Mereka Yang Terbaik..!

12/10/2010

Penat ketawa tengok Hantu Kak Limah..

Semalam tak la begitu plan nak gik tengok wayang tapi tup-tup encik suami call suh bersiap nak gik GSC Alamanda ajak tengok pilem Hantu Kak Limah Balik Rumah.Memula tu risau gak la kan ada lagik ke tiketnya kalau kabo awal-awal boleh booking melalui online je.So sampai sana dalam pukul 6 lebih gitu memang tak berharap sangatla so beratur jela macam biasa
Gambar gegar-gegar..tak taula depa dua orang nak tengok cerita apa barangkali Narnia ke,apa uhukss.. cer teka sapa ni wehh beratur belakang kiteorang.

Apa yang kelakar sangat weh pilem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni...sebelum tu nak cerita sebenarnya tiket dah abis tinggal hok pukul 11 malam pun seat depan skrin je tu pun 2-3 ketul je.Orang tu kabo kalau hok yang kul 8.45 tinggal yang reserved je mengkalau diorang tak tuntut tiket kul 8.15 nanti iaitu ketika release time maka tiket akan dilepaskan pada orang ramai..tapi kalu nak memang kena rebutla ngan orang lain yang beratur gak.So kami pun takdela berharap sangat so gikla makan dulu pehtu gik solat sesiap kat surau berdekatan(solat harus ditunaikan ye walaupon nak tengok wayang).Pukul 8pm kiteorang gi beratur semula..ekceli saya je yang beratur pong suami melayan Qaseh dan tengok ade akak tu pun nak tunggu tiket yang sama,so kami tunggula dekat ngan kaunter bila dah kul 8.15 kiteorang pun apa lagi terjah la.Dah memang rezeki saya dapat 2 tiket di line tengah tapi belah tepila memang nak yang tepi dekat ngan dinding senang nak menyusu Qaseh nanti..ramai betul orang yang nak tengok cite ni ingatkan tak ramai..
Serius memang kelakar sangat dan banyak dialog yang sinis dan mempunyai maksud yang mendalam..jom layan antara scene yang buat saya sesak napass ketawaa..
  • scene time Johan raja lawak ketakutan sampai terbang motor roda tiga yang orang bawa gas tu masa nampak hantu kak limah.
  • ingat tak ngan watak Usop yang penari kebudayaan dalam cite zombi kampung pisang tuh kali ni si lembut ni lumpuh duk atas kerusi roda je lawaknya time nampak hantu mencicit dia lari tinggalkan orang lain siap tolak kerusi roda sendiri.
  • time Johan tengah membuang dalam jamban hantu Kak Limah duk atas dia..yang ni sesak napas dibuatnya ketawa sebab Johan lari tak sempat basuh yak dahtu tak pakai seluar dia sarung tudung saji mengkuang je kahkahkah..
  • Sofi Jikan pegang watak bomoh indon umur 70 tahun kemain berlagak las-last dia kena sampuk gak.
  • time bomoh siam(Kamarul Haji Yusoff)nak panggil hantu tapi tersalah panggil hantu keluar hantu nang nak,pastu salah lagi kuar hantu k*pek,yang ni lawak sebab Pak Uda siap cakap lagi ''banyaknya k*pek..kahkahkah.

Sebenarnya sepanjang tayangan memang asyik gelakk je..ending dia kalau nak tahu silerr tengok di pawagam sebab ade kejutan sikit huhu..dari 5 bintang saya bagi 6 la..acii takk.

sinopsis filem dan komen wartawan klik sini

p/s: cer teka sapa artis tu nanti hakak akan tunjukkan gambar yang lebih jelass huhu


3 ulasan:

Yati berkata...

Yusri ke tu? Dengan sape partner nya tu? Jeng jeng jeng...
Semalam saya tengok half an hour, Astro Ria tunjuk Hantu Kak Limah ni. Patut ramai orang nak tengok. :)

TopsyTurvyMum berkata...

acam best jerr..kena tunggu keluar kat youtube baru dapat tengok huhuhu

Cik Puan Nurul berkata...

yati:hahahaa agak2 saperrrr..tu la tgk the making of je pong dah gelakk

TTM:alooo siannn diaaa..kat sana mmg haram jadah la ye nk tayang pilem malaysia dak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...