Mereka Yang Terbaik..!

1/14/2011

Ilmu yang hampir lupa untuk dikongsikan

Salam Jemaat..hari ni saya nak bagi kuliah Jumaat sat sapa nak dengar angkat ketiak memasing huhu..kalo sebut ceramah ke apa mesti tak da sapa nak dengar kan lainla konsert tak offer pun dah ade yang relakan diri tuk join ye tak..saya hampir terlupa sebab banyak perkara berlaku akhir-akhir ni..seperti biasa bulan lepas aka tahun lepas la kiranya..Support Group Meeting(SGM) ataupun pertemuan kumpulan sokongan ibu-ibu telah berlangsung dengan jayanya di port biasa Tasik Chempaka Bangi(skema abis) tajuk yang sangat menarik iaitu Educating People Around Us On Breastfeeding ..saya juga telah diberi kepercayaan oleh Puan Kamariah untuk jadi moderator hari itu..aduii memula tu segan gak sebab takut Qaseh buat hal tapi dah awal-awal pagi beliau dah minta katanya''cubala...'' maka acik selamba kodok gakla muehehehe..

Satu perkara yang saya harapkan kiranya ada muka-muka baru yang hadir SGM akan datang nanti dikalangan rakan blogger saya ni huhu..mehla tak kira anda seorang ibu yang menyusukan ke,tak menyusukan ke atau bakal ibu ke jomla ikut serta..jangan segan bukan kena bayar pun yang penting dapat share ilmu kat sini kita santai-santai je tak perlu risau jika kalians tak tahu pasal susu ibu ke apa..pandangan setiap orang yang hadir amatla penting. Ni hasil bentangan kumpulan saya tak siap lagik time ni..banyak input yang saya dapat harini pandangan daripada ibu-ibu yang baru join,bakal ibu pun ade..kagum dengan semangat diorang ni taklupa gak dari ''otai-otai'' lama yang tak penah menyepikan diri sentiasa menunjukkan muka berkongsi ilmu.

Akak baju purple tu baru pestime join suami dia pun eksaited gak nak join kumpulan bapa-bapa..baguslah time tengah peknen ni la yang sepatutnya ilmu digali sebanyak yang boleh.


Ni pembentangan daripada kumpulan bapa-bapa..untuk pengetahuan korang abang baju itam tu baru pestime gak join isterinya dalam kumpulan saya masih study kat UIAM katanya..kagummm saya ngan abang ni dia bercakap kat depan tu punyala lama,panjang lebar dia beri penerangan..susah nak jumpa kaum bapa yang peka tentang penyusuan ibu harap semangat brother ni berpanjangan la yek jangan nanti warm-hot chicken shit udahhh huhu




seperti biasa posing jangan tak posing...


Secara keseluruhannya sememangnya satu cabaran yang amat besar bila kita ingin menyampaikan ilmu tentang penyusuan kepada orang yang berada di sekeliling,penyusuan itu sendiri adalah satu cabang kecil dalam dunia perubatan perkara yang terkadang tak begitu di ambil tahu sedangkan ianya begitu penting sebenarnya.Saya sendiri berdepan dengan bermacam kerenah dan dugaan ade yang hingga mengguriskan hati dan menitiskan airmata.Niat saya hanya satu untuk berkongsi pengetahuan kepada orang lain sebab saya sendiri pernah mengalami kesukaran di mana tiada tempat untuk mengadu masalah hanya kesabaran hati yang menguatkan keyakinan untuk terus menyusukan anak sedangkan ketika itu orang di sekeliling langsung tidak memberi sokongan.Saya pernah ditertawakan ketika mahu mengikuti kursus Peer Counselor dulu sebab saya beritahu saya akan memberi bimbingan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan secara sukararela dan percuma..salahkah membuat kebaikan secara percuma?segala-galanya perlukan duit tapi duit bukanla segala-galanya..


Untuk mereka yang selalu berterimakasih dengan ilmu yang saya share di blog ni saya ucapkan terimakasih kembali ternyata kalians sangat sporting dan merendah diri.Bukan semua orang bersetuju dengan apa yang saya cuba sampaikan,saya tahu semua orang telah melakukan yang terbaik tuk anak-anak kalians tak kirala samaada kalians menyusukan atau tidak.Jika kalians tidak menyusukan anak dengan susu ibu atas alasan yang tertentu itu hak kalians saya cuma menyampaikan apa yang benar mungkin orang lain melihat pada sudut perspektif yang berbeza.Begitu juga dengan penerimaan orang bukan semua orang mahu mengakui kesilapan diri, bila keegoan memenuhi diri maka apa yang orang lain cuba sampai kan akan disalahertikan dan diputarbelitkan fakta..ini perkara yang normal hari-hari pun berlaku.


Pilihan ditangan kalianss..terima atau tidak terpulangla yang penting nawaitu kalians tak tersasar dan bukannya hangat-hangat chicken shit..tapi jangan rasa rendah diri kalau tak berjaya..kegagalan hari ni tak bermakna untuk selamanya..daripada kegagalan kita bangkit menuju kejayaan(ceh..jangan muntah ijau)


Jom kalau berminat nak share ilmu jangan lupa mai Tasik Chempaka Bandar Baru Bangi 23hb Januari 2011 ni..bawakla anak,suami bibik or sape-sapela yang nak ikut.


psstt ade'sesuatu' akan diberikan untuk komen yang terbaik pada entri ni..bukan janji tapi pasti!




2 ulasan:

Elly & Emmy berkata...

baguih ceramah jemaat mu .. menaikkan semangat koi..
wahh.. ada perjumpaan lagi.. koi teringin juga nak join.. tapi tu laa.. kalau dreba koi mau join juga.. baru leh on..

bunga_ros berkata...

sgt teruja nk join.. Tp mintak maaf la, tarikh tu clash ngan klas aku weh.. Apapun aku doakan ko sentiasa tabah & sabar dlm berkongsi ilmu ni.. InsyaAllah satu ms nanti mereka yg tertawa itu penyokong kuat kamu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...