dan anak-anak tak mengapa lagi ini gambar kekasih..kalau yang perempuan bertudung bagai molek sahaja gambar laga-laga pipi dengan sang kekasih..hurmm menjengkelkan bukan?bila dah putus cinta letak gambar kekasih baru pulak..aduhai tidakkah ianya sesuatu yang tidak manis untuk di lihat orang?Maka berpada-pada lah jika nak letak gambar pun.

Tatabahasa di dalam entri (Jangan sesekali menggunakan bahasa SETAN)
-sangat-sangat penting pada blogger baru menapak dalam arena blog ini..jangan pernah sesekali menggunakan bahasa setan iaitu bahasa pelat manja nak muntah dengan tulisan kecik besar kecik besar..lagi satu yang amat penting juga sebolehnya janganlah merojakkan entri anda dengan menggunakan bahasa rojak yang melampau iaitu lebih kepada percampuran bahasa Melayu dengan bahasa bahasa lain yang terlalu teruk. Contoh ayat " I tak sure lah macam mana, let see, maybe lepas hujung bulan, I akan cukup duit, then we can go shopping together". Bukan kah sangat jelik bunyi nya itu? Tiada jati diri.

Kalau mahu menulis dalam Bahasa Inggeris, tulislah sepenuhnya. Kalau tidak tahu berbahasa Inggeris dengan lancar (fluent), tidak usah cuba berlagak kebandaran/urban, makanya kalian akan jadi bahan gelak sahaja.
lagi satu tidak salah sekiranya kalian nak menggunakan bahasa pasar yang biasanya kedengaran sempoi tetapi pastikan ianya bukan singkatan kata tulis lah secara penuh bukannya guna bahasa SMS.contohnya ''nak'' jangan tulis 'nk' atau 'KL' tapi ditulis ''key ell'' biasa kita guna perkataan ''wat'' untuk ''buat'' tetapi ada juga orang yang menjahanamkan lagi dengat tulis ''uat''.

Elakkan menaip entri yang panjang-panjang seperti karangan tanpa perenggan
-Mungkin anda suka bercerita panjang-panjang dalam blog tetapi pastikan 'karangan' yang ditaip itu mempunyai perenggan atau boleh memilih untuk menulis dalam format senarai nombor.Ianya lebih mudah difahami dan dan dibaca tidaklah pedih mata dan terasa meleret-leret.Lebih menarik jika di sertai gambar atau karangan bergambar gitu.harus diingatkan bukan semua orang suka membaca karangan yang panjang lebar melainkan jika itu cerita porno barangkali ada la gamaknya yang suka.


Gunakan gambar yang menarik,terang dan mudah dilihat
 -Jika ingin letak gambar pastikan saiz gambar tidak terlalu kecil.Elakkan meletakkan gambar yang kabur dan tidak jelas  gambarnya.Jika gambar yang diletakkan dalam entri itu bukan gambar kita punya pastikan kalian meminta izin daripada empunya gambar dan letakkan link blog..jangan sesekali menggunakan gambar orang lain tanpa kebenaran bagi mengelakkan masalah di kemudian nanti.

Elakkan terlalu banyak bercerita tentang diri sendiri dan keluarga
-sangat membosankan jika setiap kali kemas kini blog hanya pasal diri sendiri,pasal anak dan sebagainya tidak salah nak bercerita tetapi berpada-pada melainkan kalian memang menulis blog untuk diri sendiri sahaja atau kalian seorang selebriti popular ada ramai peminat nak mengikuti perkembangan hidup kalian.Selang selilah menulis blog dengan cerita lain bukanlah suruh menulis cerita pasal gosip orang lain ke apa tetapi fikirkan juga tentang pembaca blog kita biarkan mereka mendapat 'sesuatu' daripada blog kita bukannya rasa meluat dan loya ''balik-balik pasal anak dia macamlah dia sorang sahaja ada anak..''


