Mereka Yang Terbaik..!

1/13/2011

Lawatan ke klinik sambil belajar..

Hari ni kelewatan sedikit menjenguk belog picisan ini dan belog kenkawan..sebab kena bangun pepagi tau eh saya memang bangun pagi..Qaseh la kena bangun pepagik muahaha biasakan anak dara sorang tu bangun lambat maka harini harus paksa rela bangun awal sebab nak gik klinik kesihatan,kali ni harus pergi sebab dah banyak bulan asyik tangguh je..kang membebel lak nurse..biasa appoitment kiteorang sebelah petang tapi kali ni pagik pulokk..lemauu betul kalo nak gik klinik ni memandangkan orang kemain ramai..tapi gigihkan jugak takde maknenya nak gik bawa anak checkup kat klinik private ke mende kalau sekadar pemeriksaan biasa-biasa gini..dah gomen bagi kemudahan free gunakan jela sebaiknya idok takde maknela bayo cukai pintu bagai,cukai pendapatan dan bermacam cukai itu ini..udah kelaut pulok membebel..

Tapi kan tadik mujur la tak lama meskipun banyak la step nak kena ikut sekejap jumpa nurse pelatih,kang jumpa nurse pulok cuma tak jumpa doktor dan arini tak payah beratur amik ubat..yahooo tidak lagik lamala duk kat sana..tapi ade drama sebabak yang menarik tau(dan..dan)ekceli bukan drama tapi nurse bahagian pergigian nak bagi sedikit penerangan bergambar tentang perjagaan gigi susu kanak-kanak..maka banyakla soklan-soklan ditanya.Pastu kan nurse tu macam tertarik apabila mengetahui yang Qaseh masih menyusu badan dan qaseh juga hanya mengambil minum susu segar dalam kotak tu(bukan susu formula) time sarapan,biasanya saya campurkan susu segar dengan malt coklat seperti milo atau seangkatan dengannya.saya biasa pakai susu segar jenama Magnolia yang biasanya biasanya kalo kat Carrefour tu duk kat bahagian frozen sebab susu segar jenis ni dia punya expired date dia lebih kurang 2 -3 minggu maknanya kurangla kandungan pengawet didalamnya kalau yang expired date nya tahun depan baru abis paham-paham sendiri la kan...

maka situasi bertukar dimana saya plak yang beri penerangan dan nurse itu plak mendengar muehehe..udah terbiasa terbawak-bawak plak.

Gambar tiada kaitan dengan entri tapi mereka ini ade kaitan ngan saya..ekekeke..depa ni sebahagian daripada FIL saya datang jauh dari Negara Pahang untuk melancong ke Negara Selangor coti sekolah baru-baru ini.Maka kami bawakla gi nengok pokok-pokok yang berlampu itu.Time coti sekolah je depa ade chance nak mai sini sebab ibu mertua ku tu ustazah merangkap cekgu besar sekali mengajar kat sekolah agama rakyat tuk bebudak sekolah rendah tu..

1 ulasan:

Elly & Emmy berkata...

caya laa.... mu memang hebat.. mesti terngangga nurse tu..

jom koi nak ajak mu gi kelah.. boleh byk citer..

http://coretanuda.blogspot.com/2011/01/jom-berkelah-dengan-geng-kembar.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...