Mereka Yang Terbaik..!

12/09/2010

Bapak kawan koi dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hari ni sambungan filem Zombi(zombaaa..)Kampung Pisang iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah keluar kat panggung..rasa macam nak gik tengok tapi sempatkah huhu...Tak banyak filem melayu yang saya suka biasanya kena tengok sape yang direct nya kalau arwah Yasmin Ahmad,atau Afdlin Shauki memang saya layan,yela orang kata kalau filem melayu baik beli cd pairet je daripada bazir duit tiket wayang.Sampai camtu sekali ye.saya memang peminat no.1 filem-filem Mamat Khalid yang saya kira ala-ala Stephen Chow gitu lawak yang nampak cam mengarut tapi sangat dekat dihati terutama bagi orang kampung macam saya ni.Ingat lagik dengan filem Man Laksa kelakar tak ingat terutama scene penyanyi jemputan menyanyi kat pentas..muka semua biasa-biasa je selamba je lawak diorang.malahan watak-watak seperti Saedon Dengki mengingatkan saya kalo kat kampung mesti setiap orang ada nama gelaran memasing kan contoh Mail 400 sebab nombor umah dia 400,Man Angguk sebab tak pandai membaca hanya tau mengangguk je apa orang cakap huhu dan ramai lagik.Dah sebut pasal Man Laksa ingatkah lagi kalian dengan Gagak di Rimba atau dialog popularnya ''saya sebagai ajk Kampung Talang bla...bla.pelakon pakcik yang melakonkan tu nama popularnya Man Kadir atau juga dikenali L.Man Kadir Shamsi atau nama sebenarnya Abdul Kadir.Pakcik nih bapak classmate saya masa sekolah menengah,dah jadik cekgu member saya tu.Hari tu ada gak saya tanya pasal pilem ni kat dia huhu..Man Kadir nih memang lawak dedulu dia ni penah gak mengarah drama yang lucu-lucu time Bell ngan adik-beradik dia kecik-kecik dulu ingat lagik saya.Kali ni Man Kadir ada lagi dalam cerita Hantu Kak Limah ni kalau dalam Zombie Kampung Pisang dia jadik zomba kali ni nak tau kena pi tengokla pilem nih..

Pasnih boleh tengok lagi Awie pakai tuala kat kepala.saya suka sangat scene time Awie cari seluar sebab dia tak selesa pakai kain pelekat je masa dalam zombie kampung pisang..sama macam saya rasa tak selesa kalau dalam keadaan yang mencemaskan pakai kain batik ke apa rasa cam tak selamat je lebih selesa kalau pakai seluar nak-nak kalau kena berlari ke apa.

jom layan promo Hantu Kak Limah Balik Rumah(tajuk je dah nak gelak..)











Kalau tengok OST lagu filem ni lagu Cinta Kristal(lagu Rahim Maarof) yang dinyanyikan semula oleh Awie pun bess gakk..rasanya filem komedi kampung cenggini lebih seronok ditonton daripada melayan cerita rempit,sempit la atau pompuan murahan ke ape..

3 ulasan:

Elly & Emmy berkata...

mesti kelakar citer hantu ni.. kalau serius tak bes.. terjerit2.. pening paler koi tgk...

Cik Puan Nurul berkata...

memang kelakar punggg huhu

NaniRostam berkata...

Salam. memang lawak. gegar panggung dengan suara gelak saya.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...