Elakkan meniru dan mengikut gaya penulisan orang lain
-maka cari lah identiti sendiri,apa tujuan kalian berblog semata kerana nak jana pendapatan melalui iklan atau sekadar menghilang boring atau terikut-ikut tengok orang lain berblog?
contohnya kalian seorang blogger yang suka bercerita tentang mekap maka pastikan gaya penulisan kalian tidak sama seperti blogger yang sealiran dengan kalian..ingat UNIK itu lebih mudah dikenali dan diingati.jika suka menulis tentang resepi dan masakan hormati pemilik asal resepi walaupun kalian sudah mengubah 50% resepi itu mengikut gaya masakan kalian sudah acapkali membaca luahan blogger-blogger otai dalam dunia masakan tentang hal ini.Jangan kedekut dan ego untuk meletakkan link blog empunya resepi lantas mengakui mencipta sendiri resepi asal.

**setakat ini dulu tips berblog nanti jika ada lagi insyaallah akan ada part 2 dan sebagainya..tak boleh nak menaip lama-lama sebab guna broadband pinjam ni line tidak berapa jelas.Lagipun nak melayan cerita pinoy Maningning dekat astro Bella pulak hehehehhe..

2/01/2012

Edisi melawa: Cara potong rambut sendiri ala-ala artis Korea

Dah lama nak stori-mori tapi manjang tertangguh gini la gayanya kalo hidup penuh aktiviti ye dop(alasang)
meh nak share rasanya uolss pun dah tahu kot aku je kot yang ketinggalan ketapi
ini cerita bulan lepas lantaklah kalau dah basi pun janji nak gak share stori..

aku tahu uolss semua selalu feeling nak nampak cantik,nampak feminin cam gadis-gadis Korea kan..kan
walopun aku tidaklah panatik ngan artis Korea ni tapi bab melawa kena gak kagum kan..
so bulan lepas masa balik kampung singgah umah tok suami sebab MIL ade kat sana dok mengutip buah-buahan tempatan yang ada..

so sambil nunggu dorang(puak-puak jantan)dok kait buah-buahan itu aku dok la melayan tengok tv sapa-sapa melanggan astro Byond mesti selalu layan channel OneHD kot gitula namanya...semua cite Korea termasuklah game show ke apa semua ada.

kebetulan tengah dok tayang rancangan Star King adelah ditunjukkan tutorial cengganer nak potong rambut sendiri oleh seorang penggaya rambut artis(cun wooo pompuan tu)
tetiba aku jadi tertarik la plak..mana taknya nampak cam senang gila dia buat..tup-tup berubah muka hanya dengan potongan rambut depan je muka leh jadi macam-macam bentuk.kira takyah gi bayo mahal-mahal nak gunting rambut bleh buat sendiri je janji uolss yakin gitu kan.

malah kalau rasa nak rambut tu nampak pendek ala-ala gaya potongan 'bob' pun bleh kira cam rambut tu disorokkan la so nanti bleh lepaskan semula kasi nampak panjang semula.
dan yang bestnya aku suka dia tunjuk cara potong rambut kasi ade jambul kat depan kira nak ada rambut depan la sama ada biar penuh atas dahi atau biar senget belah kiri/kanan kebetulan rambut aku jenis yang sama panjang kira takde jambul kat depan kan maka aku pun ngetest la potong sendiri..
hoyehhh langsung nampak lebih feminin muka ku huhuhu.




Dan ada lagi video-video lain bleh cari kat youtube yea kawan-kawan



pasti lebih menawan penampilan uolss nanti..:)

10/07/2011

Jangan kedekut bab makan!Edisi mengenali bahan-bahan lelemaks tapi sedap..

