Mereka Yang Terbaik..!

7/20/2011

Telur kukus buat si kecil yang besar pun boleh makan juga

Buntu memikirkan apa yang nak di sediakan untuk si kecil menyantap sebolehnya mahu santapan itu dapat dinikmati oleh seisi rumah..nak yang sedap,mudah dan menyihatkan..kegemaran si kenit telur dadar yang digoreng rangup stail kedai tomyam tu..digoreng dalam minyak yang panas dan banyak..memang sedap tapi tak begitu bagus sebab melibatkan penggunaaan minyak yang banyak..


nah inilah yang sesuai buat seisi famili..telur kukus seri rampai resepi daripada kak Nor..di ubahsuai mengikut selera anak tekak memasing heheheh.
Resepi Telur Kukus Seri Rampai
Bahan:
4 biji telur-telur sy gunakan kecik je,kalo gred A lg ok kan
1 biji bawang merah ~ dipotong dadu
1 biji cili merah ~ saya hiris separuh je sebab lada besar tu jenis yang pedas
1 biji tomato ~ dipotong dadu 1biji
1 tangkai daun bawang ~ dihiris daun bawang + daun sup
1 sudu teh garam secukup rasa
1 sudu gula 1/2 sudu kecil
sedikit butter
1/2 cawan daging ayam yg dicincang-saya guna fishcake sbb Qaseh suka

Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan yg disukai yg telah disapukan minyak atau butter dan kukus dlm pengukus yg dah dipanaskan selama 5 - 7 minit.
3. Apabila masak, boleh dihidangkan semasa panas bersama nasi.



Makan dengan sos cili pun hokay kalau nak tambah mayonis pun rasanya ok gak..Qaseh makan seketul je tu pun tak berapa nak abis ni mesti nak telur dadar rangup dia jugak la tu suka tau dia curik-curik makan telur dadar rangup tu kalau lepas siap masak dia duk ulang-alik kat meja makan tau-tau dah licin dah kena masak lagi huhuhuhusengihnampakgigi




3 ulasan:

SuperHamzah berkata...

aku lapar..

♥cikmOt♥ berkata...

resepi yang menarik...nanti boleh cuba...memang buntu tiap hari memikirkan apalah menu tuk santapan si anak2...dah la anak bujang tu kurang makan nasi...adehh...kopi resepi ye...

Cik Puan Nurul berkata...

Aku Hamzah
lapar ubatnya makan

cikmot
sile..sile share..mana tau anak suka kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...