Mereka Yang Terbaik..!

8/10/2011

Kenapa hina saya menyusukan anak ditempat awam sedangkan aurat saya masih terjaga?

Kenyataan memang pahit untuk ditelan tapi itulah yang pernah dilalui sebahagian orang..saya sendiri pernah menerima pandangan yang sinis bila menyusukan anak ditempat awam meskipun tak nampak pun skin atau terselak luas-luas sampai buat orang lain tak selesa..
Sepatutnya jika kita melihat ibu-ibu mahu menyusukan anak kita sepatutnya memberi ruang dan menghormati keadaan tersebut kalau tak suka tengok jangan pandang,beredarlah dari situ..bayi bukannya orang dewasa boleh di minta tunggu sekejap ke apa..kalau dah nak menetek time tu gak dia nak menangis-nangis dan mengamuk.
Sampaikan ada yang mengadu tak lalu makan nengok ibu-ibu ni menyusu anak kat restoran dan sebagainya..pelik sungguh abis kalau orang comolot depan kita selera la plak yea makan nya..huh..
sekarang ni dah macam-macam cara untuk memudahkan ibu-ibu menyusukan anak ditempat awam dengan keadaan yang selesa dan aurat masih terjaga tapi ramai yang tak tahu..
-dah berlambak-lambak pakaian yang direka khusus untuk MEMUDAHKAN ibu menyusui anak mereka tanpa perlu selak sana sini
-penggunaan nursing cover atau juga boleh cover bahagian depan dengan selendang panjang takpun yang biasa kita tengok kain lampin atau tuala kecil.
-yang terkini dan biasa kita lihat ialah penggunaan babywearing letak bayi dalam pouch sling atau ring sling, wrap dan sebagainya jika ibu pakai baju menyusu lebih mudah mereka nak selak anytime anywhere..anak pun selesa duk melekap di badan ibu. cth bergambar:
 kredit to google :
menyusukan anak ditempat awam..contoh kat atas tu beliau guna ring sling..baby tak lemas walau di tutup camtu sebab kain yang digunakan memang sangat bersesuaian dan ibu memantau sepanjang penyusuan berlangsung..ia sama gak cam konsep baby dok menyusu dalam kain tudung labuh si ibu ke sesetengah budak selesa camtu ade gak peel cam Qaseh yang suka open air kalau boleh mak tu tak yah pakai baju topless camtu ha kalo camtu gayanya harus la menyusukan anak kat bilik-bilik yang tertutup huhu.
ha camni pun boleh still takde yang terselak nampak..yang ni relaks je sambil bawak anak shopping kan..anak selesa,ibu gembira..
so cute....
Saat-saat yang tercipta ketika menyusukan anak adalah yang terindah bagi seorang ibu..pandangan mata anak ohhhh saya sendiri takkan pernah melupakannya bila kita pandang dia dan senyum..dia akan senyum sambil mulut masih dok menyonyot hehhehe..rasa cam ilang semua masalah tau..
nah layan video yang buat air mata terharu saya mengalir..kagummm sangat sayangnya saya tak dapat join sekali sebab encik suami demam masa tu dia takmo pi mana-mana tak daya katanyaa..
Bertempat di KLCC 7/8/2011 lalu sesuai dengan minggu penyusuan yang berlangsung minggu lepas.


KLCC Breastfeeding Flash Mob 2011
Sedikit penerangan :
Flashmob ini diadakan kerana beberapa insiden yang boleh dikatakan mennzalimi hak ibu menyusu yang berlaku di KLCC; di mana ada para ibu yang dihalau / ditegah untuk menyusu semasa berada dalam tempat tertutup seperti di surau/duduk di bench KLCCC walhal ia dilakukan secara sopan dan discreet

Breastfeeding perlu di tekankan sebagai suatu yang normal dan alami.

Adakah anda lebih sanggup baby anda disusukan dalam toilet jika anda sendiri tiada selera untuk makan di tempat kotor sebegitu?berbanding disusukan di tempat umum dalam keadaan aurat terpelihara?

p/s :kagum semua ibu2 berkumpul walau masing2 ada yang saling tidak mengenali antara satu sama lain..semua bangsa pun anda.

6 ulasan:

Wansteddy Tales berkata...

Entry terbaek Nurul! Memang bkn nk kata dulu la, even skrg pn masih ada individu pendek akal yg tak terbuka bab2 penyusuan bayi ni. Walaupn kita dah ada bnyk cara nak digunakan, tp pndgn sinis tu masih ada. susah kalau blm buka minda apatah lagi utk kepentingan jangka panjang juga.

1st time wan dpt tau pasal isu kt KLCC ni :(

Cik Puan Nurul berkata...

yup..yg penting jika kita selesa menyusukannya dan xnampak janggal maka org yg melihat pun takkan perasaan akan hal itu..mmg xpham napa masih org xpaham hak ibu2 nak susukan ank ni haishhh..
yg KLCC tu mmg terkejut gak..arahan pihak management katanya..pak gad la yg kata.

Liz Rohaizat berkata...

kalau ada lelaki yg teransang tgk ibu2 menyusukan anak, dia memang mental.

kalau ada orang tak lalu mkn tgk ibu2 menyusukan anak, dia memang mental.

breastfeeding rocks!

Cik Puan Nurul berkata...

liz,
yearhhhhh BF rock huhu

Farha berkata...

yang mencabarnya kalao baby jenis dok tepis2 dan singkap2. adoihai lah anak. anak baby kecik x pe. ni yang dah toddler ni, sungguh la buat ibu rasa gelisah.

Khadeejah Hasmad berkata...

Buat xtau je orang nak hina ke apa kalau NIP. Aurat pon dah terjaga. Mental kena kental. Hehe. Kang anak kita melalak ke meraung, bukannya diorang yang nak pujuk. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...