Pengalaman adalah guru yang terbaik..pernah tinggal dengan rakan serumah yang kedekut juga sering mendapat kenkawan yang kedekut memang menyeksakan..kalau kedekut dengan diri sendiri takpelah jugak ni sifat kedekutnya itu menyusahkan orang lain..sendiri nak makan sedap-sedap tapi taknak keluar belanja..tau nak yang free je..
hazab sungguh wehhh..bayangkan kita penat-penat cari duit sedikitpun tak berkira ngan teman-teman sementelah ade orang lain yang boleh simpan duit gajinya..pastu ngendeng-ngendeng mintak makan ngan kita..adilkah?grrr kawan pemurah memang menyeronokkan tapi tak patutlah selalu  ambil kesempatan kan..sekali sekala kita pun kenalah bergilir plak belanja kenkawan.
pengalaman hidup susah dan makan bercatu di zaman silam juga membuatkan diri ini tidak pernah berkira kalau teringin nak makan something..takpelahhh walau ketar-ketar tangan nak membayor janji berbaloi..
Hari ni hadek-hadek sekelian akak nak berkongsi sesuatu yek..edisi mari belajar mengenali bahan-bahan utama yang menyebabkan masakan kita terutama dessert..puding memuding..kek dan lelain tu super duper sedap gituuu.
bukan apa biasa ade teman-teman dan juga sedara mara selalu pening dan tak kenal dengan beberapa bahan tertentu serta penggunaannya.. pastu banyak kali menanya diriku ini ye cemana ghupenya..kat mana ade jual..blablaa..so moh kite cekedaut
**semua gambar yang dipaparkan sumbangan ankel gugel dan milik peribadi guwe**
Kebiasaan akak ni ye hadek-hadek kalau wat dessert ke puding ke apa paling banyak guna bahan berlemak di sukai ramai iaitu whipping cream..ok sila beri tepukan gemuruh kepada beliau..kerana mendapat tempat yang pertama..jenis dan jenama yang biasa dibeli dan dijadikan stok berkotak -kotak dalam esbok adalah...
memang biasa simpan yang jenis 200ml punye ni..malas nak beli yang besar-besar nanti takut dah terbuka pastukan tak tahan lama lak nak simpan kan lainlah kalau jenis yang meniaga so kalau time ada sale harga murah memang beli sekaligus 2-3 kotak simpan wat stok.harga tak menentu yea kadang mahal kadang dapat murah..selalu digunakan tuk buat cheese cake,frosting untuk kek,puding memuding,kuah carbonara,kalau buat puding roti masukkan whipping cream dan susu untuk merendam roti sangat la sedap..lembab,gebu dan yummy gituuu..selain tu pernah gak guna jenis yang thickened cream..
sama je lebih kurang fungsinyaa..dulu-dulu biasa guna ni untuk makan dengan pavlova..kalau malas benor guna jenis yang spray tu jek huhuhu..tapi yang tu tak sesuai lah kalau untuk dimasukkan dalam masakan yea just spray kat atas dessert ke minuman sesuai lah..
ni plak sapa-sapa tak kenal yeaa...cream cheese Philadelphia
antara bahan utama nak buat masakan yang berasaskan cheese..ade banyak jenama lain tapi setakat ni jenama kraft mendapat tempat teratas dan sering menjadi pilihan utama..menurut otai-otai masakan ia lebih sedap berbanding yang lelain meskipun harga sedikit mahal..antara jenama lain yang orang penah guna tapi akak tak pernah guna masih setia dengan kraft ialah Tatura..
Mungkin nanti boleh la kot terai..mana tau sedap juga kan..sebab selalu juga dengar orang guna yang ni..
Bagaimana pula dengan mentega atau dalam bahasa pasar butter orang panggil..mentega yang murah dan senang di dapati tak lain tak bukan Buttercup tapi ramai kata kek yang menggunakan Buttercup ni kurang ummph dan kelihatan rasanya sama seperti kek-kek murah yang dijual kat kedai runcit tu tapi tak salah pun nak guna ikut selera tekak masing-masing la sama macam orang-orang tua kat kampung lebih gemar guna Marjerin Planta kalau nak buat kek ye dakk..
So mentega pilihan akak setelah mentega termahal GC tak halal mujur tak sempat lagi nak gunakanya walo dah berpuloh tahun orang gunakannya tetiba tak halal pulok ;)..taraaaa
mentega jenis ni pun buleh tahan gak mahalnya..kalau yang unsalted tu biasanya lebih mahal dan ringan daripada yang salted..tak sampai 250gm pun berat seketul.setakat ni guna untuk membaking kek dan mengukis ok gebu..rapuh elok je kukis-kukis ku ini..mentega pilihan lain antaranyaa..
juga mentega ini..
Kalo yuolls rasa ada mentega jenis lain yang terbaik jangan lupa habaq mai yeaa..
Memang dasar mende-mende berlemak ni semua sedap..maka tak ketinggalan pemenang seterusnya untuk pilihan ramai kategori keju bertali-tali bila makan terasa yummyyyy..
Mozarella..

juga yang biasa digunakan sekarang dan sudah jatuh cinta sama ini..

