Mereka Yang Terbaik..!

6/27/2011

Edisi menternak lemak:Tiramisu Biscotti

Nah penangan menternak lemak dengan tiramisu padahnya kepala acik sudah diserang pening-pening langau.sebenarnya acik bukanlah penggemar tiramisu pernah beli sepotong kat Secret Recipe tu pun kemain payah nak habiskan sepotong..motif sebab acik tak berapa gemar dengan rasa nescafe dan sememangnya tak minum nescafe kerana ia menyebabkan kepala acik akan kesakitan lantas menimbulkan rasa yang kurang enak gitu.
Dah tak suka makan jadahnya buat jugak..alasangnya saja tak sengaja sebetulnya petang semalam memula ingat nak buat puding trifle coklat tapi bila sampai kedai bakeri terpandang biskut lady finger aka jejari wanita pastu ngengada la beli huahua..tapi nescafe tak de pulak kat rumah nak suruh orang tu pi kedai beli dia takmo plak mengantuk katanya maklumla petang semalam hujan..sudahnya dah petang baru beliau ke kedai cari nescafe hehehe..so malam tadi la baru buat..dan buat tiramisu dalam keadaan tertekan diganggu oleh Qaseh ahh tensi mak tau..
simple je tiramisu ni amik resepi daripada Kak Hana Jepang(tapi sekarang dah balik Malaysia)

Tiramisu Biscotti
Bahan-bahan

* 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
* 250g cream cheese(acik campur dengan mascarpone balance buat red velvet tempohari)
* 200ml whipping cream
* 1/2 cawan gula halus
* 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
* 1 sudu makan serbuk nescafe
* serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream.
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.
5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya

Disebabkan acik ni mudah rasa pening kalau makan tiramisu ni maka acik sapukan gak bluebery filing atas lapisan yang pertama untuk biar rasa masam-masam.Dek kerana di kacau dak Qaseh terlebih plak celup biskut lady finger tu dalam bancuhan nescafe so jadi lembut sedikit dan berasa agak pahit sikitla kan ni yang susah tau kalau nak buat mende ade je dia datang menyibuk hehehehe.
ini biskut lady finger tu yea kalau sesiapa yang tak kenal.Qaseh makan gitu je biskut ni orang kata susah gak nak dapat biskut ni kat kedai so boleh digantikan dengan sponge cake gak kalau takde biskut ni.
Acik makan dengan jem bluberi dan sengaja bubuh almond flake atasnya kasi menarik skit laa.
Kalau ikutkan patutnya buat dalam bekas yang kecil je sebab adunan cream tu macam tak berapa nak mencukupi lak untuk bekas sebesar ni tapi dah terlanjur buat baru perasan kan.takpela lain kali kalau nak buat dah tahu la kan..huh ni masih ada banyak sapa nak sila habiskan ni pun akan di sedekahkan pada umah bujang adik acik macam biasalaa hahaha.Diorang memang bertuah tau asal acik datang konpem diorang kenyang punye..tapi seronok sebab diorang memang akan makan sampai abis so kita pun jadik seronok nak masak dan bagi kat diorang kan..murah rezeki orang kata kalau rajin menjamu orang makan ni tak gitu..?

8 ulasan:

Bionic women berkata...

wahh,,nampak sangat best, saya nak try buat ler, saya copy resepi yea

Cik Puan Nurul berkata...

boleh buatla senang je pun hihi

Nur Hani berkata...

wow, cam sedap :) buatkan ! ;p hehe

AcuRose berkata...

waw..part menternak lemak yg tak leh tahan ni. gojes nye lemak tu..huhu

Cik Puan Nurul berkata...

hani:
hehehehe try la buat senanng je tu tak yoh bako segala

Cik Puan Nurul berkata...

acu:
yela akan jadi lemakla akhirnyaa...aduiii takleh tahan betui laaa kan asik menternak lemak je kejenyaa keh3 bila nak membako lemak tu plak tak tahulaa

hamzah ian berkata...

wahh.. rase lapar lak

Cik Puan Nurul berkata...

mejah:
rasa lapar tu haruslah makan obatnyaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...