Mereka Yang Terbaik..!

8/17/2010

Sup telur dengan sawi

Setiap kali nak memasak samada tuk berbuka atau bersahur saya mesti fikirkan resepi apa yang sesuai tuk si kecil pon buleh makan so pilihan yang sesuai biasanya jenis yang berkuah sebab Qaseh memang suka makan kalo ade kuah daripada dok makan nasi yang kering je..tup-tup baru ni ternampak kat belog Mamalyna dia buat sayur buh telur (saya suke kalo masak mi segera buh telur dan sawi) terus mai idea nak masak gak..sebelum ni penah gak nak wat sup telur bagai tapi buat yang ade fucuk,suhun,cendawan kering dan macam-macamla lagi..tapi kali ni wat simple jee

senang je nak watnye ni kategori masakan campak-campak yang sedap dimakan

Bahan-bahan

seikat sawi hijau

sebiji lobak merah

2 biji kentang dipotong 4

3 biji telur ayam

2 ulas bawang putih-ditumbuk

2 biji bawang merah-ditumbuk

halia agak2 seinci gitu-ditumbuk

sedikit lada hitam yang ditumbuk

sedikit minyak andainya kalian nak menumis



cara memasaknya

-letak periuk atas dapur dan masukkan air kedalamnya-air ikut suka nak kuah sikit buh sikit

-masukkan sekali kentang dan juga bahan-bahan yang ditumbuk.

-agak dah mendidih dan kentang pun dah empuk pecahkan telur ayam kat dalam periuk dan masukkan sekali lobak merah

-bile dah agak masak masukkan sawi,perasakan sekali ngan garam secukup rasa.



Saya memang tak menumis kalo nak buat sup ala bersayur camni,kalo buat sup ayam pun saya buat simple je masukkan semua ayam ngan kentang dalam periuk sekali dengan bahan yang ditumbuk pastu masukkan kulit kayu manis,bunga lawang,lada hitam dan buah pelaga sekali dah mendidih barula masukkan lobak ke,batang seleri ke,tomato ke..idea masak simple camni wujud sebab kalo menumis nanti banyak minyak tambah ngan lemak ayam sedia ada lagi..kalo nak buh sup bunjut pon ok sebab takde sup bunjut saya buh jela rempah ratus tu seketul2 gitu huhu..yang penting rasanya sama saja dan juga sedap.

5 ulasan:

Hayatie berkata...

aisey, sy pula suka menumis...ikut masakan la. Tapi kena gantikan lah minyak tu pada minyak tiada kolestrol cam minyak jagung ke, minyak bunga matahari ke, klu nak kopak duit lagi, guna minyak zaitun terus..hihi!Kalau nak goreng je guna minyak sawit je, huhu..oklakan..kui kui

qasehadam @ nurul berkata...

@Hayatie

tuler guna gak minyak zaitun tuh..kemain tuk ank sanggup tu beli.saya menumis gak tp ikut keadaan la biasa kalo masak tuk ank mmg xtumis tp kalo cam buat bihun sup ke tumisla..

~cUmIeChIqI~ berkata...

nak try la tgah hari ni. hehehe

klANA berkata...

sedap dan berkhasiat tu,nyum

klANA berkata...

sedap dan berkhasiat tu,nyum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...