kalau buat lasagna..pasta bakar..pizza ke..wat ever kuah carbonara pun akak taruk ini..kegemaran dan Qaseh hihihi..
kategori gambo ulangan tapi penting juga untuk mengetahuinyaa..
mascarpone cheese harga berganda-ganda mahal..baru-baru ni guna brand apatah sedapppppp juga untuk frosting RV yummyyy..
Biskut jejari wanita..aka lady fingers biasa beli kat kedai bakeri  kuantiti lebih banyak berbanding yang kat pasaraya pek dia lebih kecil..encik suami selalu request nak Tiramisu kadang-kadang dia yang merajin tanya''tak beli biskut tiramisu ke''..selain biskut ni boleh gak digantikan dengan kek sponge perisa kopi.
Hehe..ikutkan ade lagi nak kongsikan bersama tapi masa agak suntuk yea adik-adik akak bizi sesangat maka setakat ini dulu perkongsian ilmu kita nanti..akak ni bukannlah pakar masih belajar mengenali lagi..kita cuba jaya laa kan kalau tak sesuai tak sedap kita cuba jenis yang lain..gituuu kan..
bertemu lagi kita di lain waktu yang sama mungkin lepas ni kita belajar mengenali jenis-jenis dapor gas pulak aci gituuuu ..

FAKTA :Dah berbulan tau masak guna dapur gas sebelah je boleh pakai..sebelah lagi takmo kuar api dah..tensen tau gigih gak tu masak memacam..nunggu habang room mate sudi membekki  ntah bila beliau asik sebuk jehh takpun beli yang baru jela lalalalaalalalaaa....

10/06/2011

Tips mudah untuk meGajahkan badan

Senja kelmarin aku mendapat berita yang amat menyedihkan daripada penimbang mahal ku..cait..bacaan yang terpapar buat aku merasa sentap yang teramat sangat..
lantas aku merajuk dengan beliau..
namun demikian aku tetap berfikir secara positif bahawasanya..beliau sedang mereng kot sebab tu bila aku memijak-mijak badan keras kejung beliau..angka -angka yang muncul semuanya besar-besar belaka.
aku begitu marah sehingga merajuk takmo makan malam..padahal abis gak nasi sepinggan biasa dua pinggan
jadinya aku nak berkongsi tips kejelitaan dengan kalians semua..pasti korang selama ni dengki dengan kejelitaan,kegebuan..yang di miliki diriku ini kan..kan..
ternyata meGAJAHkan tubuh lebih MUDAH berbanding meKERENGGAkannya..

