Mereka Yang Terbaik..!

7/14/2010

Saya bukan Chef

Salam Rabu..mood saya pagi ini biasa biasa saja kalau tak berapa gembira pun kena gak lak menggembirakan hati..kalau dimulakan pagi hari dengan muka masam nanti semua kerjaan pun tak menjadi..

mungkin ramai kenkawan di alam maya ni tahu saya suka letak resepi berserta gambar sama ada di blog mahupun di 'muka buku'..selalu gak saya terima komen daripada kenkawan yang cakap saya ni dah macam chef itu belum lagi kalo ada kawan yang call pastu soalan pertama mesti tanya' hari ni masak apa..blabla....



Sebetulnya saya bukan chef ataupun nak berlagak macam chef saya surirumah yang biasa-biasa saja suka mencuba masakan baru supaya keluarga saya tak jemu hadap masakan yang sama je..

saya juga pernah membakul sampahkan masakan saya bila tak menjadi ataupun tak menepati citarasa yang dikehendaki bukan semua masakan tu menjadi pada kali pertama mencubanya..yang penting kita tidak berputus asa dan terus mencuba dan belajar dari kesilapan..bagus sebenarnya bila ade kesilapan so kita boleh 'post mortem' balik apa yang terlebih apa yang terkurang..



Contohnya saya pernah cuba buat Puding Roti Marble berkali-kali adelah 2-3 hari gak duk ulang buat sebab asyik tak menjadi..problemnya berpunca dari agar-agar yang saya gunakan kali pertama buat menjadi tapi tak puas hati ngan corak marble lagipun masa tu guna agar-agar yang bertali sedangkan resepi asal guna agar-agar serbuk..bila dah guna yang serbuk langsung tak menjadi bayangkan puding tu langsung tak membeku cair macam tu je sampai sudah..geram gak,saya buat balik guna agar-agar bertali gak akhirnya.

saja letak pic Mi Kuah Udang stail Utara,saya buat minggu lepas saya ni jenis tak suka sangat makan nasi so selalu la nak makan mende berkuah begini..nak makan mi udang Kuala Sepetang entah bila so baik buat sendiri jela..

ni Puding Triffle..kali pertama buat dah lama dah nak buat tapi tak terbuat-buat gak sepatutnya lapisan atas guna jeli kristal tapi takda kat rumah yang ada agar-agar serbuk tanpa perisa lak tu so saya cuba la kreatif sikit guna agar-agar pastu campurkan ribena sikit bagi rasa masam untuk seimbangkan rasa dengan lapisan kastard dan kek swiss roll yang dah tentu manis..pastu bila nak makan saya letakkan whipping cream dan sedikit sirap coklat..buleh gak nak makan ngan aiskrim vanila takpun yogurt.



Gambar dari tepi..ni yang letak dalam mangkuk ABC(betul ke ni namanya ke mangkuk cocktail..layanla) syukur encik suami suka dan makan ngan banyak haha..beliau cakap sedap bulehla saya buat nanti time Ramadhan..bagi saya tak ngapalah kalau orang lain cakap tak sedap tapi kalau suami kita makan sampai tak cukup pinggan dah cukup bagus bagi saya sebab sampai bila-bila pun kita takkan dapat menandingi masakan paling sedap di dunia bagi seorang suami iaitu masakan ibunya sendiri meskipun hanya ikan goreng dan sayur tumis..


Lagipun apa yang kita buat kalau ianya menyenangkan hati pasangan kita pahala ganjarannya..tul tak..? dan para suami kalau boleh janganla sesekali nak compare masakan bini anda dengan ibu sendiri sebab setiap masakan tu mesti ada citarasa dan trademark tersendiri tuk membezakan masakan kita dengan yang orang lain punya walaupun rupanya sejibik..

sekurang-kurangnya berilah kata-kata semangat sebab sudah pasti isteri kalian sudah berusaha buat yang terbaik..kasilah kembang sekejap..ahaha..


6 ulasan:

Ina Hashim berkata...

salam ziarah

yum yum puding triffle tuuu

firahadifa berkata...

waaa.. nk resipi puding tue..

Cik Puan Nurul berkata...

@Ina Hashim
haha sedapkan..

Cik Puan Nurul berkata...

@firahadifa

nanti saya tepek kat sini insyaallah

::Kak Sambal:: berkata...

wahhh sedapnyer....

Cik Puan Nurul berkata...

@::Mamalyna::

hahah tengok gambo pun dah tau sedap lap sikit ayaq lioq tu hikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...