Mereka Yang Terbaik..!

1/04/2011

Rosak khayalanku..

Adehh mulut sakit..susah nak makan tensi betul..cepatla baik wahai mulutku perut ni dahla tak pernah kenyang kesian beliau tau..weh korang layan tak novel-novel melayu nih hiks..saya ni memang suka membaca stok novel kat umah ni pun dah tahap ala-ala library la kehkeh padahal dah tak banyak ade yang pinjam tak reti nak pulang haissshhh..

Kebetulan malam tadik tertengok cerita Trilogi Cinta kat TV1 pastu rasa macam pernah tengok cerita tuh kekdahnya rupanya drama tu diadaptasikan dari novel Tak Seindah Mimpi karya Sharifah Abu Salem..memang best novel ni siap ade sekuel nya lagi..hero dalam drama bersiri ni lain tak bukan pakcik Rosyam Nor,Pojiah Ghous jadi Norjinah,Amyza Adnan pegang watak Salmi,Siti Fazurina pegang watak Norseha adik tiri Norjinah..kalau buat drama bersiri ni ok la sikit sebab cerita dapat dikembangkan dengan baik tapi kalu dibuat filem tu yang hakak risauuu muahahaha.. Tapi saya ade gak dapat tahu yang novel yang berulang-ulang kali saya baca iaitu Ombak Rindu karya Fauziah Ashaari pun di filemkan..pengarah yang mengarahkannya Osman Ali.Belum tahu cemana filemnya pasal belum ditayangkan lagi tapi saya suka gak ngan pilem Osman Ali contohnya Anak Halal tu..

Cuma tang pelakon tuh macam hakak tak berapa kenan je kuikuikui..mana taknya selama ni Hariz dan Izzah tu hidup dalam khayalan den je tak memasal bile dipilemkan terganggu lak dek muka pelakonnya..

Pelakon utama filem ni Aaron Aziz sebagai Haris,Maya Karin sebagai Izzah,Lisa Surihani sebagai Mila Amylia,Umie Aida sebagai Wafiah..hok lelain saya perasan ade Bront Palare pun berlakon.Sukar membayangkan Maya Karin sebagai Izzah sebab Izzah adalah gadis kampung yang mude belia sesangat tapi mungkin pengarah ada sebab tersendiri kenapa beliau dipilih..



Hurmm kalau diikutkan dalam novel cerita ni banyak babak lomentik tahap 18 sx yang boleh membuai perasaann...sukee sangatt Izzah yang inesen dan Haris anak orang kaya(ekceli anak pemandu dijadikan ank angkat orang kaya)yang berlagak dan panas baran.Novel ni bersambung-sambung kalau tak silap ada tiga siri malas nak cek dalam gobok simpanan novelku.


Lisa Surihani pegang watak Mila Amylia model dan pelakon yang akan jadik madu si Izzah ni nanti..kira watak antagonis la jugakk tapi bukan la jahat kijam sangat pun.Apahal pun kite tunggu jela nanti pilem ni ditayangkann...


sedikit sinopsis novel Ombak Rindu..

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Bagusla bila pengarah dan produser pilem pun dah mula nak adaptasikan novel ke filem..ala-ala hollywood gitu tapi kalau bleh biarla filem tu dibuat ngan bajet besarr baru la gempakkk,pelakon pun semua hebat-hebat..sebab sakit ati gak bila kita yang dah baca sesuatu novel tu pastu dah terbayang dah heronya cemana tup-tup sekali keluar filem hero muka jambu cannot go yang berlakonn...eiiiwww


Pesanan penaja:Tunggguuu filem hebat yang diadaptasikan daripada karya Ramli Awang Murshid..hero pujaanku tetap Adyputra,Remy Ishak dan Pahrin Ahmad muahahahaha kalau bleh nak hero yang muka kasar takmo jambu-jambu kulit putih melepak nih.






2 ulasan:

ibunurin berkata...

dah lama tak baca novel2 ni...
boleh khayal dibuatnya kalau mengadap tu..heh..heh...
baca dengan penuh perasaan kan...

Tanpa Nama berkata...

sy sgt2 suke novel ombak rindu!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...