memang mudah..tak perlu disiplin yang ketat pung...
  1. Korang pikir korang dah makan banyak tapi tak besar-besar jugak badan kan..masalahnya banyak mana yang korang makan tu..takat makan sepinggan nasi putih,1/4 dari sekor ikan goreng,sayur tumis sesudu tu tak banyak wehhh..lain kali makan nasi goreng mentega,ikan sekor saiz besar punya..sayur gulai lemak jangan lupa dessert selepas makan..pastikan aiskrim sebekas jadi santapan.
  2. selalu makan kat restoran fast food makan ayam kepsi berketul-ketul tapi tetap besar tu gak badan tak naik-naik..kalau takat makan ayam bahgian dada yang banyak daging tu jangan mimpi nak megajahkan badan uolls harus makan bahagian drumstick iaitu peha gebu pastikan kulit yang rangup berminyak tu korang kekah sekali.
  3. hari-hari setiap minit mengunyah kenapa tak gebu-gebu gak?korang kunyah apa takat kunyah chewing gum memang la takde yang berubah..haruslah korang mengunyah cekedis,jajan atau kerepek..pastikan ianya mengandungi banyak bahan perasa juga lemak-lemak degil yang membuatkan korang tak kenyang gak meskipun dah balun 3-4 bungkus.
  4. makan nasi berpinggan-pinggan 4-5 kali sehari sebelum tido pun sempat supper dengan nasik lemak lagik..lauk rendang ayam lak tuu tapi kalo kerjaan korang tu lebih berat ngalahkan kerjaan buruh kasar 24 jam berkoje memang takkan besar-besar kecik gitu gak..lain la korang lepas makan tido..lepas makan melingkar serupa ulor sawa...tunggu 2 minggu jeaa..sila beli seluar baru hukhuk.
  5. rajin memasak juga rajin melantak tapi ngapa tak bambam jugak..hahaha apa yang di masaknya rebus telur,masak megi..kalo rajin membaking kek yang kaya dengan lemak-lemak degil pastu melantaknya sorang diri insyaallah...pasti bambam bagai di pam-pam nanti.
  6. ingat selain pemakanan yang diselubungi karbohidrat yang tinggi juga kandungan gula yang super duper tinggi,lemak-lemak degil dan kurang serat faktor cara hidup juga mempengaruhi..jika anda seorang yang aktif,hutang keliling pinggang selalu memikirkan hutang sampai tak lalu makan maka susah sikit nak bambam tetapi sebetulnya bergantung kepada bagaimana korang menangani stress dan masalah dlm hidup..ade orang jadi korang selera makan ade juga yang bertambah-tambah makan.terapi katanya..aku lah tuh..
  7. ada kajian yang menunjukkan jika kalian sedang berbahagia contohnya sedang bercinta,bertunang atau berkahwin pun mempengaruhi kenaikan berat badan..so takyah nak heran kalau ade teman-teman yang bertambah gebuss selepas kawen normal la tuhhh..apatah lagi selepas beranak..hormon mengandung masih tertinggal..aku lerr tuu
  8. namun demikian jangan korang ingat tubuh seseorang itu menggebu hanya sebab pemakanan dan gaya hidup..bukan itu aje malah ada sebab lain jugak gangguan hormon dan pengambilan ubat-ubatan juga mempengaruhi sebab ada sesetengan ubat akan menyebabkan badan menyimpan lebihan air dalam badan so jangan nanti asal nampak orang yang gebuss je dan-dan korang saspek beliau kuat makan..kecik ati tau.
  9. tido yang tidak mencukupi juga menyebabkan kegebuan dan kebambamman you know...
  10. Sebenarnya kalau dah bermacam cara korang buat tak berhasil jugak barangkali perlu diambil kira faktor genetik dan kadar metabolisme  tubuh korang..sebaiknya gajahkan diri dengan cara yang sihat iaitu biar otot-otot yang mencantikkan tubuhmu bukan lelemaks degil yang menyebabkan mu nampak lebih berisi dan sihat..

9/21/2011

Perkara-perkara yang patut di buat dan tak patut di buat bila..

Cuaca tak menentu membuatkan mood acik juga sama hahaha..makin malas dari hari ke hari..mana tak nya hujan..mendung dan sejuk..bila dah sejuk koser la nak merajinkan diri selain berhibernasi ye dok..
namun sebagai manusia normal yang jelita haruslah merajinkan diri wehh..bak kata MIL ''jangan dilayan sangat..lawan semua rasa lemau,takda mood ke apa''..hahahha
Sempena mood raya yang masih tersisa ni acik nak berkongsi tips juga pandangan ikhlas gitu..kena lak ngan musim open house sana sini orang beraya kan moh kita cekedaut...
Patut bila
  • orang menjemput datang kerumah maka haruslah kita memenuhi jemputan itu melainkan ada hal-hal yang tak dapat di elakkan dan juga keuzuran..paling hazab setiap tahun orang jemput haram jadah nak maghi bila time kita buat makan-makan baru kita rasain gimana bengangnya bila penat-penat masak orang non hadoo nak datang..
  • jika tak dapat datang maklumkanlah pada tuan rumah,kendian jika ada waktu terluang boleh datang menziarah pada waktu yang lain..takyah tunggu raya bila-bila pun boleh kan..
  • jaga kelakuan dan mata kita bila bertandang umah orang..takyah nak komplen masakan orang,rumah dia cemana,tandas dia berlumut ke apa..tak baikk tau..kelakuan anak-anak pun harus di pandang berat.
  • ambil hati tuan rumah dengan menjamah juadah yang terhidang walaupun sedikit..jangan tengok je wat tak reti kecik hati tuan umah..
  • ringan tulang bukan panjang tangan hehehe..dah makan tak reti-reti nak buang pinggan kertas dalam tong sampah kalau pinggan biasa sila-sila lah bawak ke sinki..tak perlu merajinkan diri nak basuh bagai sekadar letak ajalahhh lain la korang tu anak dara pastu tuan umah ada anak teruna hahahahahaa harus kot sinsing lengan baju langsung berkampung kat umah orang basuh pinggan segala..
  • tuan umah lak kalau orang datang bertandang tu janganla buat tak tahu atau tak endah..layan la tetamu supaya tetamu merasa selesa dan tidak kekok di biar seorang diri melangut tengok dinding..
Tak patut bila
  • tuan umah hanya menjemput kita sefamili tapi kita pakat panggil segala kaum kerabat,kawan-kawan juga jiran tetangga datang ke rumah orang tanpa memberitahu terlebih dahulu pada tuan rumah,bukan apa kita tak tahu adakah tuan umah tu menyediakan juadah yang mencukupi atau tidak.kesian kat tuan rumah rasa bersalah jika ada tetamu yang tak dapat makan ye dok..
  • ahli keluarga tuan rumah sombong melampau-lampau..takdenya nak bersalam-salaman  atau berramah mesra dengan tetamu yang datang..kalau si suami tu tahan la dok bersilang kaki borak ngan kenkawan dia ja..ishh dah pernah kena tau kenangkan member tu baik dan sangat peramah tapi sikap sombong si suami  dia telah buatkan kita yang bertandang rasa kekok dan tak selesa..sampai tetamu rasa nak bergegas je balik umah..malu sangat bila orang layan kita macam ni.
  • bertandang lelama sampai tetamu lain takde ruang nak duduk atau makan..ishhh-ishh kalau awak tu sedara mara ke kenalan rapat takpe lagi wehh..agak-agakla kan reti-reti la beransur kasi can kat orang lain hahahaha
  • biarkan anak-anak yang nakal sentuh barang-barang kat umah orang..perhatikanlah juga ya anak-anak jangan mak pak sedap makan anak buat kecah kat umah orang buat tak perasan.
  • anak-anak buka sampul duit raya depan tuan rumah..haha yang ni sebaiknya janganlahh tak manis kata orang..
  • puji laki tuan umah ganteng..hensem dan seangkatan dengan nyaaa..sangat tak patut jika kalian tu anak dara wakakakakakaka..
  • sesuka hati masuk bilik tidur tuan rumah sekaligus baring-baring segala..privasi orang harus di hormati gitu hikhiks..
  • bergaduh laki bini atau pakwe makwe kat umah orang sehingga mengganggu tetamu lain..ha ni memang sangat tak patut kihkihkih..
Sebetulnya banyak lagi tapi terdaya kederat jari jemari nak menaip hahaha..

