Dah tak suka makan jadahnya buat jugak..alasangnya saja tak sengaja sebetulnya petang semalam memula ingat nak buat puding trifle coklat tapi bila sampai kedai bakeri terpandang biskut lady finger aka jejari wanita pastu ngengada la beli huahua..tapi nescafe tak de pulak kat rumah nak suruh orang tu pi kedai beli dia takmo plak mengantuk katanya maklumla petang semalam hujan..sudahnya dah petang baru beliau ke kedai cari nescafe hehehe..so malam tadi la baru buat..dan buat tiramisu dalam keadaan tertekan diganggu oleh Qaseh ahh tensi mak tau..
simple je tiramisu ni amik resepi daripada Kak Hana Jepang(tapi sekarang dah balik Malaysia)
Tiramisu Biscotti
Bahan-bahan
* 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
* 250g cream cheese(acik campur dengan mascarpone balance buat red velvet tempohari)
* 200ml whipping cream
* 1/2 cawan gula halus
* 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
* 1 sudu makan serbuk nescafe
* serbuk koko untuk hiasan
Cara-cara
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream.
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.
5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya
Disebabkan acik ni mudah rasa pening kalau makan tiramisu ni maka acik sapukan gak bluebery filing atas lapisan yang pertama untuk biar rasa masam-masam.Dek kerana di kacau dak Qaseh terlebih plak celup biskut lady finger tu dalam bancuhan nescafe so jadi lembut sedikit dan berasa agak pahit sikitla kan ni yang susah tau kalau nak buat mende ade je dia datang menyibuk hehehehe.
8 ulasan:
wahh,,nampak sangat best, saya nak try buat ler, saya copy resepi yea
boleh buatla senang je pun hihi
wow, cam sedap :) buatkan ! ;p hehe
waw..part menternak lemak yg tak leh tahan ni. gojes nye lemak tu..huhu
hani:
hehehehe try la buat senanng je tu tak yoh bako segala
acu:
yela akan jadi lemakla akhirnyaa...aduiii takleh tahan betui laaa kan asik menternak lemak je kejenyaa keh3 bila nak membako lemak tu plak tak tahulaa
wahh.. rase lapar lak
mejah:
rasa lapar tu haruslah makan obatnyaa..
Catat Ulasan