Mereka Yang Terbaik..!

9/19/2012

Mencari Tadika Untuk Qaseh..fenin..fenin

Macam-macam masalah melanda hidup aku akhir-akhir ni..salah satu hal dok pening sekarang ni memilih mana satu tadika yang sesuai untuk Qaseh..tahun depan aku dah start nak hantar dia bersekolah..puas menggodek-godek membaca review orang pasal tadika tapi maklumat ternyata kurengg..
Qaseh satu-satunya zuriat yang aku ada ketika ini.. keselamatan dan keselesaan dia bagi aku amat penting..

Bukan mudah nak lepaskan anak yang dijaga sejak beratnya 3.85kg hingga kini dah anak dara pun heheheh..tambahan plak Qaseh tu ada masalah sikit dalam berkomunikasi dia agak pemalu dan sukar nak berbual dengan orang apatah lagi yang tidak dikenali..tapi dia teringin nak berkawan cuma yelah maybe selama ni selalu main sorang-sorangkan..so aku harap sangat bila dia dah sekolah sikap pemalu dia akan berkurangan dan boleh berkomunikasi dengan lebih baik.

Semalam sempat lah merayap sekitar kawasan taman aku tinggal ni mencari tadika yang sesuai..sebolehnya nak tadika yang berdekatan dengan rumah itu paling penting bagi aku.Senang jika berlaku hal yang tidak di ingini mudah nak ke tadika tu kan..setakat ini aku belum dapat buat keputusan mana nak hantar Qaseh..banyak hal yang perlu dititik beratkan.Ternyata mendapatkan tadika yang berdaftar dengan JKM sangat sukar sebab takda..tak pasti sama ada JKM lambat update di web dorang atau sememangnya pemilik tadika tak renew lesen atau memang beroperasi secara haram sahaja..

Kenapa penting sangat-sangat tadika yang berdaftar?memang sangat penting sebab proses untuk dapatkan lesen itu sendiri sangat rumit dan melecehkan bagi pemilik tadika..banyak sangat ujian saringan dan memacam lagi termasuk aspek keselamatan,berkaitan menu,tenaga pengajar yang terlatih dan aktiviti anak-anak.
Malah pihak JKM akan sentiasa memantau tadika tersebut so sekurangnya sebagai mak pak kita rasa lega la sikit nak melepaskan anak-anak kita dibawah jagaan orang lebih-lebih lagi jika kita tahu mereka di kalangan yang terlatih dan mempunyai tauliah serta diiktiraf oleh pihak yang berkaitan.

Ulasan aku mengenai tadika-tadika yang sempat aku jenguk

1)Tadika SATU(sengaja takmo buh nama apa tapi bukanlah tadika yang femes selalu disebut orang tu kan)
-Cikgu dia muda dan manis,aku tak dapat jenguk kat dalam lagipun cuma sembang di pintu je..tak tahu berapa yuran dan lelain sebab pendaftaran hanya dibuka bulan November sahaja..aku macam berminat dengan tadika ni tapi belum dapat buat keputusan dah tu plak lupa nak ambil no telefon huhu

2)Tadika DUA
-Cikgu dia peramah dan ajak aku masuk..masa masuk bebudak yang transit sedang tengok TV dok bergelepangan atas lantai.
-masa aku datang tu dalam pukul 2 lebih dan menurut cikgu tu kat tingkat atas ada bebudak dok mengaji nanti lepas mengaji mereka makan beramai-ramai.
-Aku agak pelik sebab dah pukul 2 baru nak makan napa lambat sangat,lebih-lebih lagi ada yang dah tertidur itupun dikejutkan cikgu tu sebab nak makan plak.
-Yuran tadika ni tak begitu mahal tapi hanya akan diberitahu jumlah nya bila pendaftaran dibuka hujung tahun ni..
-Ada pengangkutan di sediakan,suami si pemilik tadika yang ambil dan hantar bebudak.
-Ada macam-macam program termasuk yang berkaitan dengan pendidikan islamik.

3)Tadika Perpaduan
-Ni tadika bawah gomen kan..sini takda tadika KEMAS
-Cikgu agak kurang mesra IbuBapa..heheh bercakap dengan aku ala-ala nak tak nak je
-Untuk budak umur 5 tahun sessi petang kul 12pm-4pm
-Yuran tak tahu berapa tapi dia dah bagi aku borang

4)Tadika PASTI
-Takdapat masuk dalam tadika cuma sembang kat pintu pagar je
-Yuran bulanan dan pendaftaran murah
-Ada pengangkutan di sediakan
-Pembelajaran lebih kepada Islamik
-Tapi tadika nya nampak kurang ceria plak heheh

Itu antara tadika yang sempat aku jenguklah ada yang tak pergi tengok pun lagi..ingatkan nak hantar Qaseh kat Pra-sekolah tapi untuk umur 6 tahun sahaja dan pendaftaran telah lama ditutup..dah penuh kekdahnya.
Kalau korang ada cadangan dan pandangan untuk di utarakan dan dikongsi bersama sangat-sangat aku alukan..
Maklumlah ibu muda yang baru pertama kali nak hantar anak ke Tadika ni memang masih banyak sangat tips yang diperlukan.
Sebolehnya takmau tadika yang agak jauh serta yuran yang sangat membebankan memang kami tak mampu..
Susah gak kan sekarang ni nak hantar ke tadika je ngalahkan nak masuk U huhu..lagi sakit hati baru sebulan belajar dah macam-macam hal yang tidak enak plak terjadi..yang susah mak bapak jugak kan.

Inilah budak yang nak masuk Tadika tuh..suka bergaya seperti model ni gaya sakit gigi namanya..

4 ulasan:

Angah berkata...

sama mcm saya,dlm dilema...skarang keja syif.thun dpan anak 5thun,pening bila pikir,yuran mcm nak masuk u,...aduhaianak....dugaan tol..thun depan nak dpt adik pulak tu,lagila kena hitung betui2..huhu..sekarang say akeja syif,..maybe thun dpn kena aply opis hour la kan....sungguh dilema huhu...

Cik Puan Nurul berkata...

khen dilema sungguh huhu

Daddy Ziyyad berkata...

Betul tu..karenah birokrasi itu sendiri menyusahkan proses pendaftaran tadika....bagus entri ni..sebab hari ni, saya pun bercerita ttg benda yg sama....

Cik Puan Nurul berkata...

daddy ziyyad:setuju..hehe yelah boleh share pendapat kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...