5/10/2011

Tips menghadapi cuaca panas..apa yang harus dilakukan?

Sejak beberapa minggu ni kan kalau kalian perasan ade gak ke yang tak perasan barangkali anda telah terlalu lama tinggal dalam gua gamaknya cuaca sangat panas dari pagi membawak ke malam..tidak lah sudi hujan datang bertandang..mulalaah ramai yang merungut tak tahan panasla..rimaslah,susah nak tidur memalam laa heheh..jangan marah-marah tak elok untuk kesihatan so jom kita layan tips-tips yang mungkin berguna tuk kalians bila berdepan dengan keadaan panas terik begini.
~Banyakkan minum air masak atau air kosong sekurangnya-kurangnya 8 gelas sehari,selain dapat mengelakkan hidrasi ia juga dapat menyejukkan badan..so meh pakat minum air okey..
~sebaiknya kurangkan aktiviti luar ketika panas terik,lebih elok duduk berehat di rumah melainkan ada hal yang mustahak yang perlu di lakukan jika tidak duk je dendiam kat umah kang cair lak korang kalau manjang berjemur kat luar umah muahhahahaha..kalau nak keluar rumah tu jangan lupa gunakan payung atau topi.



~walaupun sekarang ni tengah musim durian,sebaiknya elakkan daripada mengambil makanan yang boleh menaikkan suhu badan kalian seperti durian,buah anggur ke..tapai apa-apa sahajala makanan yang yang mengundang panassss hahahah

~sebolehnya jangan ambil atau kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi..minum air kosong sajokk sebaiknyaa..takpun minum minuman isotonik yang rendah kandungan gulanya kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.





~haaah yang best sekalik adalah mandi..yihaaaa..jangan lupa mandi lak nanti lagi bertambah panas hehhehe...mandilaa sepuas hati korang tapi kalau gik mandi kat tempat-tempat seperti air terjun ke,sungai ke apa..pastikan keselamatan kalians diutamakan..

dah mandi pakai la pakaian yang ringan,yang warna-warnanya terang dan longgar..


Ok..harap tips itu berguna tuk kaliansss...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...